April dah hampir ke penghujung
Tak lama lagi nak masuk Mei pastu Jun, yeaaa..Jun...bulan puasa..kami suka...kami suka.
Sebab ada pasar ramadan dan ada solat terawih...kali ni kami berazam untuk pergi solat terawih sekerap yang mungkin.
Oh ya, tusyen juga tak de sepanjang Ramadan..ooo yessss....hahaha..kalau mama tau mesti mama marah.
Kehidupan kami masa sama macam dulu, tiada perubahan, kucing ada satu jer yang setiap malam akan tido dalam rumah dan sebelum subuh akan menunggu di luar pintu bilik mama.
Mama kami pun macam tu jugak la, hari-hari kelam-kabut, huru-hara tak tau apa yang dikejarkan, kami tau apa sebab mama kami selalu kelam kabut..sebab pagi-pagi mama terlalu leka dengan FB, blog dan watsap..sedar-sedar dah tengah hari, dah nak kena masak, sapu, mop.
Kami selalu kata mama need a vacation...2 minggu lepas kami pun pergi la short vacation sambil bekerja di Sri Iskandar.
Ayah kami ada job training kat KPM Sri Iskandar, training 3 hari, dari jumaat sampai ahad, ayah bawak kami semua sebab ayah kata kalau ayah sorang-sorang nanti ayah boring.
Kami bertolak pagi-pagi Jumaat sebab nak sampai kat sana pukul 12 camtu..apa lagi ponteng sekolah, ponteng solat jumaat la, untuk keselesaan , ayah book kan kami stay 2 malam kat D'Hotel Sri Iskandar, sebelah jer hotel tu ada D'Mall.
Walaupun hotel tu hanya 3 bintang, kami semua sangat puas hati dan rasa tak puas stay kat sana, sebab dalam D'Mall tu ada macam-macam.
D'Mall tu tak besar mana, macam KM Plaza Seremban jer pun tapi herannya macam-macam ada, Coolblog, Chicken rice Shop, Big Apple dan pasaraya Billion. dan yang paling mama suka ialah ada kedai-kedai tudung.
Kami sampai dalam pukul 12.00 tengah hari kat D'Mall, terus gi makan kat Foodcourt dalam D'Mall..ni la food court yang paling kecik kami pernah jumpa, tapi ada macam-macam pilihan, dan yang bestnya kaunter minuman dia ada jual ice blended.
Lepas makan , kawan ayah jemput ayah gi solat Jumaat, kami semua tinggal la kat situ , merayau menjelajah seluruh D'Mall sementara tunggu pukul 2 pm nak check in bilik.
Dalam masa setengah jam dah habis dah jelajah semua, kat D'Mall tu ada cinema besar ..LTS Cinema , macam GSC juga size nya dan ada show filem-filem box office, terkesima jugak tengok tempat tu macam biasa-biasa jer tapi ada show Jungle Book, Batman vs Superman, The Huntman Winter War dan ada juga filem-filem tamil..hahaha.
Pastu kami beli-beli barang kat Billion sikit , terus ke lobi nak check in.....alamak bilik pulak belum siap, kebetulan hari ahad nanti ada race basikal lumba jadi hotel memang fully book.
Pukul 2.40 petang baru dapat masuk bilik, ok la biliknya satu katil king dengan satu extra bed.
Lepak-lepak jap pastu pukul 4 mama dan azri turun nak usha swimming pool. bilik kami di tingkat 5, swimming pool di tingkat 4, turun pakai tangga jer.
Terkejut kami tengok tangga kat D'Hotel, ada sarang labah-labah besar, macam tak pernah ada orang guna tangga jer, kalau Anthony Merquerry cerita Hotel Imposibble tu nampak tangga D'Hotel ni , confirm pengsan dia 4-5 kali.
Swimming pool kocik jo, air pun tak berapa bersih dan bau klorin sangat kuat.
Petang tu im dan azri jer yang mandi, abang besar tak mau keluar bilik langsung, lepak jer main game.
Hari tu hampir pukul 7 baru ayah habis kerja, malam tu kami makan kat Chicken rice shop kat sebelah jer, jalan-jalan lebih kurang pastu balik bilik tido.
Sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, memang kami jalan-jalan kat D'Mall je la, ayah memang tak de la, sibuk dengan training, malam esoknya kami semua dengan ayah sempat tengok wayang, cerita Huntsman Winter war tu, sedap cerita tu.
Boleh dikatakan kami memang puas hati dengan short vacation kami kali ni. mama kami pun puas hati sebab.......
Sebab ada kedai tudung yang berwarna-warni!!!!
Mabuk kaler kejap mama kami, tapi dalam mabuk kaler tu, selai jer mama kami beli!! Laa beli la banyak-banyak, membazir amalan syaitonnnn mama kami kata. kihkih.
Kat tingkat atas pulak kami jumpa ada satu kedai buku....kedai ni mama kami suka jugak ada banyak novel-novel terbitan DBP pastu ada 70% diskaun pulak tu, ni baru best sebab selalu ada banyak novel mengarut je kan...'.Mak we ku 200 kg' la, 'cinta awak 200% ' la, ntah apa-apa punya novel.
Novel DBP baru la ada kelas mama kata, tu pun beli 2 aje...jadi lah ..mama pilih yang tebal-tebal , lagi tebal dari quran....haa puas baca.
Kat sini juga mama belikan im jam, RM70...ok la kualiti nya , yang penting im suka.
Mama kata kalau mama ada duit berkepuk , memang macam-macam mama beli, tu tudung-tudung tu mungkin satu almari mama borong, buku-buku tu mungkin separuh kedai mama beli, 70% diskaun kan.
Kasut-kasut pun murah-murah, pendek kata memang D'Mall tempat yang bagus untuk kita pergi dan ini la satu-satu nya Mall yang malam-malam ramai yang datang pakai baju tidur jer,
Ada yang dengan kain pelekat jer , baju kelawar...selamba jer shopping kat Mall...peh lain dafri yang lain la.
Next week mungkin kami ikut ayah out station lagi, satu malam pun jadi lah..boleh jadi peneman ayah yang dah penat bekerja seharian di tempat orang kan.
Ok la tu jer untuk kali ni
-3 boys -
No comments:
Post a Comment