Monday, 29 February 2016

Apabila sudah takdir...

Salam Hari Isnin,

Mulakan hari dengan Bismillah , Al Fatihah dan 3 Qul...semoga Allah melindungi kita semua dari kepayahan dan kesusahan.

Sepatutnya hari sabtu minggu ni sekolah abang besar ada hari sukan.

Abang besar kami ambik bahagian dalam kawad pengakap...setiap hari sepanjang minggu lepas abang besar balik pukul 5 untuk latihan kawad, balik rumah dah kepenatan, nak buat homework pun tertidur.

Hari Jumaat lepas abang beritahu mama yang abang kena stay back lagi, so mama minta abang cari kawan untuk stay back kat sekolah, lunch je kat Seremban Prima , solat jumaat kat Masjid Negeri dan nanti pukul 5 petang mama jemput.

Hati mama sebenarnya rasa tak sedap bila abang nak stay back tu.

Pukul 11.55, baru jer mama nak stat enjin keta nak jemput azri dan im, abang besar call beritahu tak jadi stay back, jurulatih kawad kata kawad pasukan abang dah cantik, tak yah training lagi petang nanti. Abang minta mama jemput , abang tak nak stay back, penat , walaupun ramai kawan-kawan ajak stay back.

Kat sekolah abang memang ramai student stay back, dengan cikgu sekali sebab sibuk menyiapkan khemah semua .

Lega hati mama masa ambik abang.

Balik macam biasa, azri ada art class macam biasa.

Sedikit pun kami tak menjangka bahawa ada tragedi berlaku di sekolah abang.

Seorang abang Tingkatan 5 lemas di kolam renang sekolah abang, Sekolah KGV memang ada kolam renang bersaiz olimpik, kolam tu dah lama tutup dan baru jer dibuka minggu lepas.

Abang kata sejak semalam memang ramai student mandi kat kolam tu, cikgu benarkan dan abang kata kalau ada kawan memang abang terjun jugak dalam kolam tu. 

Dengar khabar, petang jumaat tu ramai mandi dalam kolam tu, cikgu nampak dan suruh semua keluar tapi abang tu masih dalam kolam dan baru disedari dia tak bergerak dalam kolam tu. 

Kawan-kawan dia cepat2 selamatkan dia dan cikgu abang yang memang seorang certified diver cepat-cepat bagi cpr namun dengar kabarnya nadi memang dah tak bergerak.

Allahu Akbar!!..abang tingkatan 5 tu dah tak de.

Innalillahuwainnahirajjiun

Sedihnya rasa, mama kata macam mana la perasaan parent abang tu tetiba dapat call dari cikgu beritahu berita sedih tu..gelap dunia tentunya.

Tak dibayangkan macam mana keluarga tu nak menghadapi takdir ini, kami harap Allah berikan kekuatan dan ketabahan pada keluarga tu. Mama kami dah merasa kehilangan adik bongsu, mama kami kata memang redha dengan takdir tapi kerinduan dan kehilangan sesorang tu memang sukar untuk dihadapi. 

Lewat petang tu ayah dapat message dari pihak sekolah bahawa sukan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Abang besar kami pun termenung, abang cerita khemah semua dah siap berhias, kesiannya dengan abang Tingkatan 5 tu, kesiannya dengan cikgu-cikgu abang. Mesti pengetua abang tak dapat tidur malam susah hati.

Begitu la apabila sudah takdir, manusia hanya mampu merancang , Allah yang menentukan segala-galanya. 

Kita hanya mampu berdoa supaya kita dilindungi dari bahaya dan agar kita tidak diberikan dugaan yang kita tidak mampu hadapi. Aaminn.

Al Fatihah untuk Mohamad Daniel Bin Abdul Razak



-3 boys -

Friday, 26 February 2016

Langkawi 2015- Day 3 and The End

Salam semua,

Tak mau cerita panjang-panjang, gi Langkawi je pun, lain lah kot pergi North Pole ke tengok Aurora northern light kan.

Ok hari ke 3 kami pergi Taman Lagenda.

Sayugia diingatkan bahawa Langkawi ada banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati..siapkan ongkos nya jer.

Lawatan kami ni kira destinasi budget, memang ayah nak light and easy jer..so tempat-tempat macam underwater world, pulau payar, muzium 3D, wildlife park semua tu out of plan..kira nak menikmati dan mengenali pulau tu sendiri.

Island hopping pun kami skip sebab dulu masa 2008 kami dah gi island hopping.

Bagi sapa-sapa yang baru pertama kali melawat Langkawi, tempat-tempat tersebut nama di atas adalah wajib dilawati, kami dah gi dah dulu masa maksu Annie ada bersama kami...rindu assue annie.

Taman Lagenda ni luas sesangat ..lupa pulak berapa hektar luasnya, dulu perkhidmatan buggy dsediakan tapi sekarang tak de dah.

Masa kami sampai tempat tu sunyi macam baru lepas kena serang zombie....satu manusia pun tak de!!


Pintu masuk

Tak de orang jaga,  so masuk adalah free.

Taman Lagenda ni kira menceritakan semua lagenda-lagenda kat pulau Langkawi ni, memang banyak cerita magik-magik yang tak masuk akal, tapi terima sekadar pengetahuan sahaja la, nama pun lagenda kan.



Masuk-masuk jer ni trek yang kami nampak, cantik dan mengujakan.

Tapi malangnya tepat ni dah run down, papan kenyataan yang menceritakan lagenda-ladenda pun dah pudar, dengan tak de orang dan tak de panduan arah menyebabkan ayah kami hilang mood 

Yang berminat dan teruja nak pergi hanya mama  kami jer, kami yang lain dah tak larat, tempat tersangat luas, pastu panas terik tak de panduan.



Dari maklumat di internet, ada 17 monumen semuanya .

Gergasi bertarong adalah monumen pertama, ada arca mat cincang dengan gergasi satu lagi bertarong, ada la papan batu yang menceritakan pertarungan dua gergasi ni tapi dah tak berapa nampak. berlumut dah.



Ni pulak mangkuk gulai gergasi tu, asyik bertarung sampai tak sedar mangkuk gulai pecah, habis la kuah tumpah ...sampai la ke satu pekan yang akhirnya dinamakan Pekan Kuah.

Jalan lagi ke depan...fyi, jarak dari satu monumen ke satu monumen adalah jauh, bayangkan ada 17 monumen semuanya ..berapa punya luas da tempat ni!!.



Tak tau la pulak apa kisah nya kerbau-kerbau yang berendam ni.


Beras basah..pandai dia buat replika ni, kalau tengok dekat-dekat memang sebiji rupa beras.

Lepas tu ada monumen pasal percintaan dua dewa..percintaan tak direstui pastu kena sumpah jadi buaya putih..ada yang kena sumpah jadi ikan la.



Ni la kapel yang kena sumpah tu, google la cerita-cerita lagenda pulau Langkawi, mesti ada cerita kapel ni..kesiannnnnn.

Ada lagi 15 monumen tapi kena la menapak punya jauh. 

Disebabkan ayah dah takde mood nak jalan jauh, mama jer yang  bersemangat maka perjalanan gagal diteruskan..jumpa satu pondok, lepak jap.



View dari trek perjalanan sebelah kiri.

Memang kena repeat tempat ni, kena datang awal pagi dan simpan tenaga untuk menapak dan tengok kesemua 17 monumen.

Lepas tu kami dah tak kemana , pergi Pekan Kuah shopping-shopping coklat dan beli pisau potong roti, beli minyak gamat sikit pastu  balik hotel mandi-manda kat kolam jer.

Day 4.. hari terakhir.

Kali ni mama turun brekfes dengan azri. Lepas brekfes, memang kami hanya habiskan masa hotel sahaja..im dan azri asah skil berenang......punya berjam-jam berenang sampai azri dah tau berenang.

Ayah kami pun berenang , hari last ni la baru abang besar setuju nak berenang, seronok tengok kami semua pandai berenang kecuali mama kami la.

Alasan mama untuk tidak belajar berenang adalah , dah ada 4 jejaka yang boleh menyelamatkan mama dari lemas, so tak yah la belajar berenang..boleh gitu??

Flight pukul 6.20 petang, janji nak pulangkan kereta pukul 4..jadi lepas check out hotel, kami terus berjalan ke Kota Mahsuri..nak tengok makam mahsuri.




Tak ada apa yang sangat menarik di Kota Mahsuri, ada muzium dan ada cerita-cerita lagenda mahsuri...banyak la gambar-gambar Aisyah yang dikatakan cicit mahsuri tu, siap ada gambar kawin dia....melebih-lebih la pulak.

Tak lama kat situ, kami pun gerak ke airpot.

Tepat pukul 4 kami sampai airpot...pulangkan kereta dan lepak-lepak jer kat airpot. nak check in belum boleh lagi, masih awal.

Kami balik dengan Rayani Air, yang dikatakan patuh syariah, tiada arak dan minuman keras dihidangkan dalam kapal terbang dan pramugari semuanya bertudung.


Lepas check in , kami layan starbuck sambil makan-makan roti, perut kenyang lagi sebenarnya .


Melangkah pulang.menuju ke gate.

Sampai kat gate tengok orang takde..kami lepak-lepak je la..siap gi kedai beli gula-gula..nasib baik ayah gi kaunter tanya, rupa-rupanya semua orang dah ada dalam kapal terbang!

Kelam kabut kami keluar masuk dalam kapal terbang, kami la penumpang terakhir masuk...eh ada 2 abang masuk selepas kami.

Kami duduk-duduk jap, kapal terbang pun dah siap-siap nak berlepas.




Kelam malam di angkasa. Kapal terbang milik Rayani Air ni adalah kapal terbang lama yang dibeli dari MAS...kabarnya Rayani Air ada 2 biji kapal terbang jer..memang nampak lama la kapal terbang ni.

Pastu masa take off dan masa dah melepasi awam...kapal terbang bergegar kuat, memang rasa nak terkeluar isi perut la......abang besar dah sejuk-sejuk tangan dan kaki..mama yang berani pun kecut perut jugak. Ayah kata banyak "air-pocket"

Tak sampai sejam, kami dah mendarat di KLIA2..ambik teksi balik seremban.disebabkan kami berlima, airpot tak benarkan kami ambik teksi biasa, kami di minta ambil van..caj dari KLIA2 ke seremban adalah RM199...terkejut ayah kami punya mahal.

Rasa macam lagi baik bawak kereta jer ke airpot dan park kat parking jangka panjang..jimat duit ...apa nak buat pengalaman pertama.

Sampai rumah pukul 11 malam..letih sangat.

Esok nya semua bangun dah bad mood ..sebab ni minggu terakhir cuti..lagi 4 hari dah nak stat sekolah..waaaaa..waaaaaaa


-3 boys -

Friday, 19 February 2016

Langkawi 2015

Salam Hari Jumaat

Adoi ...dari sehari ke sehari nak menyambung cerita, tak juga ada kesempatan..tu la bila orang kata masa mencemburui kita, apa pun tak sempat.


Sebelum lagi tak sempat mari sambung cerita cuti-cuti Langkawi 2015 sebelum kami terlupa.

Day 2

Pagi-pagi dah bangun, solat subuh


Breakfast voucher ada 2 jer, kalau kami semua nak turun breakfast buffet, kosnya RM25 satu pax untuk kanak-kanak....ayah kata untuk hari pertama ni biar mama dan ayah turun breakfast, kalau worth baru boleh kami semua breakfast sekali.

Maka mama ayah aje la turun bufet breakfast, kami tinggal dalam bilik makan roti-roti dan biskut-biskut. Bila mama ayah dah naik bilik, mama kata pilihan bufet breakfast hanya biasa-biasa sahaja..adalah amat rugi spent RM25 seorang hanya untuk breakfast yang biasa-biasa...banyak mana lah kami boleh sumbat perut kan....lagi pun mama dah beli macam-macam untuk breakfast kat bilik, roti, biskut, megi pun ada.

Lepas breakfast, kami pun gerak ke Langkawi Cable Car..guna waze jer senang, lokasi agak jauh...hampir 30 minit kami pun sampai la.

Sebelah cable car dulu ada Mutiara Burau Bay, hotel mama sekeluarga menginap ramai-ramai dulu tapi sekarang hotel tu dah tutup , mama baru jer berangan nak throw back, ambik gambar kat lokasi sama-sama dengan arwah maksu dulu.

Sampai kat cable car, dah hampir pukul 9 lebih...terkejut tengok que nak beli tiket bapak panjang!!

Nasib baik kami dah beli tiket siap-siap kat airpot semalam , hanya beratur kat Kaunter 4 jer sekejap, ambik wristband dan terus naik ke atas.

Naik tangga ke atas, lagi sekali terkejut babun....que nak naik cable car punyalah atok panjang, mak aiiiii....dulu tak macam ni.



Masa ni dah berpeluh-peluh beratur, nasib baik bawak air dan roti, patutnya atas ni tak leh bawak makanan tapi sapa peduli, dah beratur berjam-jam, perut pun lapar balik.


Line berkeluk-keluk macam ular, pastu semua yang beratur kena masuk dalam skyDome dulu, skydome ni macam wayang 4D ..tapi lagi canggih la...hanya perjalanan dalam rollercoster ditunjukkan tapi memang macam real, pening-pening jap kepala.

Keluar dari skydome, sambung beratur balik, masa ni memang dah panas berkuap pastu yang bawak baby, baby diaorang dah start nangis-nangis lapar dan panas...huru hara jugak keadaan kat situ.

Tapi kalau kita tak mau beratur panjang-panjang dan nak feeling VIP , boleh jer beli tiket VIP, tambah lagi RM50 satu kepala....ni tak yah beratur..ada lane khas dan terus jer boleh naik cable car.

Maka kami yang tak berapa nak VIP ni kena beratur panjang berjam-jam yer.

Hampir pukul 12.00 tengah hari baru lah dapat naik cable car, memang sakit hati la bila tiba giliran kita, tiba-tiba ada pemegang tiket VIP naik. dan potong que, sakit ati betul...apa nak buat tu orang-orang kaya.

Kebanyakan yang beli tiket VIP adalah pak mak Arab dengan mat minah salleh.




Penat dan sakit hati hilang sebaik sahaja cable car mula bergerak..Subhanallah, permandangan tersangat la cantik.

Dalam cable car kena isi 6 penumpang, kami berlima dan staf kat situ sumbat sorang VIP minah salleh naik satu ride dengan kami..dah la masing-masing membatu membisu, nak hu ha hu ha pun masing-masing malu.

Ayah yang memang takut tinggi pun kena la cover-cover padahal kaki tangan dah sejuk-sejuk tu...hahaha



Dua-dua ni tengah cover gayat..pandang ke belakang memang curam yang amat ...sebelah im tu ada minah salleh...dia sibuk ketik...ketik...ambik gambar tak berhenti..ayah tak curi ambik gambar dia sebab tak lawa...hahaha



Air terjun Telaga Tujuh



Pulau-pulau dari kejauhan....ada tiga pulau di Thailand yang boleh nampak dari atas gunung Mat Cincang ni tapi tak pasti mana satu pulau-pulau tu

Sampai stesyen pertama, kami terus beratur semula untuk naik ke stesyen ke 2, beratur lagi punya panjang dalam panas terik rentung tu, lagi sekali para  VIP potong que ....#@%^.

Kali ni kami berlima jer dalam satu cable car, baru seronok nak ber huha



Skybridge dari kejauhan, nak gi skybridge kena beli tiket lain RM5 satu kepala, disebabkan manusia yang beratur punya panjang, malas kami nak pergi sana. Dulu masa kami pergi sini tanpa azri , free jer..tapi lepas nak renovate, letak 3 lantai kaca, dah kena bayar.





View dari puncak gunung, memang sangat cantik.

Walaupun panas terik tapi angin bertiup sangat kencang, memang best betul masa kat atas. Angin kuat sampai ada masa tu rasa macam nak melayang.

Ada satu tragedi berlaku di puncak gunung ini.hihihi

Masa kat puncak, kami stop rehat minum-minum jap, ayah yang kekurangan nikotin mulalah menyiapkan paip nya untuk di hisap..baru je letak kat mulut , baru je nak nyalakan dengan angin yang kuat tu...tup-tup paip tertanggal!!

Semua ternganga jer tengok paip kesayangan dah terjelepuk dalam semak, nak gi ambik tangan tak sampai...biar aje la.

Sebenarnya ayah kami dah janji nak berhenti merokok, dan paip tu dibeli kononnya untuk hilang ketagih katanya..namun nampaknya janji tinggal janji, paip dah jatuh dalam semak, balik dari cable car tu ayah kami beli rokok satu kartun.....hahaha.




Lagi view dari puncak gunung..berada atas puncak gunung tu memang mengasyikkan, angin bertiup kencang, sedap sejuk je kat atas walaupun matahari terik tahap tak boleh bukak mata.

Dah puas ketik.....ketik...kami pun turun

Perjalanan turun tak lama, beratur juga tapi masa menunggu tak lama.

Lepas tu kami cari lunch, dah lewat juga, hampir pukul 3, ayah round-round pulau cari kedai makan, last-last jumpa satu kedai yang tak ramai orang, makan nasi campur jer...sedap.

Sudah makan, masing-masing baru terasa penat, balik la ke hotel. Singgah pekan Kuah dulu beli makanan ringan, pastu balik hotel..kat hotel lepas santai-santai jap, tanpa berlengah masa ,  kami pun terjun tiruk dalam kolam renang la.

Kolam agak dalam, yang pelik nya boleh pulak azri berenang dalam tu, siap belajar berenang lagi dengan ayah.

Puas berenang, balik bilik, makan-makan, mandi, rehat-rehat dan lepas solat kami keluar berjalan semula. Kali ni ke Dataran Lang.....tengok burung helang saiz giant.

Dataran Lang tengah renovate, kedai-kedai kat situ semua tak bukak, gelap sedih ker keadaan kat situ. Kami hanya jalan-jalan kejap, ambik-ambik gambar pakai hp jer pastu gerak ke gerai-gerai belah depan.

Abang teringin nak makan seafood, maka kami order ikan sweet sour, sotong goreng tepung dengan kailan goreng jer, makan lah anak beranak dengan berselera walaupun lauk-lauk tu semua tak sampai rasa.

Ayah kata makan jer ..bersyukur kerana itu rezeki kita , ikut kata Rasul kita, jangan mencela makanan.

Sudah makan, gerak balik....tapi sebelum tu pusing-pusing pulau dulu, tengok banyak hotel cantik-cantik.

Balik hotel, semua tidur awal walaupun banyak movie best-best kat tv.

Habis dah day 2

-3 boys -