Thursday 15 October 2015

Dinasor in the House

Salam Hari Khamis @ 2 Muharam 1437 H

Semalam cuti tahun baru Islam


Azam baru, nak solat pada awal waktu. nampak senang tapi sebenarnya sukar nak dilakukan, banyak hasutan syaitan dan iblis...kami cuba la sebaik mungkin.


Semalam kami tak ke mana-mana, duk kat rumah jer, lagipun ayah baru balik outstation kat Ipoh, ayah letih. 

Cemana pulak ada dinasor dalam rumah ni??


Wood puzzle dinasour..T-Rex pulak tu.

Akhirnya kami bertiga berjaya menyelesaikan wood puzzle dinasour ni setelah bertahun-tahun tersimpan dalam almari.


Wood puzzle ini asalnya adalah stok kedai ayah kami... Baru kami tahu yang ayah kami rupa-rupanya pernah ada kedai toys kat Seremban Parade ..kini Seremban Prima.


Mama kata kedai toys ayah kami ni bukan kedai toys biasa-biasa, semua toys mahal-mahal dan branded, khas untuk collector .. Ntah camne mungkin ekonomi tak bagus kot, kedai tu tak berjaya...ayah terpaksa tutup kedai tu dan stoknya banyak yang ayah jual.


Ni antara stok yang masih ada dalam simpanan ayah, dulu tu ayah dah nak buang dah tapi mama kata sayang, nak simpan pastu dia terbiar bertahun-tahun dalam almari kat luar.

Hujung minggu lepas ayah buat proses membersihkan almari luar, kami pun keluarkan benda ni dah sama-sama pasang, kelakar betul masa pasang ni, bergaduh-gaduh, bertengkar-tengkar..paling kuat bergaduh abang dengan im la, azri jadi tukang sokong jer.

Akhirnya siap juga benda alah ni, cantik la pulak walaupun ada part yang terkopak sana sini.

Alangkah bestnya kalau kedai ayah masih ada sampai sekarang kan, mesti kami melepak kat kedai dan boleh try test semua stok kat kedai ayah kan.


Ni la kedai mainan ayah kami dulu, lama dah gambar ni, tak terang dan tak sharp sebab kamera cap ayam jer. Nama kedai ayah .. Matrix...masa tu ayah kata cerita movie Matrix tengah top...jadi pinjam la nama tu.

Mama kata gambar ni masa kedai belum bukak pun, tengah susun-susun barang, abang besar kami pun kecik lagi, belum boleh berjalan lagi.


Ni antara stok-stok kedai toy ayah, semua barang mahal-mahal dan branded aje. kat tengah tu ada meja rendah dan kat situ la ayah display semua stok-stok yang baru sampai, kami tengok gambar ni tersangatla geramnya , nampak tak ada track-track hotwheel kat situ ..kalau kita boleh turn back time, memang kami kerjakan mainan-mainan ni semua.


Ha tu dia, abang besar kami dalam bentuk baby...hahaha

Nampak begitu manja...eei geram la pulak.

Tapi tu la, dah bukan rezeki kami, ayah kata kedai tu tak berjaya sangat, tak dapat bayar kos-kos jadi ayah terpaksa tutup kedai dan tanggung hutang perniagaan...lama juga lepas tu baru ayah dapat kerja semula.

Tapi takpe, ayah kami kata dugaan Allah ni banyak beri hikmahnya , kami belajar bersyukur seadanya , tak mewah pun tak pe.

Ok ..tu saje cerita kami kali ini.

-3 boys -

No comments: