Sudah hari Khamis..dah hampir seminggu kami bersekolah semula setelah 3 minggu cuti.
Dah seronok pulak rasanya bersekolah.
Hanya tinggal hujung minggu ni aje peluang untuk kami gi jalan-jalan, hujung minggu depan dah puasa!!
Tapi sebenarnya kami tak sabar nak berpuasa ni..ada orang yang dah berkobar-kobar kata dia nak puasa penuh kali ini..tak tau la larat ke tidak.
Bulan puasa nanti kami tak kafa dan tak mengaji...mama memang pontengkan kami kafa sepanjang ramadhan..kesian kat kami yang berpuasa ni..Wan ngaji pulak memang tak ajar ngaji sepanjang ramadhan...Wan sibuk bertadarus sampai raya nanti.
Jadi sepanjang ramadhan kami adalah free..petang-petang boleh tido..best!!.kena simpan tenaga untuk bertarawih ..hihihi.
Alhamdulillah , Allah masih beri peluang untuk kami sama-sama berpuasa dengan Tokbah...tokbah dah sihat..ingatan dah kembali seperti sediakala...lupa-lupa sikit tu biasalah kan.
Tapi Tokbah masih tak boleh jalan, kaki lemah..jadi sekarang ini tengah sibuk berphysio-terapi.
Mama kata insya Allah, esok tokbah dah boleh discaj dari hospital.
Makjah dah belikan kerusi roda, petang nanti makjah akan hantar ke seremban.
Sepanjang minggu ni hanya maktok dan mama aje yang jaga tokbah. Maklit ada ambik nurse untuk jaga tokbah malam-malam ..kesian kat maktok..takut maktok yang sakit pulak.
Jadual mama sangat ketat sepanjang minggu ni...sampai kami rasa macam sekejap je bersama dengan mama sepanjang minggu ni.
Pagi-pagi lepas hantar kami ke sekolah, mama akan hantar maktok ke hospital...pastu mama balik rumah..masak semua.
Tengah hari mama akan teman kami makan tengah hari dan lepas tu mama balik rumah untuk solat.
Dalam pukul 3 camtu, ayah akan hantar mama ke hospital dan baya maktok balik ke rumah b. kelana.
Mama akan jaga tokbah kat hospital sampai pukul 10 malam, sampai nurse yang jaga tokbah tu sampai, baru lah mama balik rumah..
Ayah yang akan jemput kami dari sekolah, hantar mengaji.pastu kami semua akan dinner dengan ayah aje. Merasa la ayah kena siapkan meja makan untuk kami..Nasib baik lauk semua mama dah masakkan.
Jadi bila mama balik , kami dah kena tido..jadi sekejap je masa dapat borak dengan mama.
Harap hujung minggu dapatla kami jalan-jalan.
TAPI...abang besar pulak ada sekolah ganti ...adoiiii
Harapan kami hanya lah pada hari Ahad..ayah kata nak bawa gi jalan-jalan kat melaka pastu tido kat rumah makcik.
Mama pulak kata kita gi jalan-jalan aje , tak mau tido kat rumah makcik, mama letih nak kena sediakan beg baju semua.
Ntah lah..tengok lah hujung minggu ni camne..kami ikut aje
Bai...
-3 boys -
No comments:
Post a Comment