Dah lama tak menjengah di sini
Dah alang-alang menjengah tu kami nak cerita pasal coklat, kami sekeluarga memang suka coklat, im sahaja yang agak terhad suka coklat, im hanya suka makan coklat tapi kalau kek coklat atau aiskrim coklat, memang im tak leh masuk, muak sampai nak termuntah.
Hari tu masa kami pergi Langkawi, memang mama borong coklat sakan, sampai rumah kejap jer habis .
Oleh kerana hantunya coklat kami semua ni, mama kami berikrar nak buat coklat sendiri, atas dorongan ayah juga, mama sign up kursus asas usahawan coklat buatan tangan anjuran Lembaga Koko Negara.
Kursus nya bulan Mac hari tu, 2 hari..hari Selasa dan Rabu.
Ayah sampai ambik cuti 2 hari untuk jaga kami semua , bagi laluan pada mama berkursus dengan senang hati, kursus sepanjang hari dari pagi sampai pukul 5.30 petang.
Hari pertama berkursus sesi pagi hanya penerangan mengenai proses koko aje, dari pengumpulan biji koko sampai la jadi serbuk koko, jadi coklat bar mentah tu..boring la jugak mama cerita sampai tertido2....biasa lah mama kami kan, tertido semasa buat kerja mmg biasa, masa basuh pinggan, gosok baju, lipat baju pun mama kami boleh tertido..hahaha
Lepas lunch baru lah keseronokan bermula.
Belajar buat coklat...mama kata baru tahu bahawa ada 2 jenis coklat, satu coklat tulen yang rasa sedap macam cadbury tu dan satu lagi coklat kompaun. Coklat kompaun ni banyak dicampur dengan lemak sayuran..rasa coklat kompaun ni kurang sedap sikit, rasa macam coklat Kandos.
Eh kami mana kenal coklat Kandos, tu coklat zaman mama
Ok..macam rasa coklat Krispy la.
Ha macam ni la rasa coklat kompaun. Coklat Beryls pun coklat kompaun juga.
Mama cerita hari pertama mama di ajar buat coklat tulen.
Coklat tulen agak leceh nak buat, kena ada marble table macam dalam gambar dan kena ada food termometer..tu wajib.
Masa cair kan coklat kena suhu cecah 50'c pastu kena sejukkan sampai 26'c dengan cara tempering...cara tempering ada kat gambar no 1 dengan no 2, main curah jer atas meja dan kacau-kacau dengan scaper.
Suhu dah turun sampai 26'c baru masukkan dalam mould dan sejukkan
Rasa dia memang walahhh....kalah coklat cadbury.
Bukti mama kami berkursus buat coklat.
Hasil coklat buatan tangan oleh group mama
Ada 3 jenis coklat praline, satu tu coklat kosong, isi kacang dan filling dengan krim karamel. Semua ni kami dah rasa, memang confirm kalah coklat cadbury, setanding dengan ferero roche.
Hari ke 2, mama di ajar buat coklat gunakan coklat kompaun.
Mudah lagi cara buatannya, hanya cairkan coklat blok dan terus masuk dalam mould, hias lah ikut kreativiti.
Hari ke 2 ni banyak juga jenis coklat yang diajar, coklat tropicana, Trufel spliter kekacang dan coklat hollow figure.
Ni hasil 2 hari buat coklat.
Ini lah coklat hollow figure, tapi ni hasil dari group lain, terlalu cantik , mama pun tumpang ambik gambar, group mama dapat mould bentuk rabbit, ahli-ahli group semua tak berapa teror jadi rabbit tu rupa macam zombie rabbit, nak ambik gambar pun takut..kihkih
Hidangan minum petang kami hari terakhir mama berkursus..semuanya sedap-sedap.
Mama bawa balik sebekas bekas coklat-coklat ni dan mama beli juga blok coklat tulen sekilo dan blok coklat kompaun 2 kilo.
Kena la praktis buat coklat , kalau tak hilang la ilmu buat coklat yang mama belajar 2 hari tu kan.
Jeng...jeng..jeng... ini la hasil kursus yang mama hadiri, coklat praline home made..ni mama buat untuk bagi hadiah pada kawan ayah..guna coklat kompaun jer sebab alat-alat untuk buat coklat tulen belum ada lagi.
Kawan ayah kata sedap..mama pun puas hati.
Keseronokan bercoklat ni dah berjangkit juga pada kami..dah hampir sebulan kami ni jual coklat kat sekolah, kami jual coklat bar, mama jual Rm1 je satu, guna coklat kompaun, letak rice krispy dan rasanya sebiji malah lebih sedap lagi dari coklat krispy gambar kat atas tu.
Mama kata insya Allah ada rezeki mama nak beli peralatan untuk coklat tulen dan mould yang cantik-cantik, mama kata peralatan coklat tulen sangat mahal, beratus-ratus rm harganya.
Bagus jugak mama kami gi kursus tu, dah hampir 2 bulan kami sekeluarga tak beli coklat, makan home made coklat jer, halal toyibb.
Ok tu jer, nanti kami sambung cerita lagi.
-3 boys -
No comments:
Post a Comment