Friday, 10 July 2015

23 Ramadhan

Salam Jumaat,

Lagi 7 hari lagi nak raya

Dah 23 hari berpuasa, masing-masing dah mula tak bertenaga..payah betul dikejutkan untuk bangun sahur, tertempik pun belum tentu terbangun untuk bersahur..kikiki

Persiapan raya kami dah setel, mama dan ayah dah beli sebelum puasa lagi..mama dengan ayah jer masih belum ada baju raya, kami bersederhana je macam tahun-tahun lepas jugak, lagi la tahun ni ayah kata barang-barang semua mahal dan ayah pun baru kehilangan abang , jadi ala kadar aje la.

Yang penting pagi raya, ada makan-makan best, pastu gi sembahyang raya , pastu salam-salam dapat duit raya pastu ambik gambar ramai-ramai..dah setel raya!!

Tahun ni kami semua beraya kat rumah tokbah di jelebu, mama kata hari ke dua baru balik rumah makcik kat jasin, anak-anak ayah lang mesti berkumpul kat rumah makcik..kesiannya kazen-kazen kami tu beraya tanpa ayah mereka.

Ni dah nak raya ni, mama kami lagi la tak de idea nak masak apa untuk berbuka, tambahan pula sekarang ni tengah sibuk buat kuih raya.

Semalam mama kami dapat buat 2 jenis kuih, biskut arab dengan cornflakes madu, biskut arab tu la penyebabnya azri berbuka awal semalam. Sampai jer rumah tengok-tengok dah ada 3 balang biskut arab siap dengan bertahtah kan manik, adoi....terus merayu nak berbuka.

Hari ni ayah dah pesan kat azri suh tahan berpuasa penuh.

Cemana nak bagi tahan berpuasa penuh?

Ha..ni makanan wajib kami sepanjang bulan puasa ni.


Bekalan yang tak pernah putus, kami makan ni masa sahur, makan lepas makan nasi dengan minum milo panas, ayah kata banyak bagi tenaga, memang pun, esoknya tak lah penat sangat.

Cuma yang tak tahannya cuaca panas, tekak rasa tersangatlah haus , kering tu yang bila masuk waktu berbuka, macam tak sedar diri minum air , tak leh stop

Ni dah lama juga tak hujan ni, waktu berbuka pun semakin lewat, hari ni berbuka pukul 7.26 pm....adoi lambatnya.


Ni hidangan berbuka hari apa dah tak ingat, mama buat sendiri..peh puas makan roti jala dengan kuah kari, ayah pulak suka roti jala dengan sambal.

Mama kata kalau beli roti jala ni 5 ketul harga RM2, mana cukup. makan 8-9 ketul baru kenyang. Mama kata harga makanan kat pasar ramadhan tahun ni sangat mahal, disebabkan tu mama kami sanggup masak.

Boleh kira dengan jari la berapa kali kami gi pasar ramadan, tu pun beli air dengan kuih-kuih jer, setakat hari ni belum pernah lagi beli makanan berat-berat kat pasar ramadan.

Tapi tak tau la 2-3 hari lagi ni, mama kan dah stat sibuk buat biskut raya, rasanya ada juga lauk-lauk beli jer ni.

Hai tak sabarnya nak raya, sekolah pun tinggal lagi 2 hari je lagi..letih betul sebab cuaca sangat panas, perjalanan balik dari sekolah jadi sangat mencabar, lagi la pulak kena jemput abang besar dari kgv menengah , mama kami sampai tertido-tido menunggu abang..tu yang bila kami tengok mama macam mengantuk jer, kami pasang lagu kuat-kuat jangan bagi mama tertido, bahaya tu.

Ok tu jer, nanti kami bercerita lagi.  oh ye sebelum terlupa , hari tu kami gi tengok wayang .Cita Terminator, best   tapi tak berapa ngam la tengok wayang masa bulan puasa ni, tak tahan la bau pop corn bercaramel tu!!

-3 boys -

No comments: