Ayah Lang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436H jam 5.35 petang.
Pada masa tu kami semua balik jelebu untuk berbuka bersama-sama dengan maktok dengan tokbah untuk kali pertamanya. Lepas Asar ayah ajak jalan-jalan ke bazar ramadan kuala klawang sebab kawan mama beritahu bazar ramadan kat kuala klawang adalah awesome.
Lepas parking kereta dan tengah berjalan ke bazar, hp mama berbunyi, abg jemil call mama dan beritahu ayah lang dah takde..terus hilang mood dan selera nak beli apa-apa.
Kami menyusuri gerai-gerai dengan pandangan kosong , mama sampai tak tau nak beli apa...akhirnya kami cuma beli air asam boi dengan air kathira dan kuih buah melaka sikit, terus balik rumah .
Beritahu maktok berita sedih tu, maktok kata balik la lepas berbuka, mula tu mama nak balik lepas sahur sebab ini la kali pertama dapat berbuka dan bersahur dengan maktok dan tokbah, tapi ayah kata jenazah mungkin sampai cepat, tak elok la kalau kami sampai lambat kan.
Pkl 8.45 malam, abang jemil call ayah dah beritahu jenazah dah selesai dimandikan, dikafankan dan dah ready nak dibawa balik ke rumah makcik kat kampung chin chin.
Kami pun siap-siap la nak balik, tak jadi nak gi terawih, sebelum balik makan nasi dulu sama-sama dengan tok abah dan maktok, berbuka tadi kami makan mee hailam mama masak .
Dah makan kenyang-kenyang, kami pun bertolak balik, singgah seremban dulu ambik baju-baju tambahan, mama buat air nescafe panas untuk bekal jangan mengantuk, pastu bertolak la ke jasin.
Sampai rumah makcik dah pukul 12 lebih camtu, tengok orang dah ramai, kereta penuh, melangkah masuk , ternampak jenazah ayah lang terbaring ditutupi dengan kain batik, sedih sangat rasanya .
Azri dan im dah tido dalam kereta, terpisat-pisat bangun, mama siapkan tempat tido pastu im dan azri sambung tido.
Mama, ayah dan abang terus ambik wuduk dan baca surah yassin untuk ayah lang ramai-ramai dengan kazen-kazen yang lain, mama baca yassin 3 kali.
Malam tu semua gilir-gilir baca yassin dan berjaga sepanjang malam, pukul 3 pagi, mama dan ayah baca lagi yassin pastu tido pukul 3,30 , bangun balik pukul 4.30 untuk sahur, makngah dah beli banyak nasi lemak dengan nasi goreng untuk sahur malam tu sebab kalau tak silap , kalau ada jenazah dalam rumah, haram untuk kita masak-masak dalam rumah.
Lepas imsak kami solat suboh berjemaah dan baca yasin lagi beramai-ramai..ayah cik memang teman kan ayah lang sepanjang malam tu.
Pukul 9 lebih, orang masjid pun sampai, mereka baca yassin dan buat tahlil, lepas tu ikatan muka ayah lang dibuka untuk semua orang tengok dan cium, kami tengok dari jauh saje, tak tau kenapa rasa takut dengan jenazah.
Agak lama juga pak imam bagi peluang semua saudara tengok muka ayah lang untuk kali terakhir, kami nampak muka ayah lang sangat putih bersih, hampir sama warna dengan kapas yang tutup leher dan dahi ayah lang tu.
Selesai semua tu orang-orang lelaki kat situ semua buat solat jenazah berjamaah dan jenazah ayahlang diangkat masuk van jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan loji air chin chin.
Kami semua ikut sekali, kubur ayah lang dekat jer dengan kubur ayah ngah, tu la ayah kami kami kata dulu masa ayah ngah dikebumikan di situ, ayah lang hadir sekali, dan mesti dia tak jangka bahawa di situ la tempat dan lokasi kuburnya nanti, hanya selang beberapa kubur jer dengan kubur ayah ngah...ayah kata mati ni tak de siapa yang tahu, semuanya rahsia Allah.
Selesai kebumi semua kami semua balik ke rumah makcik, masa tu dah pukul 10. 45 pagi, mengantuknya mata, ramai la yang sambung tido.
Malam tu buat kenduri tahlil sambil berbuka puasa, menu mee kari dengan kuih-kuih, orang masjid sampai awal dalam pukul 6 .30 petang pastu diaorag buat baca yassin dan tahlil, masuk jer waktu berbuka, mereka terus makan pastu solat maghrib , selesai dah majlis tahlil tu, simple aje.
Tapi hari Ahad tu puasa yang paling mencabar, cuaca sangat panas pastu ramai pulak tu dalam rumah, azri kata masa pukul 5 petang tu, azri dah nak menangis sebab lapar, haus dan panas tapi azri tahan juga sampailah sempurna puasa hari tu. Alhamdulillah.
Gambar kenangan ayah lang yang kami akan ingat sampai bila-bila, ayah lang yang duduk kat tengah pakai baju merah tu.
Ayah lang memang suka pada budak-budak, setiap kali kami berkunjung ke rumah ayah lang, mesti ayah lang akan layan kami dengan baik, pasti kami makan dan minum dengan selesa, mesti sediakan softdrink untuk kami.
Malah ayah kata masa kali terakhir ayah lang masih sedar kat hospital, masa tu nak tunggu buat test MRI, ayah lang tanya kat ayah , "budak-budak tak datang ke" .sedihnya .
TU la kali terakhir ayah dengar suara ayah lang , lepas tu ayah lang dah tak sedar , dan kalau sedar pun dah tak berupaya untuk bercakap.
Ya Allah cucurilah rahmat ke atas roh ayah lang, ampun kan la dosa-dosa dan tempat kan lah di kalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment