Kita tangguh dulu cerita-cerita yang nak diceritakan tempoh hari, ni kami nak cerita pasal tetiba kami dapat seekor kucing angkat baru. Mama kami kata kucing kutip.
Pada hari Jumaat minggu lepas, selepas kami semua pergi ke sekolah, mama kami cerita ada dengar bunyi anak kucing mengiau-ngiau, bunyi dekat jer, macam dalam longkang rumah pakcik sebelah tapi bila panggil-panggil tak pulak dia keluar..
Bunyi ngiauan tu berterusan la sepanjang malam..kesiannya dengar
Esoknya hari Sabtu pagi, ayah kami kata ada anak kucing tersangat kelaparan dan tersangat bising, uncle Azman sebelah rumah lagi satu bagi makan, tapi lepas tu senyap dah , ayah kata ntah-ntah kena makan dengan anjing. kesiannya..
Lepas makan tengah hari mama kami terdengar bunyi anak kucing mengiau kuat sangat kat belakang rumah kami, mama kami bukak lah pintu , haaa tu dia!! seekor anak kucing yang sangat kotor dan lapar.....dan paling haru sekali kucing tu kena cirit birit, habis ekor, kaki , kira separuh badan lah dah berlumur dengan t*h*....yaksss..
Mama kami ambik kucing kenit tu terus basuh , basuh separuh badan aje, bagi makan dan kurung..sempat jugak google camne rawat kucing cirit ni..
Semasa baru dijumpai...sangat comot, busuk lapar..tengok lah ekor yang penuh taik tu ...busyuk!!
Mama kami pun ikut lah apa nasihat doktor vet google, jangan bagi makan 24 jam, kasi usus rehat, bagi air bersih jer, maka mama kami bagi si comot ni air bersih pakai syringe .
Esoknya baru kasi makan, bagi makan ayam rebus , rebus sampai lembut pastu hancurkan..si comot makan macam zombie...kesian!!!
Hari ahad tu kami semua kena pergi parti birthday johan jadi kena tinggalkan dia dalam bakul, letak air dan makanan.
Sampai rumah semula dah malam, hampir pukul 10 sebab kami hantar maktok balik Jelebu terus ..tengok-tengok, si comot ni dah berlumur satu badan dengan t*h* tapi dah tak cair lagi, elok je kerasnya...hihiih..malam tu juga mama kami mandikan , letak sabun banyak-banyak pastu keringkan pakai hair dryer , haa ambik ko!
Ni rupa dia setelah bersih , baru ada rupa kucing.
Mama kami namakan dia patty atau p.a.t.i, pendatang asing tanpa izin, kah kah kah. patty ni rupa-rupanya kucing jenis bulu lebat, tapi perut dia buncit sangat, penuh cacing pastu badan dia pun penuh kutu.. ntah cemana, mama kami nak bela si patty ni.
Maka semalam, (im dan azri cuti sebab hari Anugerah sekolah), kami teman mama bawa patty gi jumpa vet, tapi mama kata malu la pulak nama patty, buruk bebeno..terus tukar nama jadi Josh..
Vet bagi josh ubat cacing pastu cucuk ubat kutu, mama kami mandikan sekali lagi, terus jadi kucing comel..
Sudah dapat kebenaran untuk bermain-main dalam rumah, kucing kami si Min sangat jeles, 2 hari dia tak masuk rumah, protes la tu..tapi bila dah lapar dan dahaga, masuk jugak Min ke dapur makan minum.
Josh ada jugak cuba-cuba nak gurau dengan Min, dapat penampar ada la....lagi Min nak marah lagi Josh kejar dan tangkap ekor Min, harap mereka berdua tu berbaik lah.
2 minggu lagi mama kata nak bawa Josh dengan Min pergi cucuk vaksin. Josh tu sangat kurus , terasa tulang-tulang tersembul sana sini, mama kata tengok seminggu ni..ada tak perubahan , harap gemuk lah josh lepas ni.
Tapi bila dah ada 2 ekor kucing ni, ayah kata dah susah la nak gi berjalan , kalau balik kampung kenalah angkut dua kucing sekali.
Josh sekarang ni mama bagi ikan rebus jer..josh ni boleh tahan cargasnye...bila mama kami tengah buat kerja kat ofis kecik tu, josh gi panjat peha, pastu siap panjat meja dan bergolek atas laptop...Min pulak lain sikit perangainya..tak suka dipegang dan dibelai.
Harap jangan lah bila Josh dah cantik comel nanti, tuan asalnya datang minta balik pulak. mama kata kalaulah tuan dia minta balik, mama nak suruh dia bayar semua duit vet, belanja besarkan josh ni...tapi harap jangan lah...nanti dah sayang, camne nak kasi balik kan.
Itu je la cerita hari ni. Malam ni abang besar ada program kat sekolah , ada makan malam dan persembahan kat sekolah.
Dan esok adalah hari mendebarkan untuk abang besar, esok result UPSR keluar...habislah malam ni abang tak dapat tido.
No comments:
Post a Comment