Friday 21 August 2015

Orang Doha balik bercuti

Yahoo, ahli kelab kami dah lengkap.


Makjah sekeluarga balik bercuti dan selamat tiba ke tanahair pada hari jumaat minggu lepas. Terpaksa la kami pulang kan keta wahab yang banyak berjasa tu kepada tuannya.

Makjah sampai jumaat pagi 14/8/2015...makjah berlima sahaja tanpa uncle shahril, uncle sharil tak dapat cuti.

Dari airpot makjah naik van sewa terus ke rumah maktom, makjah bawak balik satu Doha punya barang-barang, tau la makjah kami tu , beli banyak adalah satu kewajipan..hihi.

Jadi tugas mama kami la hantar keta itam makjah gi rumah maktom kat Bukit Jelutong, ni first time mama kami drive ke Bukit Jelutong, biasa ayah yang drive dan tau-tau dah sampai aje, ha sekarang kena la drive sendiri.

Maka hari jumaat tu selepas kami selesai solat jumaat, mama jemput kami dari masjid dan terus la ke Bukit Jelutong berbekalkan google maps. Mama pesan siap-siap kat kami tolong bagi direction , takut sesat.

Alhamdulillah selamat sampai, laa senang je nak gi rumah maktom rupanya.

Sampai jer kami disambut oleh makjah dan maktom dengan riang.

Masuk jer rumah...


Ha ambik ..satu Doha makjah bawak balik....macam-macam ada, lampu Turki, coklat-coklat, manisan , jubah-jubah.....paling best tentunya coklat Patchi...terbaik 

Petang ni kami lepak-lepak aje kat rumah maktom, minum-minum dan makan coklat.

Pastu mak tom, makjah dan mama masak nasi ayam, masak ikut style maktom, maktomnya style, ayamnya dibakar ..sedapp sangat, kalah Ayamas.

Selain daripada masak-masak, kerja mama kami tak lain menggentel Brownies, tak sangka brownies dah sangat besar, kejap jer besarnya. Biasala kucing mahal kan, maktom beli dengan harga RM800 lebih, kecik jer masa tu.


Meh tengok saiz brownies, dia ni baby lagi tau, baru umur 7 bulan, kalau dah umur setahun mesti lagi besar kan.

Selain dari tu , mama kami pun ralit menggentel anak saudara baru, lahir kat Doha 


Makjah adalah orang yang suka kan cabaran, pernah daki Gunung Kinabalu , join ekspedisi Taman Negara, jalan-jalan berseorangan di Korea dan cabaran terkini adalah beranak di negara orang, wow!!

Tapi makjah kata kat Doha segalanya terjaga, makanan halal 100% terjamin, minuman keras memang tak de langsung kat sana, daging bab pun takde, jadi orang bukan muslim pun makan daging halal jugak.

Makjah cerita jiran dia orang Itali, dapat tahu makjah dah beranak, sibuk nak masakkan lasagna untuk makjah, makjah dah cuak dah, takut dia masak daging bab dan letak wine dalam lasagna dia. Makjah beritahu la dia "we are Muslim, No pork, no liquior"..dia kata jangan bimbang kat Doha ni semua daging adalah halal dan wine memang takde, baru la berani makjah makan lasagna orang Itali tu, tapi memang sedap tak terkata lasagna orang Itali..nyummms.

Kat sana ramai orang kaya yang terlalu kaya..sampai beg Coach pun diaorang tak pandang , diaorang pakai hendbeg Dior yang harga RM15 ribu tuh. kira makjah kata dapat la menumpang rasa jadi orang kaya, test drive Audi Q7, window shopping kat mall yang dahsyat-dahsyat.

Punya la best sampai kucing jalanan pun kucing mahal ekor kembang ..siap makjah sempat ambik kucing angkat jenama Parsi. Eh dah melalut pulak, tadi cerita pasal sepupu baru kami, terbabas pulak.

Kami lepak kat rumah maktom sampai ayah balik dari kerja, lepas dinner dan lepas solat kami pun gerak balik ke seremban. Mama kami dapat jubah doha dan tempat sudu Queen Anne..seronok la tu.   

-3 boys -

Friday 14 August 2015

Pengorbanan seorang anak

Salam Hari Jumaat,

Hari Ahad minggu lepas , kami semua bangun jam 4.30 pagi
Hantar abang jemil ke airport, balik sambung belajar kat Sydney, Australia.

Bang Jemil ni kazen kami, anak ketiga arwah ayah lang.

Abang jemil sebenarnya belum selesai buat Master, tapi disebabkan ayah lang sakit , bang mil berkorban balik cuti panjang untuk jaga ayah lang.

Sejak mula touch down dulu sampai la 4/7/2015, abg jemil tiada rehat, 24/7 masa dihabiskan dengan menjaga ayah lang sepenuh masa, berulang-alik Melaka-HKL, jaga makan-minum, jaga ubat-ubat, hantar ke klinik jika ayah lang sakit .

Begitu la sampai ayah lang kembali kepada Penciptanya 17 Ramadhan lepas.

Sampai MARA tak mau dah sambung , abg mil hantar surat rayuan untuk melanjutkan cuti, elaun pun diberhentikan , tapi pesan ayahlang pada bang mil untuk selesaikan Master ni sampai habis..walaupun bang mil kata dah tak de hati nak ke sana. ye la sapa nak jaga adik-adik kat rumah kan?

Demi wasiat ayah lang, bang mil terbang ke Sydney dengan tanpa elaun tambahan.

Dan kami sebagai sepupu hanya mampu memberikan sokongan moral dengan sama-sama menghantar bang mil terbang ke Australia subuh-subuh sepie.

Malam tu bang mil tidur kat rumah kami, bang mil kata nanti kat sana bang mil belum ada tempat tinggal, tumpang tido rumah kawan-kawan ajela sampai cukup duit untuk sewa bilik, mama kata sewa bilik kat Australia sangat mahal. kesian pulak kat bang mil.

Pagi ahad tu tepat pukul 5.20 pagi, kami semua bertolak ke airport, naik keta itam makjah yang sangat berjasa tu.

Singgah R & R Seremban untuk solat, seronok pulak rasanya solat subuh kat tempat lain , sejuk nyaman je rasa.

Sampai airpot, tengok ramainya orang, banyak juga flight pagi kan..sambil tunggu bang mil beratur panjang dropkan beg, kami gi Mc Donald minum-minum.

Terus teringat kenangan lalu, dulu masa bang mil mula-mula gi Australia, kami ramai-ramai makan lepak kat MC Donald tu la, masa tu Ayahlang ada, Makcik, Kak Sya, kak lisya, bang ham, ramai la yang ada, minum, borak dan ambik gambar ramai-ramai.

Terasa sayu la pulak, bang mil lagi la rasa sedih kan, dulu semua ada, ayah lang ada, tapi sekarang kami sekeluarga jer yang ada, ayah lang pun dah tak de sampai bila-bila.



Makan bubur ayam Mc D jer.

Minum dan lepak sampai bang mil join meja kami dan minum sekali .

Dalam pukul 8 camtu , bang mil pun nak masuk gate .


Bang Mil yang pakai t shirt grey tu,

Beratur tak pandang kiri-kanan, mungkin rasa sayu kot, dulu sebelum beratur kat sini, boleh peluk-peluk, cium-cium ayah lang, sekarang tak de sapa nak dipeluk..kami pulak yang rasa sayu.

Kami pun berjalan ke Anjung Tinjau sampailah bang mil hilang dari pandangan.

Harap bang mil berjaya teruskan pengajian sampai dapat Master.

Lepas tu kami gi kedai coklat la, acara wajib, beli coklat sebelum balik.

Mengantuk nya , dalam perjalanan balik, semua tido termasuk mama, ayah mana boleh tido, sapa nak bawa keta kan..hihi kesian ayah.

Begitu la pengorbanan seorang anak, semoga wasiat ayah lang dapat dipenuhi dengan sempurna. 
Kami pun sentiasa doakan bang mil dipermudahkan segala urusan kat sana.

Ayah kata kalau ada rezeki, boleh kami sekeluarga melawat Sydney, nanti bang mil boleh jadi tour guide..best kan 

Ok, nanti kami bercerita lagi

  
-3 boys -