Wednesday, 23 September 2015

Salam AidilAdha

Image result for salam aidiladha

Assalamualaikum semua,

Esok dah raya haji dan kami terima banyak pesanan-pesanan kat watsap grup yang hari ni sangat afdhal berdoa dari pukul 5.30 petang sampai 11.00 malam..Insya Allah kami akan mendoakan supaya kami semua ditetapkan aqidah.

Raya Haji kali ni serentak dengan cuti sekolah seminggu, kami tak dapat nak gi jalan mana-mana sebab ayah kerja, tapi ayah kata nak bawa kami jalan-jalan hari Jumaat nanti.
Kami akan beraya di jasin sampai hari sabtu pastu balik jelebu sekejap untuk majlis birthday icha dan yaya.

Tapi semalam dapat juga kami berjalan-jalan walaupun bukan ke destinasi kegemaran....kebetulan maktok ada appointment klinik tulang, habis jer physio, maktok ajak kami semua gi Nilai 3.

Maktok belanja makan tengahari kat Restoran belakang Hospital Colombia tu pastu gerak lah ke Nilai 3.

Wa..happy betul maktok dapat jalan-jalan dan shopping-shopping, macam-macam maktok beli, semuanya barang dapur yang corak-corak english tu..vintage mama kata.

Nasib baik mama kami tak minat benda-benda vintage tu, boring pulak tengok semua ada corak bunga ros merah macam ni..

Image result for perhiasan rumah style english

Macam-macam maktok beli semalam, semua ada corak-corak macam dalam gambar google ni, termasuk lah bekas kuih walaupun tahun depan baru boleh guna, happy betul maktok.

Kami pun layan aje la walaupun letih tapi dapat juga upah aiskrim,kihkih

Petang tu dalam pukul 4 lebih kami semua balik jelebu pulak hantar maktok...dalam perjalanan hujan turun lebat betul sampai tak nampak jalan.

Lepas minum milo dengan makan karipap panas dan juga lepas solat asar, kami pun gerak balik seremban, dah agak gelap jugak masa tu, hampir pukul 6.

Tengah mama kami drive, tetiba keta 5 keluar warning "Coolant temperature" pastu aircon terus tak sejuk, mama dah rasa tak sedap hati terus suruh kami message ayah, dalam pada tu mama ternampak rupanya temperature kereta 5 dah maximun naiknya, merah terus lampu warning dia.

Oh Nooo!!..no choise terus parking tepi jalan..dan call ayah

Dan mendapatla kami tersadai kat tepi jalan sampai maghrib. nasib baik kat Tembun jer...kalau kat sungai Terip??..mama  kata ada orang cerita kat sungai terip bila tengah malam pukul 2 atau 3 pagi camtu, semua makhluk ada, sebut jer, semuanya ada, pocong, pontianak, semua ada..hahaha.

Adoi..keta 5 dah buat hal lagi.

Doakan perjalanan kami balik ke jasin hari ni selamat ye dan keta 5 tak buat hal, ayah kata kena hantar bengkel jugak sebab air dalam tangki kering kontang ..tapi tank dah tukar yang baru, entah lah mana la kami tau semua tu.

Ok lah..nanti kami bercerita lagi.

Moga-moga Tok Mat kami yang berada di tanah suci sekarang ni memperolehi Haji yang mabrur. Ameen Ya Rabbal allameen

-3 boys -

Thursday, 17 September 2015

Pengalaman menyaksikan perbarisan hari Merdeka

As salamualaikum semua,

Alamak lamanya nak bercerita pasal pengalaman kami ni..sambutan Hari Malaysia pun dah lepas.. apa nak dikatakan ..sibuk teramat.

Sebenarnya orang lain dah setiap tahun tengok perbarisan hari Merdeka, dah tak heran pun
Kami ni jer baru terhegeh-hegeh tengok perbarisan, tu yang kagum tak ingat tu.

Alkisahnya abang besar kami masuk perbarisan.
Asyiklah latihan berkawat tak sudah-sudah , pastu full dress rehearsal la apa la
Abang sibuk la cerita ada ramai askar buat stunt , dengan tembakan meriam lagi..lagi la rasa teringin nak tengok perbarisan.

Cuti hari merdeka tu jatuh pada hari isnin, jadi lama la cuti hujung minggu tu. Kebetulan makjah dah book 4 bilik untuk 2 malam kat Thistle PD.

Azri pulak ambik keputusan untuk bermalam di PD , nak spent time dengan kazen kesayangan dia la..sapa lagi kalau bukan Iman kan.

Maka hanya kami berempat saja yang tinggal untuk tengok perbarisan.

Pagi Isnin tu kami bangun tersangatla awal, mama siap buat bekal sandwich, air milo dengan nescafe
Pukul 6.50 pagi keluar rumah, dropkan abang kat depan depan Perkeso sebab kawan-kawan abang semua dah berkumpul depan kuil..pastu ayah terus cari parking.

Parking jauh la jugak ....kat taman yang selalu kami gi jogging tu..lepas tu mama sibuk gesa-gesa suruh cepat, ayah kami pulak buat relax jer, ayah kata awal lagi ni, kita gi minum-minum dulu.
Mama kata mana boleh , kena cari tempat duduk dulu baru boleh minum.

Last-last ayah malas nak bertekak, jom la jalan gi padang MPS cari tempat duduk.



Tempat parking kereta kat taman tasik dah jadi macam battle field, semua kereta army ada, kereta tank ada, jip , kereta meriam pun ada. 

Pastu ada khemah besar, mungkin tentera-tentera tu tido kat situ jer kot



Jalan ni ditutup, lengang x de kereta pastu ramai pulak jumpa askar-askar.

Sampai jer kat padang MPS , tengok-tengok orang dah ramai...dah tak de tempat duduk kosong, camne ni?

Nasib baik ayah ternampak ada tempat kosong di celah-celah orang ramai, muat la untuk kami bertiga..nasib baik juga azri takde, kalau tidak confirm dia nak gi tandas , nak kencing, mana nak cari tandas?



Orang dah memenuhi tempat duduk



Padang pun dah mula penuh dengan peserta-peserta perbarisan, abang besar mesti ada di tengah-tengah orang ramai tu.

Dah dapat tempat duduk selesa-selesa, baru la boleh makan....kami sarapan kat situ aje..nasib baik tempat kami duduk tu tak kena cahaya matahari, hari pun redup jer pagi tu.

Tak lama lepas tu, pancaragam tentera pun berbaris dan diikuti dengan perbarisan tentera-tentera pakai baju melayu putih tu..waa dah nak stat la upacaranya.



Lama juga la kami duduk menunggu lepas tu, tunggu VIP-VIP sampai dulu, lepas satu kereta mewah, satu kereta mewah sampai.

MB sampai dulu, diikuti oleh Undang yang empat, Tuanku Besar Tampin, Undang Rembau, Sungai Ujong .  bising betul bunyi siren polis.

Last sekali baru la kereta yang terlajak mewah ni sampai, Yam Tuan Besar dah sampai.



Ayah kami kata ni kereta Roll Royce..cantik betul keta ni, dapat la kami tengok YamTuan Besar dengan Permaisurinya secara langsung, walaupun jauh tapi kami ada binacular, jelas penglihatan.

Tak lama lepas tu bermula la upacaranya..ada ucapan-ucapan ringkas dulu, pastu ada tarian budak2 sekolah. best la.

Ada baca ikrar diikuti dengan tembakan meriam, tersentak-sentak jadinya sebab tembakan meriam tu memang kuat giler

Pastu tiba lah acara yang kami tunggu-tunggu...persembahan oleh abang-abang dan kakak-kakak askar yang ramai-ramai tu..ada lebih dari seribu orang.




Memang syok la tengok show askar-askar ini..sama jer pergerakan mereka.

Pastu ada juga kejutan tu, seribu lebih orang ni lepaskan tembakan rifle masing-masing ke udara serentak pastu dengan tembakan meriam lagi...berdegung kejap telinga, jadi pekak sesaat..hahaha

Memang teruja sungguh tengok show ni.

Lepas tu baru la mula perbarisan...ada lebih daripada 100 kontijen yang berbaris, sure lambat ni.

Nasib baik kontijen sekolah abang adalah kontijen no 3 dalam perbarisan, tak lama nak tunggu habis
Kami ni teruja nak tunggu abang ni.

Mama dan ayah pun dah ready dengan camera masing-masing , nak capture gambar abang kami ni.

Jeng..jeng..jeng..





Nampak tak abang besar kami?

Sapa nampak memang mata belalang, tajam penglihatan sebab abang besar kami menyorok disebalik bendera..malu ke?...kihkihkih

Selepas tu kami tengok aje la kontijen-kontijen lain, ada yang seragam , ada yang berjalan macam gi pasar , ada satu makcik tu siap pakai payung lagi semasa berarak..ayoo puteri lilin la sangat.

Lama juga kami tunggu sampai giliran perarakan yang kami nanti-nantikan.




Nampak benar kami ni memang sukakan askar...sebab ni yang kami tunggu-tunggu.

Tak lama lepas tu selesai sudah perarakan hari kebangsaan..pehh.memang best dan ayah kami terus mengistiharkan bahawa ini akan jadi acara tahunan kami sekeluarga...yeaaaaaa. 



Perbarisan penutup.. Yam Tuan Besar nak balik ke Istana, nampak tak Yam Tuan Besar bawah payung kuning tu?.

Lepas tu kami pun bersurai...cepat-cepat gerak sebelum terperangkap dalam ribuan orang, gerak ke Seremban Prima dan cari tempat untuk minum -minum dan tunggu abang besar kat sana.


Muka letih budak baju merah yang beratur berjam-jam tengah padang , bawah cahaya matahari, nasib baik tak terik sangat.

Pastu kami pun sama-sama menapak la beribu-ribu langkah ke tempat parking yang jauh giler tu..adoi la ngapa ayah parking jauh benar.

Apa-apa pun memang sangat seronok la, balik tu asyik tengok video dengan gambar-gambar aje, tunggu azri balik dari PD pastu tengok gambar-gambar dengan video sama-sama dengan maktom sekali.

Best!!

-3 boys -

Tuesday, 8 September 2015

UPSR 2015..Good Luck kazen

Salam Hari Selasa.

Hari ini bermula lah UPSR bagi tahun 2015.

Kazen kami kak syirah sedang menempuh kertas pertama pada hari ini. Good luck kazen

Kesian kak syirah, harap dapat menjawap semua soalan dengan baik.
Mama kata kak syirah tak sihat, maklong bawa kak syirah gi klinik malam tadi sebab muntah-muntah dan demam. 

Wa bahayanya bila nak peksa besar macam ni kita sakit pulak..tu pasal mama kata kena jaga kesihatan dan jangan stress.

Mungkin kak syirah stress.
Sekolah dia asyik buat latihan pecutan tak sudah-sudah
Kelas sampai ke petang
Makan lunch ntah-ntah tak berjaga ..tu pasal jadi gastrik, masuk angin.

Teringat abang besar masa Tahun 6 dulu, kelas tambahan anjak sampai ke petang pastu lunch dah lambat
Akibatnya abang besar sampai ke hari ini menghidap gastrik
Pantang salah sikit, gastrik mesti datang.

Tadi maklong beritahu kak syirah sakit perut, tak dapat habiskan jawapan kertas BMnya..alahai kesiannya 
Takpe la kak syirah, UPSR ni hanya satu permulaan..boleh cuba yang terbaik untuk peperiksaan-peperiksaan yang lain. Macam abang besar, dapat 4A jer...alhamdulillah dapat rezeki masuk KGV menengah , kena la usaha untuk capai kejayaan dalam PT3. ayah kata bukan  mudah nak masuk Kgv, jangan sia-sia kan.

Hari ni juga azri bercuti gantian sebab bilik kelas digunakan. bang im pula sekolah dan ada ujian lisan UPKK  masa kafa.

Hari ni azri temankan mama hantar josh gi klinik haiwan kesayangan kat Jabatan Haiwan...josh kena selsema teruk , bersin pun keluar darah. hari ni kena injektion dos ke 2 antibiotik, harap josh sihat.

Tadi masa kat klinik , mama dan azri sama-sama terkejut....sampai jer kat klinik tengok takde orang, mama terus isi borang, tetiba terdengar suara orang dari dalam bilik rawatan kucing "...ala..sayang-sayang..ala sayang-sayang" ...mama pun ingat mesti kat dalam bilik rawatan tu ada kucing parsi bulu kembang macam si Brownies sedang dirawat...tiba-tiba..

Pintu bilik rawatan dibuka....ternganga mama terkejut..sebab ada satu makcik tengah dokong seekor monyet ..spesis macam Khairi. ala monyet yang tokbah pernah bela tu...ni ha

Image result for monyet

Siap pakai pamper lagi!!

Pastu monyet siap muka dia ketakutan..terbuntang matanya pandang mama ..pastu makcik tu kata " ala.sakit ye..kesian, sakit ye"...rupanya kena cucuk vaksin.

Ada juga orang bela monyet jadi pet ....mama pulak rasa bersalah sebab siap mulut ternganga pandang makcik tu...sori la makcik ..mama saya tak de niat apa-apa..terkezutt ajer.

Jap lagi nak jemput bang im dari kafa dan jemput ayah kat Terminal 1..hari ni ayah hantar keta 5 repair kat bengkel di Melaka..buat hal lagi keta 5 kami tu. kesian kat ayah, banyak betul belanja melayan kerenah keta 5 kami tu.

Itu aje la cerita hari ni.

Nanti kami nak cerita pengalaman pertama kami tengok perbarisan hari merdeka...perhh tak sangka sungguh menyeronokkan..

Tungguuuuu..

-3 boys -

Friday, 21 August 2015

Orang Doha balik bercuti

Yahoo, ahli kelab kami dah lengkap.


Makjah sekeluarga balik bercuti dan selamat tiba ke tanahair pada hari jumaat minggu lepas. Terpaksa la kami pulang kan keta wahab yang banyak berjasa tu kepada tuannya.

Makjah sampai jumaat pagi 14/8/2015...makjah berlima sahaja tanpa uncle shahril, uncle sharil tak dapat cuti.

Dari airpot makjah naik van sewa terus ke rumah maktom, makjah bawak balik satu Doha punya barang-barang, tau la makjah kami tu , beli banyak adalah satu kewajipan..hihi.

Jadi tugas mama kami la hantar keta itam makjah gi rumah maktom kat Bukit Jelutong, ni first time mama kami drive ke Bukit Jelutong, biasa ayah yang drive dan tau-tau dah sampai aje, ha sekarang kena la drive sendiri.

Maka hari jumaat tu selepas kami selesai solat jumaat, mama jemput kami dari masjid dan terus la ke Bukit Jelutong berbekalkan google maps. Mama pesan siap-siap kat kami tolong bagi direction , takut sesat.

Alhamdulillah selamat sampai, laa senang je nak gi rumah maktom rupanya.

Sampai jer kami disambut oleh makjah dan maktom dengan riang.

Masuk jer rumah...


Ha ambik ..satu Doha makjah bawak balik....macam-macam ada, lampu Turki, coklat-coklat, manisan , jubah-jubah.....paling best tentunya coklat Patchi...terbaik 

Petang ni kami lepak-lepak aje kat rumah maktom, minum-minum dan makan coklat.

Pastu mak tom, makjah dan mama masak nasi ayam, masak ikut style maktom, maktomnya style, ayamnya dibakar ..sedapp sangat, kalah Ayamas.

Selain daripada masak-masak, kerja mama kami tak lain menggentel Brownies, tak sangka brownies dah sangat besar, kejap jer besarnya. Biasala kucing mahal kan, maktom beli dengan harga RM800 lebih, kecik jer masa tu.


Meh tengok saiz brownies, dia ni baby lagi tau, baru umur 7 bulan, kalau dah umur setahun mesti lagi besar kan.

Selain dari tu , mama kami pun ralit menggentel anak saudara baru, lahir kat Doha 


Makjah adalah orang yang suka kan cabaran, pernah daki Gunung Kinabalu , join ekspedisi Taman Negara, jalan-jalan berseorangan di Korea dan cabaran terkini adalah beranak di negara orang, wow!!

Tapi makjah kata kat Doha segalanya terjaga, makanan halal 100% terjamin, minuman keras memang tak de langsung kat sana, daging bab pun takde, jadi orang bukan muslim pun makan daging halal jugak.

Makjah cerita jiran dia orang Itali, dapat tahu makjah dah beranak, sibuk nak masakkan lasagna untuk makjah, makjah dah cuak dah, takut dia masak daging bab dan letak wine dalam lasagna dia. Makjah beritahu la dia "we are Muslim, No pork, no liquior"..dia kata jangan bimbang kat Doha ni semua daging adalah halal dan wine memang takde, baru la berani makjah makan lasagna orang Itali tu, tapi memang sedap tak terkata lasagna orang Itali..nyummms.

Kat sana ramai orang kaya yang terlalu kaya..sampai beg Coach pun diaorang tak pandang , diaorang pakai hendbeg Dior yang harga RM15 ribu tuh. kira makjah kata dapat la menumpang rasa jadi orang kaya, test drive Audi Q7, window shopping kat mall yang dahsyat-dahsyat.

Punya la best sampai kucing jalanan pun kucing mahal ekor kembang ..siap makjah sempat ambik kucing angkat jenama Parsi. Eh dah melalut pulak, tadi cerita pasal sepupu baru kami, terbabas pulak.

Kami lepak kat rumah maktom sampai ayah balik dari kerja, lepas dinner dan lepas solat kami pun gerak balik ke seremban. Mama kami dapat jubah doha dan tempat sudu Queen Anne..seronok la tu.   

-3 boys -

Friday, 14 August 2015

Pengorbanan seorang anak

Salam Hari Jumaat,

Hari Ahad minggu lepas , kami semua bangun jam 4.30 pagi
Hantar abang jemil ke airport, balik sambung belajar kat Sydney, Australia.

Bang Jemil ni kazen kami, anak ketiga arwah ayah lang.

Abang jemil sebenarnya belum selesai buat Master, tapi disebabkan ayah lang sakit , bang mil berkorban balik cuti panjang untuk jaga ayah lang.

Sejak mula touch down dulu sampai la 4/7/2015, abg jemil tiada rehat, 24/7 masa dihabiskan dengan menjaga ayah lang sepenuh masa, berulang-alik Melaka-HKL, jaga makan-minum, jaga ubat-ubat, hantar ke klinik jika ayah lang sakit .

Begitu la sampai ayah lang kembali kepada Penciptanya 17 Ramadhan lepas.

Sampai MARA tak mau dah sambung , abg mil hantar surat rayuan untuk melanjutkan cuti, elaun pun diberhentikan , tapi pesan ayahlang pada bang mil untuk selesaikan Master ni sampai habis..walaupun bang mil kata dah tak de hati nak ke sana. ye la sapa nak jaga adik-adik kat rumah kan?

Demi wasiat ayah lang, bang mil terbang ke Sydney dengan tanpa elaun tambahan.

Dan kami sebagai sepupu hanya mampu memberikan sokongan moral dengan sama-sama menghantar bang mil terbang ke Australia subuh-subuh sepie.

Malam tu bang mil tidur kat rumah kami, bang mil kata nanti kat sana bang mil belum ada tempat tinggal, tumpang tido rumah kawan-kawan ajela sampai cukup duit untuk sewa bilik, mama kata sewa bilik kat Australia sangat mahal. kesian pulak kat bang mil.

Pagi ahad tu tepat pukul 5.20 pagi, kami semua bertolak ke airport, naik keta itam makjah yang sangat berjasa tu.

Singgah R & R Seremban untuk solat, seronok pulak rasanya solat subuh kat tempat lain , sejuk nyaman je rasa.

Sampai airpot, tengok ramainya orang, banyak juga flight pagi kan..sambil tunggu bang mil beratur panjang dropkan beg, kami gi Mc Donald minum-minum.

Terus teringat kenangan lalu, dulu masa bang mil mula-mula gi Australia, kami ramai-ramai makan lepak kat MC Donald tu la, masa tu Ayahlang ada, Makcik, Kak Sya, kak lisya, bang ham, ramai la yang ada, minum, borak dan ambik gambar ramai-ramai.

Terasa sayu la pulak, bang mil lagi la rasa sedih kan, dulu semua ada, ayah lang ada, tapi sekarang kami sekeluarga jer yang ada, ayah lang pun dah tak de sampai bila-bila.



Makan bubur ayam Mc D jer.

Minum dan lepak sampai bang mil join meja kami dan minum sekali .

Dalam pukul 8 camtu , bang mil pun nak masuk gate .


Bang Mil yang pakai t shirt grey tu,

Beratur tak pandang kiri-kanan, mungkin rasa sayu kot, dulu sebelum beratur kat sini, boleh peluk-peluk, cium-cium ayah lang, sekarang tak de sapa nak dipeluk..kami pulak yang rasa sayu.

Kami pun berjalan ke Anjung Tinjau sampailah bang mil hilang dari pandangan.

Harap bang mil berjaya teruskan pengajian sampai dapat Master.

Lepas tu kami gi kedai coklat la, acara wajib, beli coklat sebelum balik.

Mengantuk nya , dalam perjalanan balik, semua tido termasuk mama, ayah mana boleh tido, sapa nak bawa keta kan..hihi kesian ayah.

Begitu la pengorbanan seorang anak, semoga wasiat ayah lang dapat dipenuhi dengan sempurna. 
Kami pun sentiasa doakan bang mil dipermudahkan segala urusan kat sana.

Ayah kata kalau ada rezeki, boleh kami sekeluarga melawat Sydney, nanti bang mil boleh jadi tour guide..best kan 

Ok, nanti kami bercerita lagi

  
-3 boys -