Monday, 31 March 2014

Semoga perjalanan Makjah dan uncle Shahril selamat..

Salam.

Malam ni Makjah akan bertolak ke Tokyo, flight pukul 11.00 malam

Uncle Shahril pulak akan bertolak ke Qatar , flight pukul 2 pagi.

Dengan kejadian ngeri yang melanda negara kita baru-bari ni, kami sungguh risau.

Insya Allah kami doakan semoga perjalanan pergi dan balik Makjah dan Uncle dilindungi Allah. Makjah akan berada di Tokyo selama 10 hari, uncle Shahril pulak memang akan duk kerja kat Qatar tu tak silap selama 3 tahun.

Makjah dan anak-anak iaitu kazen-kazen kami iaitu Adam, Qemar dan Aydan akan ikut tinggal kat Qatar lepas Adam selesai exam UPSR.

Kami pulak yang tumpang seronok.

Macam best jer duk kat negara orang kan.. semua pengalaman baru , tempat shopping baru, sekolah baru, rumah baru, makanan pun lain sikit ..hmm syoknya.

Tapi bila difikirkan balik, lagi banyak tak best dari best.....bayangkan...kalau sekolah kat international school , kena berbahasa english sepanjang masa...dah lah kami ni lahir-lahir jer semuanya melayu kan..pastu kalau sekolah kat sekolah kebangsaan Doha pulak, kena lah berbahasa Arab pulak..lagi lah payah.

Mesti rasa lain kalau gi shopping, tengok wayang ker...rasa lain lah padahal kat sana lebih happening dari kat seremban ni. hihih

Apa-apa pun semoga perjalanan makjah dan uncle shahril selamat hendaknya..Aminnn

-3 boys -

No comments: