Wednesday, 16 December 2015

Kami masih di sini

Salam Hari Rabu

Kami masih di sini..di rumah

Hari ni ayah stat kerja setelah cuti panjang
Ayah gi trip Hanoi, trip ofis ayah dengan dealer-dealernya
Family tak boleh ikut.....kedekut!!!


Takpe kami tak marah, nanti kami syer gambar-gambar di Hanoi bila gambar-gambar dah transfer dalam laptop..seronok jugak tengok gambar-gambar.

Trip kali ni im dapat helmet untuk main skateboard.
Dulu masa ayah outstation ke Sabah dan Sawarak, azri dapat sweater. nanti next time bila ayah outstation ke mana-mana, mama dan abang besar akan pastikan ayah belikan apa-apa untuk mama dan abang besar, baru adil dan saksama.

Kami masih di rumah, belum lagi ke mana-mana, setiap pagi kami gi kelas mengaji dengan atok baru..ok la atok baru best la jugak tapi tak leh lawan atok lama...atok lama ajar ngaji lagi best.

Hujung minggu ni mak tok, tok bah, maklit dan abg afiq akan bertolak ke Qatar. mama risau kan tokbah, kesihatan tokbah tak stabil, risau kan perjalanan 8 jam yang panjang , takut tokbah keletihan , nanti macam-macam sakit datang.

Tapi mama kata mama yakin  Allah ada dan insya Allah,  Allah permudahkan perjalanan pergi balik dan sepanjang masa tokbah dan rombongan ke Qatar, Makjah dah tak sabar menerima kedatangan tetamu, dah macam-macam makjah plan.

Hari Sabtu nanti mama akan hantar maktok dan tokbah ke airpot, flight pukul 9.30 pagi, bermakna pukul 6.00 pagi dah kena bertolak ke airpot sebab kena sampai dalam pukul 7 pagi camtu.

Nanti lepas hantar mak tok dan tokbah, kami semua akan balik ke Jasin pulak, dah lama tak balik ke sana, sejak cuti sekolah , kami belum balik rumah makcik pun. Nasib baik makcik bukan jenis cerewet atau marah kalau kami dah lama tak balik.

Ayah kata minggu lepas hari krismas baru ayah boleh bawak kami gi jalan-jalan..setakat ni kami tak tau lagi kat mana ayah mama nak bawak kami gi jalan-jalan..Kami tak kisah , kat mana-mana pun boleh.

Tapi sekarang dah musim hujan, tiap-tiap petang hujan lebat, kalau gi jalan-jalan pun mesti rugi jer tak dapat mandi kolam, hujan mesti terpaksa berkurung dalam bilik. Ayah kata ayah tak berani nak ke utara, ke Kedah, Penang sebab ayah kata kalau hujan lebat jalan kat highway boleh ditenggelami air, tak pasal jer kami stranded kat highway nanti.

Dan yang paling ditakuti adalah tanah runtuh, jalan-jalan kat Gua Tempurung tu pun sangat merbahaya di musim hujan ni, takut jadi kejadian tanah runtuh macam hari tu berlaku lagi.

Tengok lah nanti kemana rezeki kami berjalan-jalan nanti.

-3 boys -

No comments: