Macam biasa, bila weekend jer , diari kami ni tak ber-up -date , apa nak buat sekretari kami sibuk bila weekend, masak lah, shopping la, kemas rumah lah....
Weekend ni cuti panjang 3 hari dan kami balik jasin , kat jasin tak ade wifi , lagi la diari ni tak terusik.
Tapi dah nama diari , kena tulis kan apa saja yang berlaku , takut nanti lupa...
Orait...Hari sabtu kami balik Melaka , singgah dulu kat Taman Cheng Perdana, ada wedding adik kawan mama..kami sampai agak lewat , hampir pukul 2 sebab dalam perjalanan dari seremban tadi, hujan lebat sesangat.
Disebabkan mama tak nak kami ni nampak kebuluran , ayah singgah kat Petron Alor Gajah dan beli macam-macam jajan buat alas perut.
Jadi masa sampai majlis orang kawin tu , tak lah kami terkam nasi arab tu macam orang Somalia , dapat lah kami kontrol hensem senduk nasi arab slow-slow , senduk daging dan ayam slow-slow padahal perut dah menggelodak nih...bau nasi arab tu pehhh!! tak tahan.
Tengah sedap-sedap makan, kawan mama datang kat meja kami, hmm dapat layanan special lagi..macam-macam kami dapat , candy pack, bubur kacang, koktel buah-buahan ..pendek kata semua yang dihidangkan sangat sedap.
Masa balik, kawan mama bagi tapau nasi arab...seplastik besar..syukur ,rezeki malam nanti.
Balik dari majlis kawin tu, ayah terus singgah masjid untuk solat, mama tukar baju dan kami terus ke Melaka Mall untuk acara shopping , nak beli selipar azri dan baju-baju kerja ayah ..selesai semua zomm...kami balik rumah makcik.
Sampai dah maghrib, solat dan makan malam terus ..ayah lang dan kak lesya pun ada, makan nasi arab ramai-ramai ..best !!
Hari Ahad esoknya kami lepak je kat rumah makcik , tak kemana-mana
Lepas sarapan, makngah, kak cik dan kak nana sampai .
Aktiviti seterusnya adalah melepak saje,
Petang lepas solat zohor, ramai-ramai tengok The Conjuring
Minum petang dengan pizza makcik masak, apam balik mama beli dan buah-buahan setalam penuh.
Tak lupa kenduri ais krim..
Semua makanan di atas telah membuatkan kami mengalami kelawasan melampau , cherry berry terus...
Malam tu makngah dan the geng tido kat rumah makcik, jadi tak la takut sangat pasal ramai orang kat rumah kan .....ni semua Conjuring punya pasal la ni...nak tido pun takut ni.
Im pulak demam terus , badan dah panas semacam jer, mama bagi panadol sebiji pastu tido
Isnin esoknya....cuti umum hari Malaysia ...im masih demam tapi tak panas sangat. azri dah stat batuk tapi mama kawal , bagi puff on time takut kena lelah lagi.
Lepak tengok tv aje la....main bola , main badminton ..kira enjoying the break to the max la kekdahnya .
Lepas lunch balik seremban ..jemmmmm jemmmmmm jemmmmm
Dah keluar Pedas pun jemmmm jugak, berkematu bontot duk dalam kereta ..ni kalau nak ke Kuantan pun dah sampai nih.
Sampai rumah kami dah maghrib, Min menyambut dengan ngiauan kelaparan....tu lah air dengan makanan banyak kat atas tempat kasut mama kami letak , dia yang memilih ..padan muka lapar.
Mandi cepat-cepat, solat maghrib pastu keluar semula...gi rumah mak tok pulak makan malam ...nasib baik lah maktok ada dan ajak makan, kalau tak penat la mama nak kena masak ..lauk ada mama bawa dari rumah makcik tapi kena juga masak nasik..
Balik semua dah keletihan ....makan ubat siap-siap dah tido.
Alhamdulillah pagi tadi bangun tido, im dan azri dah sihat, ke sekolah lah kami .
Tapi tak gi kafa, mama suruh kami rest kat rumah, esok dah stat gi kelas mengaji.
Begitu lah hujung minggu kami....makjah ada call mama offer kami semua lepak kat hotel makjah kat Kuantan tu, tapi ayah kata ayah tengah sibuk.. takpe kami tunggu je sampai ayah dan mama tak sibuk. Ada masa ke kuantan la kami...
-3 boys -
No comments:
Post a Comment