Assalamualaikum semua,
Esok dah raya haji dan kami terima banyak pesanan-pesanan kat watsap grup yang hari ni sangat afdhal berdoa dari pukul 5.30 petang sampai 11.00 malam..Insya Allah kami akan mendoakan supaya kami semua ditetapkan aqidah.
Raya Haji kali ni serentak dengan cuti sekolah seminggu, kami tak dapat nak gi jalan mana-mana sebab ayah kerja, tapi ayah kata nak bawa kami jalan-jalan hari Jumaat nanti.
Kami akan beraya di jasin sampai hari sabtu pastu balik jelebu sekejap untuk majlis birthday icha dan yaya.
Tapi semalam dapat juga kami berjalan-jalan walaupun bukan ke destinasi kegemaran....kebetulan maktok ada appointment klinik tulang, habis jer physio, maktok ajak kami semua gi Nilai 3.
Maktok belanja makan tengahari kat Restoran belakang Hospital Colombia tu pastu gerak lah ke Nilai 3.
Wa..happy betul maktok dapat jalan-jalan dan shopping-shopping, macam-macam maktok beli, semuanya barang dapur yang corak-corak english tu..vintage mama kata.
Nasib baik mama kami tak minat benda-benda vintage tu, boring pulak tengok semua ada corak bunga ros merah macam ni..
Macam-macam maktok beli semalam, semua ada corak-corak macam dalam gambar google ni, termasuk lah bekas kuih walaupun tahun depan baru boleh guna, happy betul maktok.
Kami pun layan aje la walaupun letih tapi dapat juga upah aiskrim,kihkih
Petang tu dalam pukul 4 lebih kami semua balik jelebu pulak hantar maktok...dalam perjalanan hujan turun lebat betul sampai tak nampak jalan.
Lepas minum milo dengan makan karipap panas dan juga lepas solat asar, kami pun gerak balik seremban, dah agak gelap jugak masa tu, hampir pukul 6.
Tengah mama kami drive, tetiba keta 5 keluar warning "Coolant temperature" pastu aircon terus tak sejuk, mama dah rasa tak sedap hati terus suruh kami message ayah, dalam pada tu mama ternampak rupanya temperature kereta 5 dah maximun naiknya, merah terus lampu warning dia.
Oh Nooo!!..no choise terus parking tepi jalan..dan call ayah
Dan mendapatla kami tersadai kat tepi jalan sampai maghrib. nasib baik kat Tembun jer...kalau kat sungai Terip??..mama kata ada orang cerita kat sungai terip bila tengah malam pukul 2 atau 3 pagi camtu, semua makhluk ada, sebut jer, semuanya ada, pocong, pontianak, semua ada..hahaha.
Adoi..keta 5 dah buat hal lagi.
Doakan perjalanan kami balik ke jasin hari ni selamat ye dan keta 5 tak buat hal, ayah kata kena hantar bengkel jugak sebab air dalam tangki kering kontang ..tapi tank dah tukar yang baru, entah lah mana la kami tau semua tu.
Ok lah..nanti kami bercerita lagi.
Moga-moga Tok Mat kami yang berada di tanah suci sekarang ni memperolehi Haji yang mabrur. Ameen Ya Rabbal allameen
-3 boys -
No comments:
Post a Comment