Pejam-celik-pejam-celik...dah hampir tamat sesi sekolah tahun ni
Buku teks semua dah dipulangkan , buku teks tahun depan pun dah dapat, abang besar naik Tingkatan 3. Im naik Tahun 6 dan azri naik Tahun 4.
Tahun depan abang besar akan menghadap peksa yang besar , PT3 dan im pula UPSR, mama kami dah risau, kena cari kelas tusyen untuk kami.
Sekarang ni kami pergi sekolah pun tak ada buat apa, cikgu benarkan bawa game jadi kami bawa lah game, ada kawan bawa shahiba, im bawak battleships , azri pulak bawak figurine ...lantak lah asalkan boleh main-main kan.
Sekolah pun ada buat tayangan untuk movie , semalam im dan kawan-kawan tengok cerita hantu, Jwanita ...eii takut gile cerita tu..sampai dah balik rumah pun masih ada rasa takut dan minta sapa-sapa teman nak masuk tandas.
Sebenarnya kawan-kawan pun ramai yang dah malas nak pergi sekolah, memang lengang kawasan sekolah , tadi mama kata tempat parking sekolah lengang jer, biasanya sesak dan padat tapi hari ni best aje tak de jem.
Abang besar pun ponteng jugak hari ni, dapat la kami sampai rumah awal , makan cepat-cepat untuk gi masjid nak solat jumaat, malangnya hujan pulak turun mencurah-curah, tak dapat la rasanya nak gi solat jumaat, solat zohor je la.
Adoi la apa lagi nak diceritakan kat sini?
Kami dah takde apa nak digebangkan di diari kami ni, tu sebab dah jarang-jarang kami bercerita di sini, rutin hidup kami pun macam biasa aje la..syukur diberikan kesihatan yang baik , kami semua sihat sepanjang jerebu terok...tak kena lelah..syukur
Cuti panjang nanti nampaknya kami tak kemana-mana..macam biasa lah lepak-lepak kat rumah aje.
Mungkin juga berkumpul beramai-ramai sesama kazen di rumah bukit kelana nanti. Berkumpul di sana sementara tok abah, maktok, maklit dan abang afiq berjalan-jalan ke qatar.
Sebenarnya dah lama maktok dan tokbah teringin ke Qatar, sementara makjah masih tinggal di sana tapi tak de sapa yang boleh temankan.
Pastu kontrak uncle sharil pun akan tamat tahun depan, jadi kena jugak temankan mak tok dan tokbah, akhirnya maklit sanggup temankan mak tok dan tokbah dan dibantu oleh abang afiq
Syukur tercapai la impian maktok dan tokbah nak berjalan-jalan ke rumah makjah di Doha Qatar.
Kami pun sebenarnya teringin jugak tapi mama kata tiket dia mahal , hampir rm5 ribu seorang maka kami pun terpaksa lah melupakan hasrat kami tu.
Nanti lah, mama kata kalau ada rezeki lebih, boleh lah kami sekeluarga berjalan-jalan ke Beijing , ayah kata ayah hanya berminat nak bawa kami ke tempat-tempat bersejarah dan tempat yang ada 7 wonder of the world, tembok besar China adalah salah satu daripadanya..harap dapat jadi kenyataan.Aminnn
No comments:
Post a Comment