Hari ini 1 Disember, 2015
Apabila dah masuk bulan disember, bermaksud ada banyak benda nak kena settle kan
- Beli baju sekolah, kasut sekolah
- Beli buku-buku tulis dan buku latihan
- Beli alat-alat tulis
- Balut semua buku
- Siapkan beg sekolah
-. Kemas bilik study
- dan berbagai-bagai kerja lagi
Rutin setiap hujung tahun yang mama dan ayah kena buat.
Semua di atas boleh menyebabkan kami tension, mengingatkan kami pada tahun depan ..ada 2 peperiksaan besar kena dihadapi.
Oh..ada satu lagi mama dan ayah kena buat, cari cikgu tusyen untuk abang besar dan im, satu untuk PT3 dan satu lagi UPSR, UPSR untuk im paling mencabar, im dan kawan-kawan jadi tikus makmal....test untuk penilaian baru dengan penambahan 1 kertas..dulu 5A sekarang dah jadi 6A.
Mama pun risaukan azri jugak, tahun depan azri jatuh 2 kelas ke bawah...ada jugak nak kena ke tusyen tu.
Maknanya tahun depan mama akan jadi lagi sibuk, nak hantar-jemput sekolah, kafa, kelas art, kelas tambahan dan kelas tusyen, peh...supir yang sangat sibuk.
Tapi dalam pada mama risaukan kami ni nak periksa besar, risaukan kami yang malas study ni, mama gi up grade inifi dari 5 mbph ke 30 mbph!!!.apa maknanya tu??
Ye..internet berkelajuan amat tinggi , download movie 10 minit dah siap.
Pastu siap pakej dengan iflix lagi, sekarang ni free trial iflix sebulan, dapat tengok movie-movie HD live stream tanpa gangguan,
Sejak minggu lepas , memang kami sefamily melekat kat rumah jer, layan movie-movie, hish, hish, hish tak bagus, tak bagus.
Hahahaha
Tapi bila difikir-fikirkan semula, mama kata lagi baik lepak kat rumah jer, makan home cook meal, merapatkan hubungan sesama kita.
Tapi jangan risau, mama dan ayah kami sentiasa mengamalkan good parenting skill...semua tu ada hadnya dan berpada-pada...mengaji tetap mengaji walaupun culas juga kadang-kadang.
Insya Allah kami tak tersasar dari matlamat kami, cemerlang dalam PT3 dan UPSR.
OK tu jer, baiiii
-3 boys -
No comments:
Post a Comment