Monday, 29 February 2016

Apabila sudah takdir...

Salam Hari Isnin,

Mulakan hari dengan Bismillah , Al Fatihah dan 3 Qul...semoga Allah melindungi kita semua dari kepayahan dan kesusahan.

Sepatutnya hari sabtu minggu ni sekolah abang besar ada hari sukan.

Abang besar kami ambik bahagian dalam kawad pengakap...setiap hari sepanjang minggu lepas abang besar balik pukul 5 untuk latihan kawad, balik rumah dah kepenatan, nak buat homework pun tertidur.

Hari Jumaat lepas abang beritahu mama yang abang kena stay back lagi, so mama minta abang cari kawan untuk stay back kat sekolah, lunch je kat Seremban Prima , solat jumaat kat Masjid Negeri dan nanti pukul 5 petang mama jemput.

Hati mama sebenarnya rasa tak sedap bila abang nak stay back tu.

Pukul 11.55, baru jer mama nak stat enjin keta nak jemput azri dan im, abang besar call beritahu tak jadi stay back, jurulatih kawad kata kawad pasukan abang dah cantik, tak yah training lagi petang nanti. Abang minta mama jemput , abang tak nak stay back, penat , walaupun ramai kawan-kawan ajak stay back.

Kat sekolah abang memang ramai student stay back, dengan cikgu sekali sebab sibuk menyiapkan khemah semua .

Lega hati mama masa ambik abang.

Balik macam biasa, azri ada art class macam biasa.

Sedikit pun kami tak menjangka bahawa ada tragedi berlaku di sekolah abang.

Seorang abang Tingkatan 5 lemas di kolam renang sekolah abang, Sekolah KGV memang ada kolam renang bersaiz olimpik, kolam tu dah lama tutup dan baru jer dibuka minggu lepas.

Abang kata sejak semalam memang ramai student mandi kat kolam tu, cikgu benarkan dan abang kata kalau ada kawan memang abang terjun jugak dalam kolam tu. 

Dengar khabar, petang jumaat tu ramai mandi dalam kolam tu, cikgu nampak dan suruh semua keluar tapi abang tu masih dalam kolam dan baru disedari dia tak bergerak dalam kolam tu. 

Kawan-kawan dia cepat2 selamatkan dia dan cikgu abang yang memang seorang certified diver cepat-cepat bagi cpr namun dengar kabarnya nadi memang dah tak bergerak.

Allahu Akbar!!..abang tingkatan 5 tu dah tak de.

Innalillahuwainnahirajjiun

Sedihnya rasa, mama kata macam mana la perasaan parent abang tu tetiba dapat call dari cikgu beritahu berita sedih tu..gelap dunia tentunya.

Tak dibayangkan macam mana keluarga tu nak menghadapi takdir ini, kami harap Allah berikan kekuatan dan ketabahan pada keluarga tu. Mama kami dah merasa kehilangan adik bongsu, mama kami kata memang redha dengan takdir tapi kerinduan dan kehilangan sesorang tu memang sukar untuk dihadapi. 

Lewat petang tu ayah dapat message dari pihak sekolah bahawa sukan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Abang besar kami pun termenung, abang cerita khemah semua dah siap berhias, kesiannya dengan abang Tingkatan 5 tu, kesiannya dengan cikgu-cikgu abang. Mesti pengetua abang tak dapat tidur malam susah hati.

Begitu la apabila sudah takdir, manusia hanya mampu merancang , Allah yang menentukan segala-galanya. 

Kita hanya mampu berdoa supaya kita dilindungi dari bahaya dan agar kita tidak diberikan dugaan yang kita tidak mampu hadapi. Aaminn.

Al Fatihah untuk Mohamad Daniel Bin Abdul Razak



-3 boys -

1 comment:

hacketthaak said...

Golden Nugget Casinos & Resorts - MapyRO
Golden 계룡 출장마사지 Nugget Casinos & Resorts locations, rates, 시흥 출장마사지 amenities: expert 여수 출장샵 Golden 상주 출장샵 Nugget research, only at Hotel and Travel 순천 출장마사지 Index.