Monday 24 March 2014

Hari ke 17, Penantian berakhir #MH370

Hari ke 17 , dan akhirnya penantian semua orang telah pun berakhir.

Tadi pukul 10 malam, mama kata Dato Najib umumkan bahawa pesawat MH370 tu berakhir di tengah lautan Hindi , di selatan Perth mama kami kata.

Kami yang follow peristiwa ni rasa amat sedih , dan tak de mood nak cerita pasal aktiviti gembira kami weekend lepas. 

Semalam hari Ahad, kami gi jalan-jalan kat PD tapi nanti lah kami cerita, sekarang ni tengah mood sedih. 

Sejak hilangnya pesawat tu, kat rumah kami dah bukak cannel berita 24 jam..mama dan ayah kami duk terpaku depan tv tunggu berita terkini, jauh disudut hati kami semua menantikan berita gembira , bahawa semua yang dalam kapal terbang tu selamat.

Minggu lepas , masa sibuk-sibuk kenduri doa selamat kat rumah maktok, Dato Najib umumkan kemungkinan kapal terbang tu dilarikan ke bahagian lautan Hindi, semua yang dengar rasa gembira, bukan lah gembira pesawat tu kena hijack ke apa, tapi gembira ada harapan untuk semua masih hidup.

Tapi lebih seminggu berlalu, takde pulak tanda-tanda pesawat tu dijumpai..tup tup keluar  pulak berita terkini yang sedih ni.

Mama kami duk bisinglah kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa boleh jauh tersasarnya kapal terbang tu..kata nak gi Beijing , apsal melencung sampai ke Lautan Hindi? hanya Allah yang tahu..

Kami dengar mama dan ayah kata Lautan Hindi ni dalamnya sampai 7km, dan ombaknya boleh sampai 10 meter tinggi, camne nak carik kalau betul dah terbenam ke dasar laut?

Alahai sedihnya!!

Mama kata terbayang-bayang muka penumpang-penumpang yang selalu keluar dalam surat khabar tu. 

Sedih sangat2...

-3 boys -

No comments: