Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016
Sebagai penutup 2015, kami dapat berjalan-jalan di Langkawi , 4 hari 3 malam cuti-cuti Malaysia, walaupun ramalan cuaca asyik kata tunderstorm, tunderstorm, namun sepanjang 4 hari di Pulau Langkawi ni, cuaca panas terik tahap rentung.
Percutian ni pun last minute plan...asalnya ayah nak bagi azri rasa naik kapal terbang, ye la asyik kami hantar orang jer naik kapal terbang, nak la naik betul-betul kan.
Mula tu ayah dapat flight malam pukul 9 malam dan flight balik pulak pukul 9 pagi, maknanya kami akan rugi 2 hari stay kat hotel, ayah kata bukannya murah-murah kos hotel kan, so cancel. Try tengok-tengok flight ke Alor Star pulak, boleh sewa kereta jalan-jalan ke Perlis , last-last, google punya google ayah dapat flight schedule yang best.
Bertolak Isnin 28hb jam 2.20 pm dengan MAS dan balik 31hb jam 6.20 pm dengan Rayani Air..wah just nice.
Mak tok dan tokbah pulak gi Qatar 19hb dan balik ke Malaysia pagi isnin 28hb tu, so pass baton la.
Tak sempat pun jumpa maktok dan tokbah yang baru balik dari qatar, kedua-dua nya tak sihat rupa-rupanya...agaknya banyak berjalan...nanti kami syer la cerita maktok dan tokbah berjalan-jalan ke qatar tu.
Kira memang puas la kami berjalan-jalan 4 hari tu, kira cover seluruh pulau tu.
Nanti kami cerita la in details percutian yang tak seberapa kami sekeluarga ni. Alhamdulillah dapat juga berjalan-jalan kan.
Now back to reality, tahun baru , cabaran baru
Abang besar dengan PT3 dan im dengan UPSR.
Kami bertiga mencatatkan rekod buruk dalam pelajaran..huhu.
Tadi mama check list kelas, jeng..jeng...jeng.....azri jatuh 3 kelas rupanya...jatuh tergolek gitu, masuk kelas ke 5 dari 6 kelas...oooohhhh
Mama dan ayah sudah marah
Mama pulak feel so bad katanya..sebab dah jadi full time at home mum tapi anak-anak rekod buruk la pulak, mana taknya easy access to internet, berkelajuan tinggi pulak tu.
Apa-apa pun tahun baru ni memang akses kami kepada internet akan dicatu. mama dan ayah dah tak percaya kepada kami lagi, tak de disiplin..kihkihkih.
Takpe kami akan cuba sebaik mungkin menjadi anak-anak yang baik, kami sedar harapan mama dan ayah pada kami tinggi dan kami tidak akan hampakan harapan tu insya Allah, lagi pun kalau kami baik, rekod kami baik dalam pelajaran, ayah kata next vacation lagi best.
Katanya mungkin ke Sydney atau Perth , kalau bang Jemil sambung belajar boleh la kami ke Sydney, back packers vacation...masak sendiri, drive sendiri, tour guide dah ada....bang jemil ler .
Insya Allah ...Aminnnn
-3 boys -
No comments:
Post a Comment