Monday, 22 June 2015

Prestasi puasa setakat 5 Ramadhan

Ramadhan ke 5, hari isnin 22/6/2015

Azri berjaya puasa penuh selama 4 hari..yeeaaa

Abang besar dan im masih steady.


Hari pertama azri kecundang sebab tak tahan nampak keropok sayur yang kalerful tu, terus bukak bekas dan makan.

Hari pertama sahur kami hanya kami berempat saje, ayah outstation kat Kuching, kesian ayah sahur sorang-sorang jer kat hotel kat Kuching.

Pukul 4.30 petang baru ayah sampai rumah, hari pertama tu mama kami masak laksa penang, ikan tenggiri masak kicap. Pkl 5.30 petang, mama dan ayah gi bazar ramadhan paroi sebab im teringin nak minum air kathira, beli 2 bungkus, harga air dah naik , sekarang rm3 satu bungkus.

Bersesak-sesak kat bazar ramadhan hanya untuk beli air kathira 2 bungkus!!....bagus tak membazir kan. 

2 Ramadhan (Jumaat)

Berkat tazkirah jumaat oleh ustazah kelas azri, azri berazam untuk puasa penuh hari tu.

Hari tu abang besar sorang je yang pergi solat jumaat, im dan azri tak nak pergi sebab takut letih , lagipun cuaca berdenting punya panas.

Jemput abang dari masjid, ada pulak yang terlupa, ajak gi speedmart beli ais krim..sabo je ler..pastu eh!! aji lupa la, puasa hari ni

Petang tu mama suruh aji tido kalau letih, tapi larat pulak tu mengadap game online berjam-jam.

Menu berbuka kami hari tu, mee kari, daging black pepper dengan air asam boi bazar ramadhan...sekali lagi bersesak-sesak kat bazar ramadhan paroi hanya untuk beli air asam boi se bungkus...terror kan?..jelas menunjukkan ayah mempunyai tahap kesabaran maksima.

3 Ramadhan (sabtu)

Hari cuti paling best sebab lepas solat subuh boleh tido balik...ambik ko..pukul 9 pagi baru rumah kami bernyawa.

Kami lepak kat rumah jer, mama dan ayah keluar beli mentol la, pastu gi mydin beli barang-barang keperluan rumah
Sempat tu gi Celcom tukar plan, plan RM38 tu dgn 3 gb data plan, semua phone line tukar plan tu..ayah kata selagi boleh berjimat,kita berjimat la.

Menu berbuka kami , ni pilihan ayah, murtabak beli untuk cicah dengan kuah kari semalam. mula tu beli murtabak kat bazar ramadhan paroi, rm3 sekeping, mama beli 3 tapi mama kata murtabak tu nipis sangat, tak cukup untuk kami berlima

Ayah dah bising, kenapa tak beli 4 keping, beratur punya la panjang, mama kata ralat , mahal sangat, no choice , ayah gi restoran mamak kat tasik jaya lama tu beli 2 keping lagi murtabak, harga RM11.

Tu dia ,,makan murtabak nilai RM20 baru cukup untuk kami sekeluarga..mama kata tak berbaloi, lain kali mama kata buat sendiri je murtabak, bukan susah sangat pon. 

4 Ramadhan (Ahad)

Tak pergi langsung bazar ramadhan, tak membazir beli makanan mahal tapi tak berapa sedap, menu hari ni, mama kami masak bihun goreng basah, ayam masak kicap...cukup Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga

Air pulak, mama bancuh jer air tropika sunquick tu pastu ayah beli air soya kotak 

Cukup la tak perlu berlebih-lebihan makan di bulan puasa, ayah kami kata bulan puasa bukan bulan pesta makanan, dikurniakan kesihatan yang baik pun dah cukup bersyukur.

Dan hari ni, hari ke 5 puasa, kami semua lambat sampai sekolah tadi, pak guard sekolah abang la punya salah, kami sampai gate belakang tepat pukul 7.19 , tengok2 dia dah tutup gate padahal pukul 7.20 baru tutup gate.

Dah la mama kami kena pusing semula gi gate depan, sudahnya kami semua terlambat dan semua kena ambik nama hari ni..lantakk!!

Mama kata untuk berbuka nak masak pasta, dan lauknya pulak kari ikan, simple asalkan kenyang sudah.

Harap azri dapat la puasa penuh tahun ini, makcik dah pesan kat azri untuk lawan godaan syaitan, mama pulak kata yang penting solat, puasa tu latihan sebab kami belum baligh lagi

Abang im kena marah sebab semalam miss solat zohor dan solat asar sekali, mama kata patutnya abang im tahu sendiri waktu solat, azri pun naik takut, senyap-senyap gi solat.

Ok tu je, nanti kami bercerita lagi

-3 boys -

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan Al Mubarak 1436

Dah lama tak menulis (mama yang menulis)

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah dipanjang kan umur untuk bertemu lagi ramadhan tahun ini

Salam Ramadhan 1436H

Image result for ramadhan 2015

Abang besar dan im berhasrat untuk puasa penuh sebulan kali ini, tahun lepas abang besar ponteng puasa 3 hari sebab masuk hospital kena astma, tahun ni cuba puasa genap sebulan.

Harap mama kami tak terbabas bangun sahur.

3 hari sebelum ramadhan, kami kehilangan tok moyang saudara...mama kami panggil tok su Tahir..Tok moyang ni seorang yang kelakar, setiap kali raya bila kami berkunjung ke rumah, beliau la yang melayan kami makan dan minum.

Tahun ni raya kurang meriah la bila kami berkunjung ke rumah tok Moyang Hafsah tu.

Tu saje, dah lewat ni, nak zzzzzzzz..jangan lupa bangun sahur ye


-3 boys -

Wednesday, 10 June 2015

Ayah pergi Perth

Salam Rabu

Bermula sudah cuti sekolah 2 minggu. Dah pun masuk minggu ke dua cuti.


Cerita ayah kami gi Perth ni cerita 3 minggu lepas , ayah gi Perth sorang-sorang aje tau, tak bawak kami pun..company trip katanya.


Bertolak subuh hari Jumaat dan balik lewat malam hari Selasa, tinggal la kami dengan mama je kat rumah, kami tengah periksa pulak tu...tak dapat la hantar ayah kat epot pastu lepak-lepak kat epot beli coklat mahal.

Mama kata ayah gi epot naik teksi, gerak dari rumah pukul 5 pagi, kami bangun jer nak siap-siap ke sekolah pagi jumaat tu rasa rumah sunyi sangat, tinggal la mama jer yang hantar , jemput kami ke sekolah

Weekend tu pun kami lepak rumah jer, mama kata tak berani nak bawa kereta jalan jauh2 sebab takut apa-apa jadi kat kereta, ayah tak de , mama bukannya tahu nak hantar keta gi bengkel semua tu. Isi minyak keta mama tahu la.

Ke mana ayah kami gi jalan-jalan?

Waaa...macam-macam tempat ayah kami pergi, dah namanya ikut travel agent, jadual ketat sampai tak sempat nak shopping. awal-awal pagi lagi dah keluar, malam baru balik ke hotel. Masa di Perth sama jer masa kat Malaysia, pukul 10 malam kat perth, pukul 10 malam la kat malaysia cuma kat sana maghrib masuk pkl 5.30 petang..cepat malamnya.

Jom layan gambar-gambar yang ayah ambik kat sana, gambar adalah banyak jadi kami kutip mana-mana tempat penting-penting aje kat Perth.





Tengok dolphin kat Dolphin Quay

Masa tu hujan jadi memang sejuk gigil-gigil, naik boat masa tengok dolphin ni, agent tu kata nasib grup ayah masa tu sangat baik sebab dolphin rela keluar beramai-ramai masa tu, ayah kata ada dalam 12 ekor posing-posing tepi bot masa tu 




Rumah orang kaya-kaya kat Dolphin Quay, bestnya tak yah gi jauh-jauh , jenguk tingkap dapur dah nampak dolphin!!

Lagi gambar



Ni kat Sand Dun

Ayah kata hujan lebat lepas tu jadi tak boleh nak sand boading


Dekat padang pasir tapi tetiba ada laut..cantik!!



Ni Pinnacle, macam padang pasir berbatu, tempat ni besar..batu-batu rupa lebih kurang sama, kalau jalan sorang-sorang boleh sesat barat

Ayah kata dia jalan la sorang-sorang, tengah syok-syok jalan tiba-tiba teringat rattle snake, tempat ni kan tempat feveret rattle snake, terus takut , patah balik join group semula.

Esoknya ayah pergi tempat yang tersangat wajib pergi kalau melawat Australia ni, kalau tak pergi ke sana , bukan la melawat Australia namanya , apa lagi tengok koala dengan kanggaru la.




Koala, masa ni koala-koala ni tengah tido, bom meletup pun tido tak jaga-jaga, sejuk kot. 

Penjaga tempat ni kata kalau koala ni tengah tido, jangan diusik, nanti dia cakar dan gigit, walaupun nampak comel la sangat, tapi gigi dan kuku dia tajam macam harimau.




Yang ni kalau tak kenal tak tau la.

Species ni agaknya macam kambing kat tempat kita kot, berak dia merata-rata, macam taik kambing la.

Busuk tempat ni. sais ada pelbagai tapi hanya yang sais ni jer yang dibenarkan untuk pelawat pegang, yang lagi tinggi dari manusia pun ada, tapi bahaya ,  buatnya dia tendang , mau pengsan tak bangun-bangun

Ayah kata ekor dia keras , kira macam kaki la gunanya untuk bantu dia berdiri .

Boleh beli makanan dan bagi kanggaru ni makan.

Tapi ayah tak beli sebab semua yang lain dah beli dan bagi kanggaru makan, tengok dan ambik gambar aje la.


Yang si gemok ni dah lupa la apa nama dia, orang ramai, gambar ada gegar sikit. Tasmanian Devil pun ada, macam-macam la ada, kira macam zoo tapi hanya haiwan-haiwan yang berkaitan dengan Australia la banyak kat sini.

Adala beberapa tempat lain yang ayah pergi, kilang coklat , kilang wain pun ada. Kilang buat barang kemas pun ayah pergi jugak tapi emas-emas dia mahal-mahal.

Hari selasa tu ayah balik, sampai rumah dah pukul 12 malam, kami semua dah tido.

Esoknya kami bangun bersiap gi sekolah, seronok tengok ayah dah ada kat rumah dan boleh hantar abang ke sekolah, ayah terus gi kerja pagi tu, kesian tak sempat nak rest.

Ayah belikan kami t shirt sorang satu, coklat-coklat, nougat sekilo dan ada la sikit-sikit benda la. 

Ayah kata kalau ada rezeki kami sekeluarga boleh pergi ke Australia satu hari nanti .. Insya Allah


-3 boys -

Monday, 25 May 2015

Cik Ponti....realiti atau fantasi

Salam Isnin,

Minggu akhir sekolah sebelum cuti setengah tahun ..yeaaa

Hari ni kami nak bagi cerita hantu..hantu Maya Karin a.k.a pontianak..hiiiiihiiiiiihiiiiii

Ceritanya camni.

Ingat tak malam yang azri demam teruk tu, yang abang besar dah masuk hospital dan tinggal kami bertiga jer kat rumah iaitu mama, im dan azri. 

Malam tu azri demam agak tinggi, dan hampir tengah malam, pukul 11 malam , mama perasan tumbuh macam gatal-gatal kat tengkuk , leher, dahi dan telinga azri...orang tua-tua kata sembur rata atau sembur pontianak.

Malam tu mama bawa azri ke klinik dan selesai semua dan sampai rumah dah hampir pukul 1 pagi camtu. Malam tu azri tido dengan mama dan im pulak tido dengan ayah.

Mama  cerita dalam pukul 3 pagi, mama terjaga , azri kelihatan pelik, dia pandang tepat kat muka mama sambil tersenyum-senyum pastu jari-jari dia gi gosok-gosok muka mama...mama dah stat rasa pelik dan suruh azri tido.

Pastu azri tunjuk-tunjuk kat belakang mama sambil cakap "baik-baik, baik-baik"..mama pandang belakang, tak de apa-apa..bulu roma dah meremang dah...mama pun baca la ayat Kursi berulang kali dan tepuk-tepuk azri suruh tido. Ok la azri dapat tido.

Lepas tu memang mama kata mama asyik terjaga-jaga jer dan azri pun tak lena.

Esoknya lepas sarapan dan mandi, azri dah agak lega sikit ..mama pun tanya la apa yang azri nampak.

Jeng..jeng...jeng..azri kata dia nampak benda

Benda yang berupa orang perempuan berbaju putih dan berambut panjang, kulit muka dia berkedut-kedut giler.....mata dia putih dan rupa dia sangat menakutkan. benda tu main aum -cak, aum-cak kat belakang bahu mama....kira macam dia menyorok kat belakang mama dan keluarkan kepala dia sikit-sikit camtu.

Memang azri sangat ketakutan malam tu.

Tapi betul ke apa yang azri nampak tu?, mungkin demam panas sangat sampai azri meracau dan nampak benda-benda pelik?

Ayah call ayah Teh untuk kepastian, ayah teh kan pandai scan benda-benda pelik ni....OMG ayah teh kata apa yang azri nampak tu memang betul dan rupa benda tu memang scary tahap maxima!!

Mama la orang yang paling takut sebab benda tu elok jer menyorok belakang mama kan.

Guess what??....malam esoknya kami semua, berempat tido berhimpit-himpit dalam bilik abang...takut punya pasal .

Sebelum tidur, siap renjis keliling rumah dengan air yassin dan mama cerita seriously masa renjis memang ada nampak kelibat-kelibat ..eeii seram!!

Alhamdulillah lepas tu azri tak nampak apa-apa lagi...apa-apa pun benda tu pun makhluk Allah juga dan iblis kan dah berjanji nak kacau anak Adam, jadi kita kena berani , Allah lebih kuat.

Tetapi, cerita ni tak berhenti setakat tu aje.

Minggu lepas hari Rabu malam , hampir pukul 12 malam lebih sikit, tiba-tiba azri pergi bilik mama dengan jantung yang berdebar-debar macam orang berlari 200 meter. Mama dan ayah tak kata apa-apa , ajak jer azri tido sama-sama, berhimpit-himpit la atas katil, ayah gi check dulu bilik abang, ok jer tak de apa-apa, abang dan im pun elok jer nyenyak tidur.

Esok nya masa siapkan azri nak ke sekolah , mama tanya la apa yang dia nampak, ni azri kata " tiba-tiba aji macam terjaga, pasti aji pusing, aji nampak ada benda atas katil abang, tengah pandang aji, pastu aji terus gi bilik mama" 

Mama tanya benda apa....azri kata benda yang aji nampak dulu la kat bilik mama, baju putih dan rambut dia lebih panjang dari rambut mama...sudah!! kali ni kami semua la ketakutan, abang lagi  la takut sebab elok jer benda tu duduk kat hujung kaki abang..oiiiii.

Malam tu mama renjis bilik kami dengan air yassin,  pasang speaker surah Al Baqarah dan letak surah Yassin bawah bantal kami.

Alhamdulillah tiada gangguan lagi.

Kami harap jangan la gangguan berulang , dah la kami ni penakut, nak gi bilik air pun kena berteman, nak gi dapur minum air pun kena ada teman..tolong la jangan kacau kami.

Im siap kata , jangan la rumah kita ni jadi haunted house!

Insya Allah Allah lindungi kami semua...ayah pesan kami kena rajin solat.

Ok nanti kami cerita lagi..x mau letak gambar Cik Ponti, nanti mengigau pulak

-3 boys -

Monday, 18 May 2015

Hangat-hangat tahi ayam

Salam Isnin,

Sekarang dah hampir penghujung bulan Mei dan blog achieve kami baru mencatatkan 11 posting!!.

Nak mencatatkan diari kehidupan tumbesaran konon..sah peribahasa kata hangat-hangat chicken shit...mula-mula jer dulu sibuk cerita tu cerita ni, now dah sejuk tak tau apa nak cerita dah... hahaha.
Takpe jangan mengalah, mari rajinkan diri update cerita-cerita dalam diari ini.

Cerita 1 : Birthday Abang besar

Mei adalah bulan hari lahir abang besar kami..sudah 14 tahun umur abang kami.

Bila ditanya nak makan kat mana, abang kata kat mana-mana pun boleh

Maka mama cadangkan makan kat Sushi King aje la memandangkan kami semua memang penggemar sushi dan abang pula suka makan soba..mee yang gemuk-gemuk tu.


Birthday boy di Sushi King Palm Mall

Favourite sushi abang yang ada udang goreng tepung kat atas sushi tu...dah melayu kan udang tempura pun panggil udang goreng tepung. kikiki

Selain daripada ambik jer sushi yang bergerak-gerak atas conveyer belt tu, ayah kami order 2 mangkuk soba...kecik gila mangkuk tu..dalam gambar kat menu nampak macam besar jer..makan la sorang sikit..kedekut punya jepun celup.

Dan lagi kedekut nya , Sushi King ni ada caj 10% cukai perkhidmatan , dan tak lupa 6% gst, maka semua cukai-cukai yang dibayar adalah 16%....tak boleh komplen sebab kalau komplen nanti pak menteri kata, lain kali buat sushi kat rumah, jangan makan kat Sushi King, Ngerti!!

Apa-apa pun memang puas la kami makan sushi, im try jugak cecah dengan wasabi..merah-merah mata im menahan rasa mengengit wasabi tu.

Dan ada kisah kelakar masa makan kat sushi king tu.


Ada orang hilang gigi masa kunyah sushi..kah kah kah

Gigi azri memang dah goyang sikit,nak cabut gigi kat klinik takut , last-last tanggal masa makan sushi, senang cerita.

Apa hadiah birthday?

Abang besar dah lama mengidam nak hoodie 

Image result for hoodie


Nak hoodie plain aje macam ni.

Lepas makan sushi , kami jalan-jalan kat Adidas Store, terjumpa satu hoodie rupa camni, plain , cuma ada tulis Adidas jer...sale pulak tu..dari RM199 dapat harga RM114...ayah pun belikan la untuk abang.

Suka tak terkata la abang kami.

Abang kami ni kalau dia nak satu-satu benda, dia tak cakap dia nak...dia kata rasa macam nak, jadi mama tanya 'nak beli tak bang?.tak tau kata abang.

Ayah beli je terus, tersenyum-senyum abang, suka la tu!!


Cerita 2 : Sambung mengaji


Wan ngaji kan sakit hari tu, tak sedar hampir sebulan kami semua tak mengaji.

Tak sedar masa berlalu sebab kami sibuk dengan masuk hospital semua tu.

Dan hari ini , Wan ngaji dan tok ngaji sambung ajar ngaji, gembiranya kami tak terkata.

Alhamdulillah Allah sembuhkan wan...kami tak nak mengaji dengan guru lain sebab dah selesa dengan wan dan tok ngaji, mama ada ajar kami mengaji dengan bantuan quran pen tu tapi kami tak rasa puas la.

Cerita 3: Peperiksaan Setengah Tahun

Sekarang ni tengah peperiksaan setengah tahun, macam biasa kami memang tak de buat apa-apa persediaan

Mama dah berbuih mulut suruh buat revision tapi hihi tau la kami ni kan.

Cuma kami harap biarlah keputusan peperiksaan kami ni memuaskan hati mama sebab mama kata kalau tak bagus, akses internet kami akan dihadkan, semua application nanti mama dan ayah nak letak pasword..ayo mak

Esok sambung peksa lagi, tadi kami tak kafa sebab semua cikgu cikgu sibuk dengan jamuan hari guru, kami yang tengah makan kat kantin tadi kena halau sebab kerusi meja nak pakai untuk jamuan

Sabo je la, mama kemas-kemas terus angkut kami balik, tak yah le gi kafa.

Tu aje , kalau rajin kami cerita lagi


-3 boys -