Friday, 14 August 2015

Pengorbanan seorang anak

Salam Hari Jumaat,

Hari Ahad minggu lepas , kami semua bangun jam 4.30 pagi
Hantar abang jemil ke airport, balik sambung belajar kat Sydney, Australia.

Bang Jemil ni kazen kami, anak ketiga arwah ayah lang.

Abang jemil sebenarnya belum selesai buat Master, tapi disebabkan ayah lang sakit , bang mil berkorban balik cuti panjang untuk jaga ayah lang.

Sejak mula touch down dulu sampai la 4/7/2015, abg jemil tiada rehat, 24/7 masa dihabiskan dengan menjaga ayah lang sepenuh masa, berulang-alik Melaka-HKL, jaga makan-minum, jaga ubat-ubat, hantar ke klinik jika ayah lang sakit .

Begitu la sampai ayah lang kembali kepada Penciptanya 17 Ramadhan lepas.

Sampai MARA tak mau dah sambung , abg mil hantar surat rayuan untuk melanjutkan cuti, elaun pun diberhentikan , tapi pesan ayahlang pada bang mil untuk selesaikan Master ni sampai habis..walaupun bang mil kata dah tak de hati nak ke sana. ye la sapa nak jaga adik-adik kat rumah kan?

Demi wasiat ayah lang, bang mil terbang ke Sydney dengan tanpa elaun tambahan.

Dan kami sebagai sepupu hanya mampu memberikan sokongan moral dengan sama-sama menghantar bang mil terbang ke Australia subuh-subuh sepie.

Malam tu bang mil tidur kat rumah kami, bang mil kata nanti kat sana bang mil belum ada tempat tinggal, tumpang tido rumah kawan-kawan ajela sampai cukup duit untuk sewa bilik, mama kata sewa bilik kat Australia sangat mahal. kesian pulak kat bang mil.

Pagi ahad tu tepat pukul 5.20 pagi, kami semua bertolak ke airport, naik keta itam makjah yang sangat berjasa tu.

Singgah R & R Seremban untuk solat, seronok pulak rasanya solat subuh kat tempat lain , sejuk nyaman je rasa.

Sampai airpot, tengok ramainya orang, banyak juga flight pagi kan..sambil tunggu bang mil beratur panjang dropkan beg, kami gi Mc Donald minum-minum.

Terus teringat kenangan lalu, dulu masa bang mil mula-mula gi Australia, kami ramai-ramai makan lepak kat MC Donald tu la, masa tu Ayahlang ada, Makcik, Kak Sya, kak lisya, bang ham, ramai la yang ada, minum, borak dan ambik gambar ramai-ramai.

Terasa sayu la pulak, bang mil lagi la rasa sedih kan, dulu semua ada, ayah lang ada, tapi sekarang kami sekeluarga jer yang ada, ayah lang pun dah tak de sampai bila-bila.



Makan bubur ayam Mc D jer.

Minum dan lepak sampai bang mil join meja kami dan minum sekali .

Dalam pukul 8 camtu , bang mil pun nak masuk gate .


Bang Mil yang pakai t shirt grey tu,

Beratur tak pandang kiri-kanan, mungkin rasa sayu kot, dulu sebelum beratur kat sini, boleh peluk-peluk, cium-cium ayah lang, sekarang tak de sapa nak dipeluk..kami pulak yang rasa sayu.

Kami pun berjalan ke Anjung Tinjau sampailah bang mil hilang dari pandangan.

Harap bang mil berjaya teruskan pengajian sampai dapat Master.

Lepas tu kami gi kedai coklat la, acara wajib, beli coklat sebelum balik.

Mengantuk nya , dalam perjalanan balik, semua tido termasuk mama, ayah mana boleh tido, sapa nak bawa keta kan..hihi kesian ayah.

Begitu la pengorbanan seorang anak, semoga wasiat ayah lang dapat dipenuhi dengan sempurna. 
Kami pun sentiasa doakan bang mil dipermudahkan segala urusan kat sana.

Ayah kata kalau ada rezeki, boleh kami sekeluarga melawat Sydney, nanti bang mil boleh jadi tour guide..best kan 

Ok, nanti kami bercerita lagi

  
-3 boys -

No comments: