Friday, 23 October 2015

Azri sudah 9 tahun

Salam Hari Jumaat,

Minggu ni jerebu sangat teruk, hampir seluruh bumi Malaysia dilanda jerebu.

Dan minggu ni sekolah tutup hampir sepanjang minggu, di Selangor, sekolah tutup dari Isnin sampai Khamis, hari ni baru buka sekolah semula.

Bagi kami di Negeri Sembilan pula, sekolah tutup hari isnin dan selasa, hari rabu sekolah pastu esoknya khamis, sekolah tutup semula sebab jerebu teruk, hari ni kami sepakat tak nak gi sekolah walaupun sekolah bukak sebab tak de balajar sangat...azri pun dah mula selsema, baik duduk rumah jaga kesihatan untuk final exam minggu depan.

Abang besar kami tak de pilihan , kena juga ke sekolah sebab final exam berjalan macam biasa, sambung sampai minggu depan sebab banyak lagi subject belum habis periksa.

Habis dah bab jerebu.

Minggu lepas hari sabtu 17/10/2015 adalah hari kelahiran adik bongsu kami, Azri...sudah 9 tahun umur nya.

Weekend tu kami balik rumah makcik , maka cadangnya nak beli kek dan potong kek kat rumah makcik aje la dan lunch special kat seremban.

Ayah bagi azri pilih kat mana nak lunch special ni, tapi azri tak de idea, bila tanya, manjang tak tau aje jawapannya..sebenarnya kami pun tak de idea nak makan kat mana..last kita makan makanan yang azri suka....sushi.

Sushi King Palm Mall la kami tuju.

Gambar tak ambik sebab sibuk makan...sushi semua azri pilih sendiri ..ambik jer dari conveyar belt tu, disebabkan dah besar , dah 9 tahun, pilihan sushi pun dah berubah, azri dah mula berani makan sushi telur ikan, sushi salmon dan sushi paling banyak yang diambil adalah sushi yang ada macam ayam nugget kat atasnya.

Im pun semakin berani explore makanan jepun ni, dia selamba jer cecah sushi dengan wasabi dan makan udon mee...sedap pulak kata im. 

Lepas habis makan sushi , kami jalan-jalan jer kat Palm Mall tu kejap dan terus balik Jasin .

Singgah kat Melaka Mall beli kek, kek pun pilihan azri jugak.

Sampai rumah makcik dah lewat petang, kami lepak-lepak aje la sebelum mandi dan solat maghrib. Tak de sapa pun kat rumah makcik , hanya kami sekeluarga dengan makcik dan ayah cik jer.

Lepas dinner, mama pun keluarkan kek dari fridge.


Kek pilihan azri, coklat mocha kek by Patisfrance.


Birthday boy banyak akal dengan kek birthdaynya. Lilin letak satu jer, tak mau lilin banyak2.


Potong kek dan dapat makan kek malam tu..best!!

Hadiah dah dapat, diposkan khas dari sydney, pemberian dari kazen kami, abang jemil.


Figurine WWF ni lama kami cari, dulu banyak jer kat Jusco, mahal la harganya sampai rm100 lebih tapi kebelakangan ni dah tak de langsung.

Puas kami cari , sampai ke KL, Kuantan kami cari memang dah tak de.

Kebetulan abang jemil kan balik Sydney sambung belajar, ada pulak stoknya di sana, abang jemil beli jer pastu pos kat kawan dia. Jadi bila abang jemil beritahu ayah barang tu dah sampai kat kawan dia, berdebar-debar kami gi rumah kawan dia untuk ambik benda ni.

Abang jemil tak minat WWF jadi dia tak kenal karakter mana yang kami minat, dia main grab je....ok lah kami suka juga la walaupun azri berharap dia dapat John Cena atau Seth Rolling .

Apa-apa pun selamat la mama dan ayah, tak yah beli hadiah untuk azri.

Ok tu jer cerita untuk kali ni....kami kena buat revision ni, minggu depan kan final exam.

Macam tak percaya jer, tak lama lagi dah nak cuti hujung tahun, kami harap maklong sefamily duduk kat rumah Bukit Kelana macam tahun-tahun lepas...seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan kazen-kazen.

-3 boys -

No comments: