Thursday, 14 November 2013

Keputusan UPSR diumumkan hari ini

Salam Khamis 10 Muharram 1435H

Hari ni Hari Asyura , dapat pahala kalau puasa sunat hari ni, tapi kami tak puasa sunat pasal tak sahur..hihih..

Hari ni result UPSR keluar, abang zahin kami dah tak keruan sepanjang minggu ni...sejak 2-3 hari abang zahin asyik cirit birit aje...mula tu ayah ingat abang salah makan tapi pastu bila ingat-ingat balik, masa minggu nak peksa UPSR pun abang cirit birit , jadi ayah kata tu tanda abang stress.

Ala mama dan ayah kami kata , tak kisah la abang dapat berapa, jauh lagi perjalanan abang, ada banyak lagi peperiksaan besar yang abang kena tempuhi..

Result keluar pukul 10 nanti, kejap lagi mama kami akan ke sekolah...jeng..jeng..jeng..

Apa-apa pun sebarang keputusan akan dicatatkan dalam diari kami ini..tungguuuuuu...


Harap abang besar kami akan berpelukan kegembiraan nanti..Aminn

-3 boys -

Wednesday, 13 November 2013

Kami dapat kucing baru

Salam Hari Rabu.

Kita tangguh dulu cerita-cerita yang nak diceritakan tempoh hari, ni kami nak cerita pasal tetiba kami dapat seekor kucing angkat baru. Mama kami kata kucing kutip.

Pada hari Jumaat minggu lepas, selepas kami semua pergi ke sekolah, mama kami cerita ada dengar bunyi anak kucing mengiau-ngiau, bunyi dekat jer, macam dalam longkang rumah pakcik sebelah tapi bila panggil-panggil tak pulak dia keluar..

Bunyi ngiauan tu berterusan la sepanjang malam..kesiannya dengar

Esoknya hari Sabtu pagi, ayah kami kata ada anak kucing tersangat kelaparan dan tersangat bising, uncle Azman sebelah rumah lagi satu bagi makan, tapi lepas tu senyap dah , ayah kata ntah-ntah kena makan dengan anjing.  kesiannya..

Lepas makan tengah hari mama kami terdengar bunyi anak kucing mengiau kuat sangat kat belakang rumah kami, mama kami bukak lah pintu , haaa tu dia!! seekor anak kucing yang sangat kotor dan lapar.....dan paling haru sekali kucing tu kena cirit birit, habis ekor, kaki , kira separuh badan lah dah berlumur dengan t*h*....yaksss..

Mama kami ambik kucing kenit tu terus basuh , basuh separuh badan aje, bagi makan dan kurung..sempat jugak google camne rawat kucing cirit ni..

  
Semasa baru dijumpai...sangat comot, busuk lapar..tengok lah ekor yang penuh taik tu ...busyuk!!

Mama kami pun ikut lah apa nasihat doktor vet google, jangan bagi makan 24 jam, kasi usus rehat, bagi air bersih jer, maka mama kami bagi si comot ni air bersih pakai syringe .

Esoknya baru kasi makan, bagi makan ayam rebus , rebus sampai lembut pastu hancurkan..si comot makan macam zombie...kesian!!!

Hari ahad tu kami semua kena pergi parti birthday johan jadi kena tinggalkan dia dalam bakul, letak air dan makanan.

Sampai rumah semula dah malam, hampir pukul 10 sebab kami hantar maktok balik Jelebu terus ..tengok-tengok, si comot ni dah berlumur satu badan dengan t*h* tapi dah tak cair lagi, elok je kerasnya...hihiih..malam tu juga mama kami mandikan , letak sabun banyak-banyak pastu keringkan pakai hair dryer , haa ambik ko!

Ni rupa dia setelah bersih , baru ada rupa kucing.


Amacam, comel tak?

Mama kami namakan dia patty atau p.a.t.i, pendatang asing tanpa izin, kah kah kah. patty ni rupa-rupanya kucing jenis bulu lebat, tapi perut dia buncit sangat, penuh cacing pastu badan dia pun penuh kutu.. ntah cemana, mama kami nak bela si patty ni.

Maka semalam, (im dan azri cuti sebab hari Anugerah sekolah), kami teman mama bawa patty gi jumpa vet, tapi mama kata malu la pulak nama patty, buruk bebeno..terus tukar nama jadi Josh..

Vet bagi josh ubat cacing pastu cucuk ubat kutu, mama kami mandikan sekali lagi, terus jadi kucing comel..


Comel ke idok??

Sudah dapat kebenaran untuk bermain-main dalam rumah, kucing kami si Min sangat jeles, 2 hari  dia tak masuk rumah, protes la tu..tapi bila dah lapar dan dahaga, masuk jugak Min ke dapur makan minum.

Josh ada jugak cuba-cuba nak gurau dengan Min, dapat penampar ada la....lagi Min nak marah lagi Josh kejar dan tangkap ekor Min, harap mereka berdua tu berbaik lah.

2 minggu lagi mama kata nak bawa Josh dengan Min pergi cucuk vaksin. Josh tu sangat kurus , terasa tulang-tulang tersembul  sana sini, mama kata tengok seminggu ni..ada tak perubahan , harap gemuk lah josh lepas ni.

Tapi bila dah ada 2 ekor kucing ni, ayah kata dah susah la nak gi berjalan , kalau balik kampung kenalah angkut dua kucing sekali.

Josh sekarang ni mama bagi ikan rebus jer..josh ni boleh tahan cargasnye...bila mama kami tengah buat kerja kat ofis kecik tu, josh gi panjat peha, pastu siap panjat meja dan bergolek atas laptop...Min pulak lain sikit perangainya..tak suka dipegang dan dibelai. 

Harap jangan lah bila Josh dah cantik comel nanti, tuan asalnya datang minta balik pulak. mama kata kalaulah tuan dia minta balik, mama nak suruh dia bayar semua duit vet, belanja besarkan josh ni...tapi harap jangan lah...nanti dah sayang, camne nak kasi balik kan.

Itu je la cerita hari ni. Malam ni abang besar ada program kat sekolah , ada makan malam dan persembahan kat sekolah.

Dan esok adalah hari mendebarkan untuk abang besar, esok result UPSR keluar...habislah malam ni abang tak dapat tido.
  
-3 boys -

Saturday, 9 November 2013

Random stories..

Salam hari Sabtu,

Hari ni dah 9 November, post terakhir diari kami ni pada 4 November lalu..lama tu!!

Sepanjang minggu lepas, tak ada la apa-apa ganjil berlaku, hari cuti Maal Hijrah hari tu , kami sekeluarga tak kemana-mana, jalan-jalan kat Jusco aje, tengok-tengok almari buku untuk ofis mama..orang punya la ramai..nak gi tandas pun beratur.

Mula tu ayah nak belanja makan kat Sushi King, tapi bila tengok beratur panjang sampai luar kedai, ayah dan mama pun hilang mood nak makan sushi. Last-last makan kat food court aje.

Nasib baik tak ada apa-apa berlaku masa kami kat Jusco, esoknya hari Rabu Makjah cerita rupanya ada budak lelaki tahun 2 tersangkut kepala dia kat escalator Jusco tu , nasib baik ayah dia dapat tarik, kalau tak mahu hancur kepala dia. MakJah kata budak tu dihantar ke hospital KL pasal kat sana ada pembedahan plastik, mulut dia hancur dan kelopak mata dia terkoyak.

Ngeri betul kami dengar, Makjah kata bila dah jahit bibir dengan kelopak mata , baru la ada rupa orang sikit...ekk..kami tak sanggup dengar lagi, mesti sakit ..kesiannya kat budak tu.

Itu lah, mama dan ayah selalu pesan kalau ke mana-mana , kena berhati-hati, jangan main-main dan cuba elakkan berlaku benda-benda yang tidak diingini.

Sepanjang minggu lepas, kami memang tak belajar pun, datang sekolah bawa game, pastu main game aje lah, cikgu bagi kebenaran bawa game macam Monopoly, sahiba, Saidina, carrom, catur ke.. komputer games ke apa tak diizinkan. 

Jumaat lepas pulak ada sambutan hari kanak-kanak, ada jamuan di semua kelas, kami balik hari jumaat tu dengan perut yang sangat kenyang, burppp...tak laku keropok lekor mama beli .

Minggu lepas juga hari sibuk untuk abang besar, Hari Rabu, abang ada rombongan kelas Tahun 6 ke Berjaya Times Square. 4 bas pergi ke sana , seronok betul abang , lagi lah pulak boleh bawak handphone, lagi le suka abang.

Esoknya pulak, abang ada jamuan akhir tahun untuk pengawas, High Tea kat hotel Royal Bintang , bayar RM20-00 , 3 bas yang pergi, kenyang lagi..malam tu tak makan malam terus , kekenyangan dah macam ular sawa.

Kejap lagi kami nak keluar shopingan , nak beli hadiah untuk Johan dan Asraf, kami akan jalan-jalan ke KL esok untuk birthday party Johan dan Asraf..sebelum tu ayah nak bawa kami gi rumah abang Izzat dengan abg Zihan dulu, nak lawat anak abang Izat dan lawat Kak Nadia , isteri abang zihan yang kena operate. 

Apa lagi nak cerita ek?? 

Minggu depan adalah minggu akhir sekolah bagi 2013, lepas tu cuti panjang, im dan azri tak sabar sangat tunggu minggu depan, tapi bagi abang besar, minggu depaan sangat mendebarkan kerana result UPSR keluar hari khamis 14 November nanti.

Kat mana abang besar akan bersekolah menengah , semua tertakluk kepada keputusan UPSR nanti, dapat lagi tak dengan kawan-kawan atau berpisah dengan kawan- kawan semua tertakluk kepada result peksa nanti.

Hooo sangat lah saspen nya....

OK lah sampai sini aje, esok kami akan makan besar kat birthday party Johan , buat kat restoran Italiannes ...mama kata tempat mahal tu .. kat Subang , apa-apa pun nanti kami cerita lah .

Baiiii

3 boys -

Monday, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Salam Hari Isnin,

Esok 1 Muharam 1435



Alhamdulillah kami sekeluarga dapat solat Maghrib berjemaah tadi dan kemudian kami sama-sama baca doa awal tahun dan diikuti bacaan Yassin. Bacaan Yassin agak turbo sikit , ye lah abang zahin kan dah expert baca yassin, setiap hari jumaat baca yassin , tu yang bacaan pun turbo tu.

Kami juga sama-sama berdoa agar sempena tahun baru ni, kehidupan kami sekeluarga akan bertambah baik, firma mama kami bertambah maju ..Amin.

Hari ni juga menandakan tahun ke 5, Maksu Annie tinggal kan kami semua. Walaupun dah 5 tahun tapi bagi kami rasa rindu pada Maksu masih sama dan tak pernah kurang, Mama dan mak-mak saudara kami yang lain masih pakai kata-kata Maksu yang pelat tu , contohnya nasi lemak disebut "titi lemak", terima kasih disebut " Ceh" , isi minyak kereta disebut "isi maminyak" .

Al Fatihah untuk Mak Su Annie.

Tadi kami sekolah macam biasa tapi sekolah tadi amatlah lengangnya. kelas im ada 6 aje murid yang hadir, memang sangat lengang, ramai yang sambung cuti sebab hari Selasa nanti kan cuti am sempena Maal Hijrah.

Waktu persekolahan  pun tinggal 2 minggu jer lagi, eee tak sabar nak cuti , cuti sekolah kali ni best pasal kami  boleh lepak kat rumah , nak pergi berjalan pun macam tak sesuai je pasal sekarang kan musim hujan.

Ok lah sampai sini aje lah, nanti ada mood, kami menulis lagi di sini .

Nanti kami cerita aktiviti weekend kami, kami gi tengok Cerita Thor 2 tu, best memang best  pastu gi rumah orang kawin kat Muar , memang terbaik

-3 boys -

Friday, 1 November 2013

Sudah November

Salam Jumaat.

Hari ni dah pun masuk bulan November, bulan november bagi kami adalah bulan yang penting sebab bulan ni bulan birthday mama kami. 

Sempena birthday mama ni , ayah kami kata nak belanja semua makan sushi. Kami semua memang suka makan sushi tapi ayah pulak lebih suka makan udon , mee sup jepun yang besar-besar tu tapi udon kat SushiKing tak halal.

Kami rasa birthday mama kali ni paling menggembirakan mama sebab mama dapat hadiah birthday yang paling best...sebuah firma guaman sendiri..hihihi.kami pun happy sebab kat ofis baru mama ni , mama kami senang dapat cuti..boleh ajak ayah bawa kami gi jalan-jalan.

Bila dah masuk bulan 11 ni bermakna ada 2 minggu je lagi sekolah, semua buku teks dah dipulangkan. Azri pun dah dapat buku teks dan buku latihan tahun 2, Abang im belum dapat lagi...im memang dapat lambat sikit pasal im batch pertama sistem KSSR jadi semua buku teks adalah baru.

Abang zahin pula tak lama lagi akan meninggalkan sekolah KGV rendah ni , mama kata macam tak sangka abang zahin akan masuk alam sekolah menengah.macam sekejap jer. Memang pun kami sendiri pun rasa kami ni cepat jer membesar. Im dah hampir setinggi bahu mama, abang zahin pulak dah jauh lebih tinggi dari mama, dah hampir setinggi ayah dah.

Kami tak dapat bayangkan nanti kami semua dah besar-besar , mesti mama kami jadi orang yang paling kecik dalam rumah kami ni..hahhaha.

Hmmm sebelum lupa, kami dah tukar jadual special friday kami, sekarang special friday kami adalah waktu malam, boleh ayah join sekali..tadi kami lunch kat rumah jer, makan lauk yang mama masak. 

Ok sampai sini je lah, sekarang ni agak jarang kami dapat up date diari kami ni, maklum aje lah satu laptop berebut dengan 4 orang!!..komputer atas pulak asyik hang aje.. Kami doakan agar firma mama berjaya dan mama kami beli laptop satu lagi, tak payah berebut.  

-3 boys -