Monday, 21 July 2014

Entry ke 4 untuk bulan Julai: Tragedi ke 2

Salam Isnin, 23 Ramadhan 1435H

Entry ke 4 untuk bulan ini.

Cukup membuktikan bahawa betapa malasnya kami menulis diari hidup kami ni.


Lagi 7 hari lagi semua umat islam akan menyambut kedatangan bulan syawal..kami yakin semua telahpun membuat persiapan untuk raya.


Baju-baju raya dah ready, kuih-kuih raya sedang sibuk dibakar dan rumah dah stat di kemas.

Bagi kami, baju raya semua dah setel, kain sampin pun dah beli.

Tema kaler baju raya kali ini adalah hijau ..ikut kaler baju raya mama. 

Mama kami pun sekarang ini sedang sibuk bakar kuih raya...setakat ni dah siap biskut legen mama kami iaitu biskut bintik, cornflakes madu dan semalam , siap dah biskut coklat cip.


Biskut coklat cip tu sedap la pulak mama kami buat kali ni, pagi tadi masa sahur kami kerjakan siap makan celup air milo lagi..habis dah setengah balang..mau tak sempat tunggu raya ni.


Tapi dalam pada kita bergembira buat persiapan raya ni, mama kami pesan supaya kami jangan lupa nasib saudara seislam kami yang lain...yang mungkin sedang menanggung kesedihan dan kedukaan yang amat sangat..Ya..pada tarikh 17/7/2014 yang lalu, satu lagi tragedi telah menimpa negara kita...pesawat MH17 milik MAS yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke KL telah ditembak jatuh dan kesemua 290 penumpang dan anak kapal telah terkorban.

Kami amat sedih atas kejadian ini dan mama kami kata kami menyahut seruan PM Malaysia dengan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan yang amat kejam  ini.

gambar google

Gambar terakhir MH17 sebelum berlepas ke KL .


gambar google

Ini yang berlaku 2 jam selepas MH17 berlepas..sungguh kejam kan.


gambar google

Mama kami kata gambar ini sungguh menghiris hati mama ...sungguh terasa macam orang melakukan kekejaman kepada ahli keluarga sendiri..sampainya hati!!!!


Hari ini hari ke 4 tragedi ini berlaku dan dari lapuran berita, mama kami kata pasukan penyelamat dan penyiasat negara kita masih belum dapat masuk ke tempat kejadian....ini kerana tempat ini adalah tempat bergolak, pertelingkahan antara negara Russia dengan Ukraine.

Setakat hari ni, belum ada siapa pun yang mengaku tembak jatuh pesawat milik negara kita ni..mama cerita , Russia tuduh Ukraine, Ukraine pulak tuduh Russia.

Apa-apa pun kami amat berharap dapatla kerajaan kita bawa balik jenazah mangsa-mangsa ke tanah air ..sekurang-kurang ada pengubat rindu dan kenangan untuk ahli keluarga mereka.

Al Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban dan semoga ahli keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Kami sendiri hampir kehilangan Tokbah..kami dapat rasakan kesedihan mereka.

Syukur Allah masih bagi peluang kami untuk kami berbuka puasa hampir setiap hari dengan tokbah dan maktok.

Mama kami juga beritahu bahawa saudara seislam kami di Gaza juga sedang dikejami..di saat seluruh tumpuan dunia diberikan pada MH17, di saat itu juga Gaza dibedil bertalu-talu oleh Israel, mama kata setakat hari ni dah lebih 300 nyawa orang islam Palestin terkorban.

Kami berdoa agar Allah lindungi semua orang-orang islam seluruh dunia dan berharap negara kira dilindungi dari semua kejahatan.

Sungguh... Ramadhan 1435 banyak dugaan bagi umat islam seluruh dunia.

-3 boys -

No comments: