Monday, 23 February 2015

Cerita kami

Hi Diari..


Sudah hampir tamat bulan Februari, cuti panjang sempena Tahun Baru Cina pun dah habis.

Bulan ni juga masuk bulan ke dua keadaan kelam kabut setiap pagi nak ke sekolah, mama kena hantar kami semua sekali trip..keluar rumah mesti sebelum pukul 7, lambat seminit parah akibatnya.

Pernah satu pagi tu, kami terlambat keluar , pukul 7.02 minit baru gerak dari rumah, ha ambik kau, trafik punya banyak pastu banyak pulak driver-driver siput babi pun keluar..akhirnya abang besar sampai kat sekolah pukul 7.26 pagi dan im azri sampai sekolah pukul 7.35.

Kami semua kena tahan dengan pengawas, kena ambik nama dan abang besar kena denda lap tingkap....kesian.

Jadi untuk elakkan keadaan stress berlaku, kena pastikan sebelum pkl 7 mesti gerak dari rumah...pukul 6.58 pagi pun ok mesti sempat punya.

Bulan ni juga genap 1 tahun 3 bulan usia firm guaman mama kami..setakat ni kami sangat happy mama sentiasa ada di rumah dan sentiasa ada menjemput dan menghantar kami ke mana sahaja kami pergi.

Kadang-kadang mama sibuk dan terpaksa angkut kami semua ke court, kami ikut aje la sebab masa balik mesti dapat upah punya, paling kurang dpt coolblog atau aiskrim sorang satu..best.

Cuti panjang hari tu kami tak ke mana-mana..nak jalan-jalan pun rasa tak best sebab Ayahlang sakit...ayahlang ni abang ayah kami yang no. 3.

Ayah kata ayahlang kena kanser paru-paru..dan hari selasa minggu lepas baru selesai operation. Hari Khamis kami semua ke HKL nak lawat ayahlang tapi sedihnya im dan azri tak dapat masuk jumpa ayah lang..abang besar jer dapat masuk.

Abang besar cerita, tumor kat paru-paru ayahlang tu doktor dah buang tapi bukan tu je yang doktor buang, doktor buang sekali 1/3 paru-paru kanan ayahlang dan tulang rusuk no 2,3 dan 4 sekali... takut kami dengar.

Ayah tunjuk gambar luka pembedahan ayah lang tu, alahai ngerinya..panjang dari bahu sampai ke tepi badan...lagi ngeri bila mengenangkan kat belakang tu dah tak de tulang..doktor pesan ayahlang kena jaga-jaga jangan sampai terjatuh sebab dah tak de tulang nak cover organ-organ dalaman tu.

Alhamdulillah ayahlang selamat walaupun ada kesan bedah yang sangat menakutkan, takpe la yang penting ayahlang sihat.

En Diari, nanti kami bercerita lagi ye....kalau rajin..hihihi

-3 boys -

No comments: