Esok 1 Muharam 1435
Alhamdulillah kami sekeluarga dapat solat Maghrib berjemaah tadi dan kemudian kami sama-sama baca doa awal tahun dan diikuti bacaan Yassin. Bacaan Yassin agak turbo sikit , ye lah abang zahin kan dah expert baca yassin, setiap hari jumaat baca yassin , tu yang bacaan pun turbo tu.
Kami juga sama-sama berdoa agar sempena tahun baru ni, kehidupan kami sekeluarga akan bertambah baik, firma mama kami bertambah maju ..Amin.
Hari ni juga menandakan tahun ke 5, Maksu Annie tinggal kan kami semua. Walaupun dah 5 tahun tapi bagi kami rasa rindu pada Maksu masih sama dan tak pernah kurang, Mama dan mak-mak saudara kami yang lain masih pakai kata-kata Maksu yang pelat tu , contohnya nasi lemak disebut "titi lemak", terima kasih disebut " Ceh" , isi minyak kereta disebut "isi maminyak" .
Al Fatihah untuk Mak Su Annie.
Tadi kami sekolah macam biasa tapi sekolah tadi amatlah lengangnya. kelas im ada 6 aje murid yang hadir, memang sangat lengang, ramai yang sambung cuti sebab hari Selasa nanti kan cuti am sempena Maal Hijrah.
Waktu persekolahan pun tinggal 2 minggu jer lagi, eee tak sabar nak cuti , cuti sekolah kali ni best pasal kami boleh lepak kat rumah , nak pergi berjalan pun macam tak sesuai je pasal sekarang kan musim hujan.
Ok lah sampai sini aje lah, nanti ada mood, kami menulis lagi di sini .
Nanti kami cerita aktiviti weekend kami, kami gi tengok Cerita Thor 2 tu, best memang best pastu gi rumah orang kawin kat Muar , memang terbaik
No comments:
Post a Comment