Dah lebih 9 negara cuba cari, mama kami kata lebih 46 kapal laut, tapi kalau Allah masih belum izinkan ianya untuk dijumpai , maka masih la belum jumpa..kita sebagai orang islam ni jangan putus asa, teruskan berdoa.
Kami yakin mesti jumpa punya, Allah tu adil...masa sahaja yang jadi penentu.
Sementara semua orang masih mencari, keadaan cuaca sekarang pulak semakin buruk. Hari ni masa nak ke sekolah, tengok jerebu semakin tebal, keluar jer kereta nak berjalan masuk sekolah, bau asap kuat dan tekak pun sakit. '
Mama kami kata, kalau jerebu hari ni masih teruk, tak yah gi kafa..Yahooo....azri pun teruk batuk dan selsema malam tadi...Bang Im pun dah stat sakit tekak, nak telan air pun sakit .
Boleh dikatakan seisi rumah kami ni semua selsema dan batuk sekarang ni....suara ayah pun dah sengau semacam jer.
Mama pulak semalam dah tak leh bau apa-apa , rasa pun tak leh..mama kata rugi betul tak dapat rasa piza mini yang mama buat semalam, dah ada satu piza tu terhangus sikit, bau hangus pun mama tak dapat hidu...busuk satu rumah subuh semalam, bau roti hangit!!
Walaupun mungkin kami tak gi kafa hari ni , tapi mama kata kena juga mengaji....alah mengaji bukan lama sangat pun .tak sampai setengah jam, kami bertiga dah siap mengaji.
Ok lah tu je nak cerita ...tak lama lagi 67 channel free Unifi akan expire....lepas ni kami terpaksa la survive dengan 16 channel ajer...hahaha...macam lah tengok tv sangat pun. Sebenarnya kami lebih banyak layan youtube dgn game online ajer..dah internet berkelajuan tinggi kan...apa lagi downlod aje lah.
Ini si gendut kami...Josh ...asyik kerja makan aje, perut pun dah gendut.
Nasib baik ada josh, josh le yang melayan si budak hitam ni , kadang tu suka membuli si hitam ni. Mama kata cukup lah 3 ekor kucing ada kat rumah ni....tak tahan asyik kena beli makanan kucing, lapar semedang mereka ni.nak didietkan tak sampai hati lah pulak, buat muka kebulur macam dah seminggu tak makan.
-3 boys -
No comments:
Post a Comment