Hari ke 5 umat islam berpuasa.
Syukur kami dapat berpuasa bersama-sama dengan tokbah.
Tokbah keluar dari hospital pada hari Isnin..23/6..Alhamdulillah.
Sejak discaj dari hospital, maktok , tokbah dan bibik duduk kat rumah seremban jer.
Sepanjang minggu lepas keluar hospital tokbah tak dapat tidur malam, sepanjang malam resah, maktok pulak dah sakit pinggang..jadi maklit ambik nurse untuk jaga tokbah.
Jadi sekarang ni ...masih ada nurse jaga tokbah waktu malam...sampai hari Jumaat ni.
Alhamdulilah dah minggu ke 2 keluar dari hospital, tokbah dah boleh tidur malam..dah mula dah ada selera makan....dan hari ni tokbah request nak makan roti canai ..makanya menu berbuka hari ni, roti canai lah.
Sepanjang 5 hari berpuasa ni kami berbuka di rumah maktok dan tokbah....kesian kat maktok yang sakit pinggang tu jadi mama tolong maktok prepare untuk berbuka.
Meh nak cerita diari ramadan kami tahun ni..
Tahun ni azri ada bersemangat lebih untuk berpuasa..hari pertama kami berpuasa di rumah makcik kat Jasin..azri dapat berpuasa penuh sehari walaupun cuaca tersangatlah panas kat rumah makcik.
Menu berbuka hari pertama adalah request dari ayah ...mee kari.
Makcik masak mee kari, gulai kari ikan masin, kuih pau kaya dan kuih kacang...air pulak pilihan kami , air kotak anggur dengan teh bunga .
Sementara mama tolong makcik masak kat dapur, ayah bawak kami jalan-jalan untuk membunuh masa ....target ayah, sampai je rumah dari jalan-jalan tu, dah nak berbuka dah....jadi petang tu ayah bawak kami merata-rata.
Mulanya kami pergi ke tebat...tebat ni sebenarnya bekas lombong lama yang telah dibuat resort kat situ..cantik sangat kolam kat situ.
Lepas tu ayah bawa kami jalan sampai ke Tangkak, saje je lepak tepi jalan tengok makcik-makcik gila membuang duit kat pasar ramadhan.hihihi.
Bila jam dah hampir pukul 7, baru ayah bawa kami balik rumah...sampai jer tengok makcik dan mama dan stat hidang, ayahlang pun dah sampai. Kami pun ambil la tempat masing-masing ..kejap tu dah pun berbuka..Alhamdulillah ketiga-tiga kami berpuasa penuh sehari hari ni.
Hari ke 2 puasa mencabar sikit, sebab dah sekolah, kami semua mengantuk sebab tak cukup tidur.
Balik dari sekolah azri terus kata nak berbuka...pastu abang besar pulak balik sekolah sudah demam dan tak larat ..berbuka la jugak. Sudahnya hanya im yang berpuasa penuh.
Hari ke 2 berbuka kat rumah maktok, menu mee goreng kicap ayah.
Hari ke 3, kesemua kami berpuasa penuh...yesss...menu berbuka , nasi saffron mama dengan ayam masak merah dan rendang maktok...fridge rumah maktok rosak jadi maktok masak le segala daging tu buat rendang.
Hari ke 4 , hero kecik kami ..azri demam dan batuk..mula tu nak puasa tapi dah muntah 2 kali...berbuka la....im pulak balik dari sekolah , rasa lapar sangat-sangat..dah tak tahan dah,,maka berbuka la..jadi abang sorang jer puasa penuh.
Menu hari ke 4,beli jer,mama malas masak..lauk masih banyak....beli yong tau foo...mahal gile harga RM26..ceh,,macam makan kat hotel..no more yong tau foo gerai Alwi pasar ramadan stadium Paroi..huh!!
Hari ke 5 ni harap kami semua larat berpuasa penuh sehari ye...menu roti canai pilihan tokbah..best jugak.
Begitulah diari ramadan kami setakat ini.
Yang pasti ramadan tahun ni juga ramadan yang amat mengantuk untuk ayah kami.....sanggup korbankan tidur demi Piala Dunia tercinta...hahaha..
Dairi kami akan bersambung.........
No comments:
Post a Comment