Tuesday, 6 October 2015

Orang Qatar dah habis cuti

Salam hari Selasa,

Cuti makjah sekeluarga dah pun tamat.

Seronoknya mereka pulang ke qatar menghirup udara bersih dan segar 


Kami kat malaysia dah sebulan rasanya menghadapi jerebu, sekolah pun dah beberapa kali tutup. Kali ni jerebu sangat teruk sampai sekolah tutup 2 hari berturut-turut, hari ni cuti lagi..esok sekolah dan harapnya kualiti udara bertambah baik.

Sepatutnya minggu ni im akan menghadapi UPKK..dari hari isnin sampai khamis, tapi dah berjerebu ni, UPKK ditangguhkan...tak tahu la bila gantinya.

Makjah sekeluarga balik semula ke qatar hari Rabu minggu lepas, 30/9/2015..kami tak dapat hantar ke airpot sebab sekolah. mama dan ayah jer yang gi airpot, bai-bai makjah dan ambik keta hitam bawa balik .

Flight makjah pukul 9.30 pagi jadi mama dan ayah kena jumpa makjah pukul 8 lebih untuk ambik kunci keta hitam.
Pagi tu kami bangun sangat awal dan pukul 6.40 dah dihantar ke sekolah, pertama kali dalam sejarah im dan azri sampai sekolah pukul 6.45 pagi, awal giler..tapi masih ada lagi kawan-kawan yang memang sampai awal, pukul 6.30 dah sampai sekolah.

Seronok juga sampai awal ke kelas, best jer lepak kat kelas dengan 2-3 orang kawan jer, pastu boleh relak-relak jer turun beratur, tak la gesa-gesa.

Tapi apa yang penting hari tu ayah kami cuti..yeaaa..walaupun tak jalan ke mana-mana tapi ayah ada kat rumah adalah sangat best.

Ayah kan kerja kat shah alam..tiap-tiap pagi sebelum pkl 7 dah keluar pastu lepas maghrib baru sampai semula ke rumah, lepas makan malam biasanya ayah akan tertidur depan tv sebab keletihan, jadi cuba kira berapa jam kami dapat bersama-sama dengan ayah kami?

Yang lagi best sepanjang hari tu mama kami tak yah masak, ayah bagi can makan kat kedai dari pagi sampai ke malam...haa suka la tu.hahaha

Apa aktiviti orang qatar sepanjang 2 bulan percutian?

Pehh..jadual makjah sekeluarga amat padat.mengalahkan rozita Che wan

-Kenduri akikah azidane kat Taiping
-Jalan-jalan Penang rumah adik ipar makjah..siap main bowling
-buat paspot Bik Yat
-Kemas rumah Klang
-Balik rumah Kuantan
-Gi jalan-jalan Langkawi
-jalan-jalan bukit tinggi
-setelkan rumah klang kena pecah masuk pencuri
-Bakar 25 batang lemang
-gotong royong sembelih kambing korban
-kacau 2 kilo tepung buat dodol
-tolong prepare birthday party untuk icha dan yaya
-kelam kabut di airpot sampai hampir tertinggal kapalterbang..kihkih

Begitu punya sibuk, baca pun rasa penat.

Apa-apa pun makjah sefamily dah selamat sampai ke qatar dan kazen-kazen kami tu dah stat sekolah.

Tahun depan makjah akan balik malaysia setelah habis kontrak, tapi tak tahu lagi..ntah-ntah sambung kontrak sebab uncle sharil naik pangkat kat qatar.

Yang pasti nanti jumpa semula makjah, azzidane dah besar dan dah berjalan dan aydan dah jadi big boy. Harap kami sekeluarga dapat ke qatar bercuti-cuti nanti.

-3 boys -

No comments: