Friday, 2 May 2014

Agak mengecewakan....

Sudah pun bulan Mei.

Semalam 1 Rejab, bermakna, Ramadhan ada 60 hari lagi. 

Dulu kami pernah cerita kami dah lama tak gi jalan2 kan. kebetulan miggu lepas, ayah kami ada kerja kat Ipoh , ayah kata marilah semua ikut sekali, kira cuti-cuti la.


Cuti la kami hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

Bertolak ke Ipoh hari Selasa petang, ambil abang besar dari sekolah dan terus gerak ke Ipoh.

Bertolak pun dah agak lambat , pukul 6 lebih baru gerak dari Seremban. Kami gi minum dulu sebab abang besar dah marah-marah.. sebab terlambat sikit jemput dia.

Singgah di R & R Rawang untuk dinner pastu terus ke Ipoh, sampai dah dekat pukul 11 malam.


Teruja sebab dah lama tak tido hotel..ayah book 2 bilik bersebelahan..ada pintu di antara 2 bilik tu. Ini bilik kami.


Ni bilik mama dan ayah...tapi azri tido kat sini ..penakut!!.

Internet laju..tu yang penting.

Esoknya pagi-pagi lagi ayah dah keluar gi kerja ..tinggal kami jer dengan mama...tak sabar-sabar nak gi swimming pool nih...lagi pun tu je la agenda penting kalau tido hotel.

Tapi ..ni lah rupa swimming poolnye..


under major renovation!!.


Jahat hotel ni...tak beritahu pun swimming pool tak leh pakai.

Boikot!!..Boikot!! Impiana Casurina Ipoh...no more!!

Jadi termangu-mangu kami tak tau nak buat apa.

Maka pagi tu, mama bawak kami jalan-jalan kat Aeon Kinta Jaya.

Kami jumpa makanan sedap. tak sangka .sangat sedap..



Nyummy....pretzel Makcik Anne..benda ni tak de kat seremban..tu yang kami ada sakai sikit, tak pernah rasa..sedappppp.

Beli 2 jenis, coklat enclair dengan honey cinnamon..dua2 sedap .

Balik dari Aeon tu ..kami lepak hotel aje la..nasib baik internet laju, layan you tube aje la.

Mama kami pulak layan buku ni...




Dah lama beli tapi tak usik-usik.

Malam tu kami dah keletihan, ayah ajak keluar makan pun kami tak nak.

Makan makanan room service yang berharga sangat mahal aje la.

Esoknya pagi-pagi ayah dah keluar lagi...apa aktiviti kami.? 

Berkurung dalam bilik hotel sepanjang hari layan youtube..apa sapa-sapa mampu buat camtu?

Im dan azri dapat selesaikan semua homework dan mama kami dapat habis baca 540 muka surat buku tebal Dr M tu. hahaha.

Malam tu ayah bawak kami jalan-jalan kat Aeon baru kat Station 18..besar gile tempat tu, kami makan kat Sushi King malam tu..best!!

Esoknya kami check out awal, sarapan kat kedai mamak dan terus ke tempat lain pulak..yang tu nanti kami cerita kemudian ok.

Kiranya trip kali ni agak mengecewakan ler... terpaksa duduk terkurung dalam bilik je ...cuma seronok internet laju le. Mama kata kalau ayah ada kerja lagi kat sini, kami tak yah ikut la.. dah tak de apa kat Ipoh ni.

Kalau rajin boleh la ke Lost World of Tambun ke...tapi kami tak minat sangat tempat2 camtu..

-3 boys -

No comments: