Wednesday, 29 January 2014

Taste bud yang berbeza

Salam hari Rabu,

Cerita birthday im tu sepatutnya semalam tapi mama tak perasan dah lewat , dah lepas pukul 12 malam..maka ada 2 cerita la hari ni.

Bercerita pasal taste bud ni atau citarasa ..semua orang ada cita rasa sendiri, kami ni contohnya, adik beradik tapi masing-masing ada citarasa berbeza. 

Azri sangat sukakan coklat , im pulak tak suka sangat yang bercoklat dan berkrim sangat, jadi untuk kek birthday im, mama bagi peluang pada im untuk pilih kek birthday sendiri dan im telah memilih vegi lite vanilla cake.


Ni dia birthday cake pilihan hari im...tersenget sikit pasal abang besar hayun-hayun beg plastik kek tu masa balik dari kedai kek semalam.



Ini rupa paras kek setelah dipotong, putih seputih-putihnya.

Sebagai penggemar coklat, azri punya reaksi ..haa!! takde coklat langsung!! mana boleh kek takde coklat, ni bukan kek nih... hihihi tu dia....pada azri takde coklat tak sah le kek tu .

Apa-apa pun kek ni sangat sedap, tak berapa manis dan rasa vanila dia macam rasa vanila kat ais krim...im ada geng yang tak suka coklat ..iaitu ayah....dan ayah sangat suka kek ni.

Nampaknya azri dan mama sekapal ler... dua-dua penggemar coklat tegar dan penggemar kopi tegar, azri selalu jer cukai air nescafe mama...abang besar pulak duduk atas pagar, coklat pun dia suka, takde coklat pun dia suka.

Tapi im bukanlah tak makan coklat langsung, makan juga dan selalunya kalau kami minta mama kami beli apa-apa, kami request mama untuk beli M&M untuk abang besar, Mars untuk abang im dan snickers untuk azri.

Kalau makan ais krim pulak, im prefer ais krim vanilla...ais krim coklat makan juga lah tapi tak selalu, kalau beli aiskrim Magnum, im akan pilih rasa vanilla, kalau bercoklat sangat nanti im rasa muak dan terus sakit perut.

Selain coklat ni ada makanan  lain yang berbeza-beza, im sangat suka durian tapi azri jangan kata makan, bau durian pun dia tak tahan. 

Im juga suka sangat daging, paling suka daging masak black pepper, memang banyak im makan kalau mama masak lauk tu, azri pulak tak lain tak bukan suka makan ayam goreng aje, tanya le dia nak makan apa...hari-hari makan ayam goreng pun  no hal punya.

Itu la kan, mama kami kata pening kepala nak fikir menu sebab kami ni lain-lain kegemaran, masalahnya kalau kami tak suka tu memang tak makan langsung, tu yang mama kena fikir betul-betul apa menu nak masak.

Dalam hal ni , mama kata abang the best, dia tak kisah , boleh makan apa saja. mama kata senang bela abang ni...tak cerewet makan .

Ok..sebagai penutup cerita, ni nak letak...lukisan pertama abang im, dilukis pada hari birthday abang im.


Im lukis dengan lakaran bebas.. tapi ikut lukisan dalam buku...cantik kan.

-3 boys -

No comments: