Wednesday 11 June 2014

Dah pindah wad biasa

Salam Rabu,

Minggu terakhir cuti sekolah, minggu depan kami dah sekolah macam biasa.

Hari ni hari yang ke 13 sejak tok bah sakit.

Hari isnin hari tu, doktor dah tanggalkan tube pernafasan tokbah, Alhamdulillah..tokbah boleh bernafas sendiri.

Hari Selasa tokbah dah tak perlu pakai oksigen lagi dan dah boleh bercakap..mama kata mama dah borak-borak dengan tokbah dan bagi tokbah air sikit-sikit ,,semua orang lega dan gembira. syukur Alhamdulillah.

Hari ni Rabu, mama tak visit tokbah, duty maklit, maklit kata tokbah macam lemah sikit dan komplen kaki sakit, gerak sikit pun tak boleh .

Makjah kata itu perkara biasa bagi orang yang dah koma lebih seminggu..kaki kejang sebab dah lama tak gerak. Masa petang tadi mama kami visit tokbah, mama kata mama risau sangat sebab tokbah macam tak ingat...bila bercakap dengan dia, tokbah macam khayal jer.

Maktok dah nangis-nangis dah...sob sob sob..

Malam tadi tokbah dah pindah wad biasa, doktor kata tokbah dah stabil jadi dapat pindah ke wad kelas satu. Syukur..

Pukul 9.30 tadi kami semua hantar maktok ke hospital, maktok nak jaga tokbah.

Mama sorang jer yang naik ke atas...kami semua lepak dalam kereta jer.

Mama cerita sampai jer dalam bilik tokbah, 2 nurse sedang tunggu dan nurse beritahu mama yang tokbah dah tarik tube susu dia...alamak!!!

Nurse pasang semula dan tak sampai 10 minit, tokbah tarik keluar tube tu. haaa dah sihat le tu.

Doktor pun datang tadi, tengok sama ada tokbah boleh minum macam biasa ke tidak, mama suapkan susu guna sudu.. Alhamdulillah tokbah boleh minum macam biasa tapi slow-slow ler. 

Malam ni maktok tidur kat wad temankan tokbah...kami harap tokbah ok..dan sihat seperti sediakala.

Walaupun proses penyembuhan ambil masa yang lama...kita semua kena sabar lagi pun makjah kata doktor kena check takut ada sel otak tokbah yang tak berfungsi...tapi kami rasa insya Allah, tokbah boleh pulih sepenuhnya.

Kami harap cepatla tokbah boleh balik rumah,,kesian kat maktok kena ulang alik hospital...maktok pun bukan sihat sangat tu.


-3 boys -

No comments: