Tuesday, 22 April 2014

14 tahun yang menggembirakan

Hari ni ulangtahun perkahwinan mama dan ayah yang ke 14.

Mama kata 14 tahun yang menggembirakan.

Happy 14th. Anniversary mama dan ayah.

Mama dan ayah ni sebenarnya tak pernah berjumpa sendiri-sendiri, Mak Lang yang perkenalkan ayah dengan mama . 

Masa tu mama tinggal kat rumah B Kelana berdua je dengan maksu.

Kereta Iswara merah mama selalu la ulang alik depan rumah ayah lang dan mak lang , kira depan rumah jiran ler. Ayah cerita ayah ternampak mama dan hati pun terpaut..chewahh!!!

Mama cerita satu petang tu tetiba maklang datang ke rumah bersama dengan 2 lagi wanita ..hihihi yang 2 orang tu rupa-rupanya makcik dengan makngah .hahaha. 

Yang 2 orang berdiri jauh la sangat, mama ajak lah masuk , "masuk lah kak" ..hihi takpe, takpe, kata yang 2 org tu.pastu maklang kata nak ajak mama datang rumah maklang, esok ada kenduri . Tapi mama kata sori tak dapat datang, sebab petang ni mama nak ke KL , rumah maklong , ada kenduri la jugak. 

Mama masa tu baru mandi, dengan kepala berbungkus towel macam gaya Hussin hantu kak limah tu.

google pic

Macam gini le. 

Jadi mama ada segan la sikit.

Lepas tu , mama pun bersiap la nak ke KL, mama ke KL dengan maksu.

Singgah Petronas isi minyak dulu.

Tetiba mama cerita , dah siap isi minyak , mama nampak kereta maklang kat belakang, dalam kereta penuh dengan perempuan-perempuan..pastu mereka semua senyum-senyum ..rupanya dlm kereta tu ada makcik, makngah, kak idziani dan sapa lagi ntah...gi usha mama.

Mama memang tak tau apa-apa , terus lah ke KL.

Next week pastu, maklang datang rumah dan beritahu mama yang ayah nak berkenalan ..kih kih kih...bagi gambar sekali.

Dan esoknya kat ofis , dengan keadaan mama tak sihat, batuk dan bersuara garau..ayah call mama buat kali pertamanya ..mama cerita jantung mama macam nak luruh !! kami faham le pasal mama kami tak pernah ada boyfriend. muka garang, sapa yang nak!!.

Dan ayah ajak mama jumpa 

Tempat date pertama ..kat Seremban Parade.

Dan mama terlambat di date yang pertama, sebab maksu hilang kat sekolah .

Mama kena bawa maksu sekali masa date pertama tu.

Makan kat Pizza Hut ..dan yang paling kelakar sekali, ada pula 2-3 orang lawyer yang mama kenal dalam pizza hut tu.

Yang mama punya bendul, siap beritahu kat lawyer-lawyer tu yang ayah ni kazen mama, mesti diaorang kata " ada aku kisah" kah kah kah.  

Sebenar nya date yang pertama memang kelam kabut bagi ayah dan mama ...yang mama kelamkabut maksu hilang , pastu dah terlambat gile di hari date yang pertama ..yang ayah pulak rambut dah tersalah potong, tergonjeng pulak di hari date yang pertama ...macam-macam hal.

Dan 4 bulan selepas tu mama dan ayah kami pun bertunang..tarikh nya 10.10.99. unik kan.

Dan berkahwin lah mereka sehingga lah 14 tahun hari ni.

Dan mama dan ayah berharap mama dan ayah bergembira dan kekal sehingga akhir hayat. Amin.

P/s ...cerita maksu hilang, cikgu dia siap pakai motor gi carik, maksu kan masuk kelas khas, kanak-kanak istimewa, rupanya maksu gi berjalan sampai jalan besar, tunggu kat bus stop ..kesian maksu...nasib baik tak de apa-apa. 

-3 boys -

Monday, 21 April 2014

Semakin lama semakin kurang

Hari ni dah pun 21hb. April.

Dah 21 hari dalam bulan April dan diari kami yang dipostkan baru 3 jer....hish

Malas bertingkek-tingkek.

Adakah dah tak ada cerita lagi?

Adakah kami dah boring berdiari?

Mata pelajaran sains dan teknologi Tahun 4 ada ajar pasal blog. Blog ni kena selalu diup-date. Kalau tak ber-up date , bukan blog namanya... tukun namanye!!.

Bukan tak de cerita ada ...cuma malas jer.

Cuaca masih hujan setiap petang, susah nak gi jalan-jalan.

Kucing-kucing pulak dah semakin besar.. Josh dah gendut . mama panggil dia si gendut ..kuat makan , setiap kali tuang makanan dalam bekas makanan dia, si gendut ni mesti sampai dulu.

Perut pun dah buncit, nak menyelit celah grill pun dah payah. 

Citam atau blackie, anak Min tu pun dah besar 



Citam masa baby , besar tapak tangan jer.



Ni Citam sekarang, berjaya tangkap anak burung dan kerjakan anak burung tu sampai berkecai.


Citam ni betina maka bila umur dia 6 bulan nanti, mama nak bawa dia gi cucuk, sekarang umur citam baru 4 bulan


Apa lagi nak cerita ye...rutin harian macam biasa...cuma im komplen bila dah masuk tahun 4 ni, semua subjek dah semakin susah , dan ada banyak subjek baru..im dah mula belajar sejarah.

Mama kata elok sangatla im mula belajar sejarah..supaya generasi muda macam im tahu menghargai pengorbanan nenek moyang kita dulu-dulu.

Ok lah ..ada cerita baru nanti kami bercerita lagi.

P/s..nampak sangat ler dah tak de idea, tajuk pun tajuk ulangan..

-3 boys -

Tuesday, 15 April 2014

Hujan lebat dan ribut petir

Cuaca berubah lagi

Dulu kering kontang sampai hutan semua habis terbakar,

Sampai rumput kat padang sekolah kami jadi kaler coklat


Sekarang ni Allah bagi hujan lebat dan ribut petir tiap-tiap hari..Alhamdulillah.tiada lagi masalah air bagi negeri-negeri yang ada catuan air.

Tadi hujan sangat lebat, im dan azri ada kat sekolah petang tadi, ada kelas kafa

Padang sekolah kami yang kering ni telah bertukar jadi swimming pool!!

Habis seluruh padang air bertakung dan jalan kat belakang sekolah pulak bertukar jadi sungai!!..Memang lebat sungguh sungguh hujan hari ni.  Tapi gambar takde pulak buat bukti.

Balik dari sekolah tadi, mama beritahu bilik tidur mama bocor!! kesian, habis basah comforter mama. 

Ni confirm hujan sangat lebat ni, angin kuat ..tu yang genting pun boleh terangkat sampai air pun boleh masuk celah atap genting tu. 

Nampak gaya nya kena la ayah panggil tukang rumah check atap rumah kami ni. sekarang ni musim hujan , kalau atap dah bocor , masalah tu. Bukan apa takut kot-kot hujan lebat tengah-tengah malam, tak pasal mimpi tengah mandi pulak nanti.

Satu lagi masalah bila cuaca macam ni, pagi panas giler pastu petang hujan lebat giler, nyamuk pun jadi banyak giler.. kat rumah kami sekarang ini mesti kena bakar ubat nyamuk gelung tu, nyamuk semua dah immune agaknya, sembur dengan ridsect pun tak lut.

Cuaca macam ni penyakit pun banyak , minggu lepas Azri demam, Atuk ngaji pun tak sihat. Minggu ni kami cuti ngaji seminggu, atuk ngaji masuk wad, mama kata semalam atuk ngaji muntah darah kat surau.

Kesian kat Atuk, harap Atuk cepat sembuh, kami semua suka mengaji dengan Atuk dengan Wan Pah..kami cepat dapat baca. Azri pun dah boleh baca dah.

Sekarang ni kami mengaji sendiri kat rumah aje.

Kami mengaji dengan mama jer. Ayah pulak sibuk sangat sejak minggu lepas lagi.

Tiap-tiap hari ayah sampai rumah lewat..mesti dah pukul 8 lebih baru ayah sampai rumah.

Kami rasa macam sekejap je jumpa ayah kami. 

Tak sabar nak gi bercuti dengan ayah

-3 boys -

Wednesday, 9 April 2014

Tanggalnya gigi susu azri.

Salam hari Rabu.

Umur Azri tahun ni mencecah 8 tahun tapi gigi susu masih kuat dan teguh.


Kawan-kawan azri yang lain semua dah rongak menanti tumbuh gigi kekal tapi gigi susu azri masih penuh dan cantik lagi.

Mama pun hairan bila lah agaknya gigi kekal azri nak tumbuh dan bila gigi susu ni nak tanggal.

Sehingga la ke suatu di rumah Tok Abah.

Azri dan abang besar bergusti ala WWE...sorang jadi Daniel Bryan, sorang lagi Big Show..agaknya yang jadi Big Show tu abang besar la kot sebab dia sangat besar banding dengan Azri. 

Tengah-tengah gusti tiba-tiba abang besar terpukul mulut azri dengan lutut!! di ulangi ...pukul dengan lutut!!!..budak umur 13 tahun pukul adik umur 7 tahun lebih dengan lutut!!

Meraung lah adik yang kecik tu.

Bila mama check mulut tengok-tengok gigi kacip bawah dah goyang, dah goyang sangat-sangat sampai boleh tolak-tolak dengan lidah je tapi masih lekat kat gusi lagi.

Tok Abah suruh cabut je tapi azri tak nak , takut katanya. 

Malam tu nasib baik tak ada apa-apa berlaku.

Malam kedua , pukul 5 pagi azri dah kejut mama beritahu gigi tu dah tanggal...nasib baik tak tertelan.


Gigi yang tertanggal itu..hihihi

Kecik jer giginye, gambar je yang besar


Ha yang ini, tuan punya gigi tu.

Bagus lah kalau macam ni, nak gigi tanggal dan nak jimat , tak perlu pergi jumpa dentist, hanya bergusti sahaja dengan abang besar..gigi pun tanggal. 

-3 boys -

Monday, 7 April 2014

Bad Attitute atau perangai buruk!!

Jauhi perangai buruk..nanti sendiri rugi.

Al kisah, mama kami nak beli hp baru.

Samsung S2 mama kami dah umur 3 tahun, dah stat buat perangai ..hang sana hang sini.

Bila call masuk , swipe-swipe tapi tak leh ambil call, pastu bila nak buat call, call tak masuk-masuk. Mama marah!!

HP tu dah berapa kali kena baling , marah punya pasal, nasib baik tak baling dalam longkang jer. 

Jadi mama nak beli hp baru ..budget bukan banyak sangat..kerja sendiri kan, mama kata nak beli Sony Experia C cukup.



Harga mampu milik la kekdahnya ..RM899..cuma kena beli sd card aje la sebab memory dia 4gb jer.

Samsung S2 akan jadi milik kami sepenuhnya ..boleh main game tanpa batasan.hahhaa

Maka semalam, kami pun berkobar-kobar la le AEON S2.

Nak jadi cerita masa bersiap-siap nak pergi, spek abang zahin patah 2.

Tak pasal kena pergi kedai spek buat spek baru dulu...nasib baik tak mahal sangat RM100 tunai aje...tapi masih????.....kalau beli ais krim, pehh!! stok sebulan tu. 

Siap buat spek..(esok siap- abang zahin pakai spek lama balut dengan salotape)..kami pun pergi la ke Jusco seremban 2 ..parking punya azab ..dan berkobar-kobar lah melangkah ke kedai Sony...terus ke hp yang diidam-idamkan..Malangnyaaa....

Yang jaga kedai adalah satu lelaki Cina rupa macam tak nak layan..mama pegang-pegang dan try-try, dia buat tak layan, lepas tu mama compare berat dgn S2 mama, dan mama tanya dia, phone ni berat dia berapa? Tau apa dia jawap..

Tak Tau, dia tak de tulis ma!!

Mangkuk!!!

Lepas tu dia buat tak layan macam kami ni tak mampu beli.

Mama tanya lagi, berat dia pun u tak tau.

Budak tu muka macam t**k dan kata "dia tak tulis ma, tak tau"

Ayah kami sudah berang pastu ayah kata" that it, he's not interested to sell , so let get out from here" ..huhuhu

Terus kami masuk kedai Samsung, lelaki Cina juga jaga kedai tapi dia sambut baik terus tunjuk kat mama Galaxy Note 3 yang baru tu , harga RM1699...semua specs dia brief kat mama..tu dia!!! sejuk hati.

Tapi!! over budget bertingkek-tingkek la pulak.

Masih tak mau mengalah, masuk pulak kedai SenQ..terus hala ke booth Sony Experia C tu..sama jugak la, budak Cina tu buat muka t**k. Mama tanya sepatah, dia jawap sepatah..macam tak nak layan..ayah kami berang lagi..ayah kami bagi sebiji kat dia..tanya kat dia,,'U mau jual ke tidak?..macam ni ke nak jual?..kenapa tak brief tentang produk? bla bla bla..

Hambik kau!!! terlopong budak cina tu ..terusss tak jadi lagi.

Pastu kami usha Lenovo..abang cina yang jaga kedai Lenovo tu so baik tapi ...ayah tak puas hati...ayah kata  Lenovo tu 'sooo chineseeeee"..ye lah dah Made In China ..nak buat camne .

Last-last tau apa mama kami ambik?


Hahaha..Samsung jugak la akhirnya

Harga mampu milik jugak..kena tambah sikit lah...beli kat kedai Samsung yang abang cina baik tadi tu .

Walaupun tak secanggih S2, S3, S4 dan terbaru S5 tapi kira value for money la kan.

Moral??

Perangai buruk tak kira bangsa ok

Ikut diri masing-masing...disebabkan perangai buruk budak cina 2 orang yang tadi tu, tak jadi lah mama kami beli,,itu lah lain kali jangan pandang sengkek kat orang!!

Adios..

-3 boys -