Sudah hari ke 10, pesawat MAS yang hilang masih belum dijumpai dan nasib 239 penumpang masih belum diketahui.
Abang memang follow berita dan sidang akhbar yang disiarkan dalam tv, dan hari Sabtu lepas, berita yang diumumkan, pesawat ini telah dilarikan ...dilarikan ke mana masih tidak diketahui.
Kalau lah benar , maksudnya masih ada harapan untuk penumpang-penumpang ini masih hidup, boleh dikatakan ini berita agak baik la jika dibandingkan berita yang kapal terbang ini terhempas ke dalam laut.
Kami semua berharap semua orang yang didalam kapal terbang ini selamat dan dikembalikan ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat..Ye kami harap ada happy ending kepada peristiwa ini.
Kami yakin pesawat ini akan dijumpai tak berapa lama lagi...syukur Allah telah mula menurunkan rahmatNya..sebelum ini lepas satu dugaan satu dugaan Allah beri kepada kita, kemarau, jerebu, demam denggi dan kemuncaknya kapal terbang hilang ni lah.
Dan sejak Sabtu , mungkin berkat doa dan sembahyang hajat semua rakyat Malaysia , hari Sabtu lepas, semasa kenduri doa selamat untuk uncle shahril, hujan turun dengan selebat-lebatnya .
Lepas tu sambung ke hari Ahad, hujan turun dengan lebat pastu tak berhenti-henti hujan, sepanjang hari hujan..sampai burung-burung kami nampak macam meriah aje main lopak air kat tepi jalan.
Hari ni pun hujan lebat jugak, maka dengan turunnya hujan maka berakhirlah musim kemarau, harap hidup dan segar lah rumput-rumput tepi jalan yang dah mati semuanya tu.
Jerebu pun dah berakhir , dah clear je langit dan sekolah-sekolah yang ditutup minggu lepas pun dah dibuka kembali.
Dan kami pasti tak lama lagi jumpa lah pesawat yang hilang tu dan selamat lah semua nya .. Amin
-3 boys -
No comments:
Post a Comment