Wednesday, 29 July 2015

Raya 2015

Assalamualaikum,

Sudah lebih  seminggu raya, kami baru nak mencatat dalam diari kami ni.


Raya tahun ni giliran rumah maktok dan tokbah, tema warna baju raya tahun ni adalah pilihan ayah, kelabu asap menusuk kalbu..hahaha.

Sekolah mula bercuti hari rabu tapi abang besar kami dah stat mencutikan diri sejak hari selasa lagi. Hari Rabu tu kami melepak aje dan main game sepuas-puasnya, ayah kami kerja hari tu tapi pukul 3 lebih dah balik dah.

Hari Rabu tu mama kami memang sibuk gila la, gi pasar beli ayam, beratur panjang beli santan dan beli barang-barang basah yang lain. Balik dari pasar , sibuk basuh ayam la, blend cili boh la, kopek bawang la, pack kuih raya la dan macam-macam kerja lagi lah. Kesian kan...tu belum lagi gosok segala-gala baju raya dan pack kan beg-beg kami..itu la mama hebat kami ..beli jiwa sikit!!

Esoknya dalam pukul 9 lebih kami pun bertolak la balik ke rumah maktok dan tokbah,  dekat jer..40 minit dah sampai. tak de jem pun.

Maklong sekeluarga dah sampai dulu , maklong sekeluarga punya projek adalah buat lemang dan bakar lemang.

Mama kata kali  ni maktok macam tak larat jer sebab tahun-tahun sebelum ni kalau kami gilir balik rumah maktok, biasanya bila kami sampai, rendang mesti dah masak, takpun dah terjerang atas dapur, tapi kali ni bila kami sampai, daging masih beku lagi dalam sink.

Jadi tugas mama kami la mengerjakan rendang tu, dari potong daging, siapkan bahan-bahan sampailah menjerang atas api..kira mama kami boleh la masak rendang sedap resepi maktok......yang specialnya rendang maktok mesti ada banyak paru, semua suka paru kecuali ayah kami. 


Lemang lambat siap, lepas berbuka baru siap, rendang pun siap lambat, jadi tak sempat berbuka dengan rendang dan lemang.


Mama dan maklong masak mee goreng basah untuk berbuka, buat 2 version, version pedas dengan version tak pedas langsung. Anak-anak maklong dengan maktom tak makan pedas.

Malam tu kira berbuka paling best la sebab tak yah bangun sahur lagi.


Suasana malam di rumah tokbah....kami dengan  kazen2 main bunga api dengan pop-pop jer.

Esoknya masing-masing dah bersiap sakan, masing-masing dengan tema warna baju ikut keluarga masing-masing....best dress dimenangi oleh maktom sebab baju maktom dengan dania paling canggih sekali.

Lepas breakfast lemang dan lauk-lauk rasmi hari raya, kami semua gi sembahyang raya kat surau Petaling, dapat air kotak free lepas sembahyang raya.



Bersiap-siap ke surau.

Dan agenda wajib lepas solat raya.......tentunya photo shot la


Kami dengan tokbah dan maktok




Kami semua yang balik beraya tahun ni, yang tak de , maklit sekeluarga, beraya di shah alam dan makjah sekeluarga yang beraya di Qatar





Bermaafan dan mengutip hasil duit raya adalah acara wajib.

Dan sambung makan-makan lagi.

Tak lama lepas tu, kami yang lelaki semua gi la solat jumaat, habis jer solat jumaat, hujan turun selebat-lebatnya..kami semua stuck dalam masjid.

Hujan dah reda, stuck lagi sebab ada kereta block kereta ayah ...adoiii..tunggu lagi dan lagi dan lagi.

Last-last pukul 3 lebih baru dapat balik, ....makan lagi sebab dah lapar balik, ada lauk tambahan, ayam masak merah. nyumms.

Petang tu memang kami rehat2 aje, tetamu yang datang pun hanya keluarga wan iti dari melaka dan tok mail...tok mail lepak sampai pukul 11 malam baru balik.

Raya ke 2

Lepas brekfas, kami siap-siap nak balik rumah makcik ....tapi beraya dulu kat jelebu 



Beraya kat rumah makcik Yah..bihun goreng tu sangat sedap.



Dan rumah wan ngah darat.

Lepas tu kami pun bergerak balik ke seremban, singgah rumah dulu basuh baju-baju kotor dan re-pack semula beg-beg pastu gerak balik melaka.

Sebelum ke melaka singgah beraya kat Taman Bukti dulu, rumah Toksu Hafsah, kesian toksu hafsah beraya berseorangan tahun ni, toksu Tahir meningggal lagi 3 hari jer nak puasa dulu. 

Kami sampai rumah  makcik dah nak maghrib, kat rumah makcik hanya ada makcik, ayahcik dgn kak sha jer..tetiba rasa sunyi pulak sebab kat rumah tokbah hingar bingar dengan ramai kazen-kazen.

Kat rumah makcik sambung makan lagi, makcik masak mee kari seperiuk besar sebab anak-anak ayahlong nak datang beraya...lepas isyak diaorang sampai dan rumah makcik hingar bingar sekejap dengan kehadiran cucu-cucu ayahlong yang lasak-lasak.




Punya la lasak sampai baju semua abis bukak, dah berpeluh-peluh

Raya ke 3

Lepas sarapan, kami gi beraya rumah ayahlong, lepas tu beraya rumah makngah pulak,makan nasi ayam,,sodapp. 

Pastu terus gi Muar nak beraya rumah mak-mak saudara belah mama.

Rumah pertama .. rumah kebun tok nal



Jamuan raya rumah toknal ni stat pukul 12 tengah hari tapi kami sampai pukul 2.40 jadi makanan dah habis, kami makan kuih raya jer..nasib baik dah makan nasi ayam sedap kat rumah makngah.

Kat sini kami jumpa semula family maktom, maklong dan maktok, mereka semua tido kat hotel, syok re union semula dengan kazen-kazen.

Kami tak lama kat sini, makanan pun dah abis, dengar kabarnya caterer tu salah estimate...makanan kurang. ntah ler

Kami sambung beraya rumah tok saudara lain, pastu gi rumah tokteh .....pastu terus balik rumah makcik, baru beraya 3 rumah dah penat dah. cemana la orang yang beraya non stop dari pagi ke malam tu ..tak letih ke?

Sebelum balik, gigih la ayah kami menempuh jem masuk bandar semata-mata kerana mama kami nak beli kopi 434, sekali tutup pulak kedai tu...kecewa nya mama tak dapat beli kopi sedap.

Habis dah raya ke 3

Raya ke 4..Isnin

Hari ni kami dah nak balik seremban dah sebab esok ayah kami dah stat kerja

Plan nak raya rumah ayah teh pastu balik seremban, tetiba maklong call mama kata semua nak beraya ke rumah makcik.



Sedap pulak tengok bihun 2 kaler ni.

Lepas solat semua, maktok dan maktom terus balik jelebu, maklong pulak terus balik KL. Kami pun lepas makan-makan kat rumah ayah teh terus balik rumah, sampai rumah dah malam.

Esoknya ayah kami tak dapat gi kerja sebab demam, kami lepak rumah jer sepanjang hari.

Hari Rabu kami semua mula bersekolah

Habis la cerita raya 2015 kami.

-3 boys -

No comments: