Benar, 12 tahun mama kami menanti untuk kami berpeluang menyaksikan wrestler-wrestler kesayangan kami beraksi secara live.
Akhirnya...
Atas jasa baik maktom yang baik hati nak sponsor 3 tiket, ayah pun setuju beli lagi 2 tiket, dapat la kami sekeluarga tengok sama-sama.
Kalau beli sendiri , rasanya tak mampu la...kami berlima ni harga tiketnya RM1 ribu, ayah kata baik beli hp Samsung baru.
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Hari Jumaat 10/10/2014 , kami bertolak ke Stadium Putra Bukit Jalil lepas solat Asar. Ayah kata ayah pulak yang nervous macam ayah pulak nak gi bergusti..kami tahu ayah nervous sebab ayah tak pernah bawa kami ke tempat yang penuh sesak dengan orang, apa lagi Stadium Putra yang berkapasiti 16,000 orang tu. takut hilang!!
Ni muka-muka teruja nak tengok WWE
Perjalanan lancar, guna waze dan google maps , ayah tak pernah gi kompleks sukan Bukit Jalil tu takut salah jalan.
Hampir pukul 6 kami sampai, memang jem teruk bila hampir nak sampai, tapi nasib baik senang nak parking, bayar rm2 sekali masuk...hairan juga, tempat parking banyak..agaknya yang ramai-ramai ni duk parking free tepi-tepi jalan kot...senang je ayah dapat parking.
Keluar aje dari kereta, ada orang buat hal...tak tahan nak kencing!!!
Berlari-larian lah kami semua cari toilet, tak de toilet kat luar stadium, kat dalam stadium baru ada toilet dan orang yang beratur nak masuk dalam toilet ada lah dalam 4-5 kilometer panjang!! hahaha.
Azri dah nak menangis menahan kencing dan abang pulak dah nak menangis sebab tak dapat pergi booth nak beli merchandise ..nasib baik ayah kami bijak...ayah terus ke entrance Door L16, seat kami tu..takde orang beratur pun.
Terus masuk, diaorang check beg kami lebihkurang dan boleh masuk.
Masuk jer terus cari toilet...jauh jugak berjalan..dah jumpa toilet baru lega.
Kat dalam tu ada jual merchadise...nak beli t shirt tapi tak jadi sebab mahal sangat .RM75 satu..pastu kami terus masuk dalam ...ayah ajak makan dulu tapi semua kenyang sebab excited..mama ada bawa bekal coklat dan roti-roti.
Kami masuk pukul 6.40 macam tu, masa tu seat tak berapa penuh lagi.
Abang tengah pilih-pilih t-shirt, tak jadi beli, mahal !!
Tak la jauh sangat, kira tak lah kami nampak wrestler besar batang mancis aje....clear la jugak
Tunggu-tunggu , dah pukul 7, tak stat lagi....azri dah tak sabar ni. ayah pulak keluar gi solat jap ..tak lama lepas tu pukul 7.20 stat dah..waa memang happening bila wrestler masuk ke Ring tu ,best...bergegarla jantung dengar muzik entrance dia.
Masa ni muka Azri ada cuak sikit, mungkin sebab kali pertama berada dalam stadium yang besar dan penuh orang dan ditambah dengan rasa takut nak gi kencing tapi bila dah stat match ke 2 baru lah azri bersemangat.
Bila keluar aje Wyatt Family, azri pulak yang terlebih teruja , dia yang briefkan mama adik beradik Wyatt ni, mama kami bukan kenal pun, mama kenal John Cena, The Miz , Big Show dengan Seamus aje.
Sepanjang match, abang yang pegang hp mama, abang rekod banyak match tapi disebabkan cahaya terlalu terang dekat Ring dan sound terlalu kuat, gambar-gambar jadi tak terang.
Sheamus yang putih melepak tu jadi memancar-mancar atas Ring.
Ni Sheamus dengan The Miz, memang best la dua orang ni berwrestling...ternganga kami tengok, macam tak percaya je nampak sheamus depan mata .. The Miz kalah masa lawan ni...padan muka dia , berlagak beno.
Dan yang paling kami tunggu-tunggu, tentunya Big Show..pehh memang giant betul dia ..besar gilerr..
Dan yang paling kami tunggu-tunggu, tentunya Big Show..pehh memang giant betul dia ..besar gilerr..
Memang bapak besar dia ni....ternganga lagi kami tengok.
Ada break 15 minit masa tengah match tu, macam biasa orang terlalu ramai, tak dapat nak mencelah beli air.
Nak masuk toilet pun punya ramai orang.
Azri terpaksa redha la bersesak-sesak masuk toilet, dah dia tak tahan nak buang air kecil lagi.
Masuk balik, stat la beberapa match lagi dan dia punya finale la yang paling besttt, john cena lawan dengan seth rolling..wa gamat nak runtuh stadium bila john cena masuk berjalan masuk Ring ,memang betul-betul power.
Lama jugak la john cena ni lawan, memang best la....nampak ganas gile la, habis kena hentak dengan kerusi besi, siap keluarkan meja panjang la.
Macam biasa seth rolling sibuk dengan beg money in the Bank dia tu...habis hancur beg tu dia bawa jugak. macam biasa, mesti lah hero menang...john cena menang la.
Match habis dalam pukul 10 camtu. puas nya rasa dapat tengok superstar kegilaan kami.
Nak balik tu memang payah la, bersesak-sesak.
Kami tunggu reda sikit baru keluar.
Abang besar tetiba nak beli t shirt official..dah le mama dengan abang kena bersesak-sesak nak beli t shirt.
Hampir setengah kam, mama dan abang tenggelam dalam lautan manusia. dah habis pulak t shirt official , dapat la t shirt john cena ..mahal RM75.
Mama cerita mama nampak satu abang tu, dia pegang wristband kaler merah...rasanya tu wristband yang john cena baling tu , mesti abang tu yang dapat sebab mama kata dia duk cium-cium wristband tu...yakss bau peluh!! minat punya pasal, semua jadi wangi.. hahahaha.
Tu je la cerita pengalaman kami.
Harap tahun depan WWE datang lagi.
Mama kata dah kena stat menabung dari sekarang.
-3 boys -.