Minggu pertama cuti sekolah bermakna masa untuk berehat sepenuhnya, kasut sekolah pun masih terbiar dalam bilik air..tunggu tumbuh cendawan nanti baru basuh..hahaha
Buku-buku teks masih terbiar sepi di atas meja. No siri semua mama kami dah rekodkan.
Biasanya mama kami pun tunggu bulan 12 nanti baru nak stat kemas-kemas bilik study, balut buku, siapkan pekakas nak sekolah dan sebagainya.
Macam biasa bilik study belakang dah bersepah macam bilik stor
Bila roh mengemas datang, baru la kami dengan mama kemas .
Hari tu mama kami mengamuk , sebab prestasi kami sangat cemerlang, azri jatuh 2 kelas ke bawah, im masih kelas yang sama tapi gred pun jatuh.
Mama perintah kan kami spend 30 minit pagi dan 30 minit masa petang untuk buka buku teks tahun depan.
Mama kata baca dulu nanti tahun depan bila cikgu ajar mesti senang faham.
Tapi kami berjaya pujuk mama untuk stat 30 minit order tu minggu depan.
Nasib baik dapat pelepasan.hihi
Nasib baik dapat pelepasan.hihi
Minggu ni juga minggu melawat doktor gigi, hari isnin hari tu im melawat dentist tampal gigi geraham kekal yang dah berlubang tu
Hari ni giliran azri pula
Azri ni pelik sikit , kalau dia tak nak apa-apa memang tak leh paksa
Hari ni azri setuju nak ke dentist dengan syarat hanya check gigi sahaja, jangan buat apa-apa.
Sekali dah check, dentist kata kena tampal.
Seboleh-boleh dia tak nak
Mama pun dah tau, kalau azri tak nak, maknanya jangan la
Kalau paksa juga , huru hara jadinya.
Makanya balik la tak buat apa-apa dengan janji datang semula hari isnin untuk tampal gigi
Apa lah azri ni, bersunat dah lepas, tampal gigi yang kacang tu pulak boleh takut.
Ok tu jer nak cerita
Kami nak rehat puas-puas ni
Kalau rajin nanti kami cerita pasal jalan-jalan KL kami sempena birthday mama kami.
No comments:
Post a Comment