Monday, 9 June 2014

Up Date Tok abah

Assalamualaikum,

Hari ni hari ke 11 tok abah diserang stroke dan tok abah masih berada di wad CCU Hospital Seremban.

Tok Abah dipindahkan ke wad CCU pada hari Sabtu jam 1 pagi..malam tu maklong yang jaga tokbah, disebabkan wad CCU tak boleh ada orang jaga, malam tu maklong tidor kat luar, nasib baik ada kerusi malas, dan nasib baik ada makcik guard temankan.

Sejak hari tu maktok sentiasa melawat tokbah setiap kali waktu melawat..iaitu pukul 1-2 petang dan pukul 4.30-7 petang. 

Semalam maktok kata tokbah dah sedar.

Sebenarnya sejak 4-5 hari lepas tokbah dah buka mata tapi macam tak kenal sapa-sapa...pergerakan badan pun macam pergerakan luar kawalan..kaki macam tendang-tendang...badan macam ronta-ronta.

Bila bercakap dengan tokbah, macam tak de respon..mata pun pandang sehala ker.

Maktok kami sangat-sangat risau.

Tokbah macam sangat tak selesa dengan tiub oksigen yang masuk dalam tekak tu..mama kata bibir dan lidah tokbah kering dan pecah-pecah..kesian tokbah.

Tapi semalam, maktok kata tokbah dah sedar tapi masih tak boleh bercakap sebab ada tiub dalam mulut.

Bila maktok bercakap dengan tokbah, tokbah angguk-angguk tanda faham..kaki tangan pun dah gerak normal..gerakan ada kawalan. mata pun fokus dan pandang pun kira kenal orang la.

Kami harap doktor keluarkan tiub oksigen tu cepat-cepat supaya tokbah selesa dan boleh bercakap.

Kami berdoa agar tokbah sihat..walaupun kami terpaksa menghabiskan cuti sekolah 3 minggu dengan tidak ke mana-mana tapi kami sanggup,asal tokbah selamat. Lagipun bukan kami jer yang tak dapat jalan-jalan...kazen-kazen kami pun.

Maklong sekeluarga rupanya dah plan nak gi Legoland, Maktom pun ada plan nak jalan-jalan..tapi bila keadaan tokbah camni, masing-masing takde mood nak jalan..kami pun let go la hasrat nak ke Kuantan tu.

Walaupun tak gi jalan-jalan , tapi kami happy juga , dapat jumpa kazen-kazen.

Sejak Jumaat lepas semua adik beradik mama  ambik cuti , jadi kami ramai-ramai berkumpul kat rumah b kelana. Uncle Jay pulak bawak tv besar dia, main pulak PS4 ..pehh seronok jugak.

Kami dapat berita tentang tokbah dari mama jer....tak boleh msuk wad melawat tokbah.  Abang besar je yang boleh melawat tokbah..Bila abang besar kata tokbah nampak bertambah sihat, kami semua senang hati.

Mama dan adik beradik mama sekarang ni bergilir-gilir duty hantar maktok ke hospital.

Hari ni dan esok duty mama, yang lain dah balik ke rumah masing-masing.

Eso petang, maklit balik, rabu duty maklit la pulak.

Rabu petang , makjah pula balik dan khamis -jumaat duty makjah la pulak.

Untung maktok dan tokbah ada anak perempuan semua, dapat jaga bila sakit.

Walaupun kami ni semua lelaki , insya Allah kami akan jaga mama dan ayah baik-baik..jangan ingat anak perempuan aje yang baik jaga makbapak, anak lelaki pun baik jugak tau.hihihi

Harap doktor buka tiub oksigen tokbah tu hari ni, dan dah boleh pindah wad biasa.kesian sangat kat maktok yang ulang-alik tengok tokbah...maktok pun bukan sihat sangat pun, sakit-sakit kaki.


Harap tokbah sembuh seperti biasa, kami sayang tokbah.

Tokbah baik, selalu belikan kami macam-macam tiap kali tokbah gi Giant. telur, chicken drummet, french fries, coklat, aiskrim dan macam-macam lagi lah, sampai Im tanya mama , tokbah ni kaya ke sebab tiap kali gi Giant , Im jumpa resit Giant , tokbah belanja sampai 2-3 ratus ringgit .

Mama kata takbah tak kaya tapi tokbah sayang cucu-cucu dia, beli banyak untuk semua cucu-cucu dia. kat rumah jelebu ada almari yang kami panggil little Giant, macam-macam makanan ada, ambik je kalau nak makan atau nak minum.

Kami sayang sangat Tokbah..doakan tok bah kami ye.

-3 boys -

No comments: