Saturday, 31 May 2014

Cepatlah sembuh Tokbah

Assalamualaikum,

Sudah satu minggu cuti sekolah, plan kami nak join kazen-kazen lepak kat Port Dickson pastu hari Ahad nanti pergi kenduri kahwin kazen mama kami.

Itu hanya plan, jadi atau tidak plan tu semua Allah yang tentukan.

Sepanjang minggu ni, kami memang agak sibuk sikit.

Hari Isnin, maktok dan tokbah datang rumah B Kelana..maka malam tu kami makan malam ramai-ramai dengan mak tok dan tokbah, mama masak nasi safron..ayah join kami makan lambat sikit, pukul 9 malam baru ayah sampai.

Esoknya kami lepak kat rumah je, ayah tak gi ofis, kerja di rumah tapi sangat sibut, mama kata badan ayah aje ada kat rumah tapi fikiran semua sibuk kat ofis..ada tapi macam tak ada, kami bertiga melayan diri sendiri aje la hari Selasa tu, mama pulak pergi rumah b kelana nak tolong maktok buat apa-apa.

Hari Rabu, kami dengan mama balik jelebu, mama keluar ke pekan sepanjang hari dengan maktok uruskan hal-hal bank maktok, kami lepak kat rumah jer main game..tokbah sihat jer..ajak kami makan, ajak kami minum..kami perasan tokbah banyak duduk jer.

Hari khamis malam, ayah kami balik lambat, pukul 9 lebih baru sampai rumah, kami dah makan malam dulu.

Mama teman kan ayah makan, selesai je makan tiba-tiba maktok call...maktok nangis-nangis kata tokbah kena stroke suruh kami balik jelebu cepat..mama suruh maktok call ambulan dulu...pastu kelamkabut la mama kami siap-siap..ayah pun cepat-cepat mandi..kesian ayah baru balik dari kerja.

Packing lebih kurang..mesti kena tidur sana kan...terus bertolak balik jelebu. Masing-masing diam je dalam kereta..semua risau takut jadi apa-apa kat tokbah. 

Dalam perjalanan mama call maktok lagi, maktok kata ambulan dah datang dan dah bawa tokbah gi hospital...kami pun terus ke hospital.

Sampai hospital, tengok maktok tunggu kat luar dengan kazen mama...mama masuk tengok tokbah, mama kata sedih tengok tokbah, tokbah dah tak sedar, bernafas pakai tiub masuk dalam mulut.

Nasib baik doktor yang bertugas malam tu anak saudara mama, anak kepada kazen mama yang teman maktok kat luar tu. Doktor tu kata malam ni kena hantar ke hospital seremban, tengah tunggu ambulan. 

Keadaan tokbah kritikal sekarang ni. 

Dalam pada menunggu tu, semua adik-beradik mama yang lain semua dah bertolak balik, mama suruh maklong, makjah, maklit dan maktom tunggu kat seremban jer.

Tepat pukul 12 malam ambulan pun bertolak ke hospital seremban, maktok ikut kereta ayah , kami ikut ambulan dari belakang. Dalam ambulan ada 2 orang HA dan seorang doktor ikut sekali. 

First time ikut belakang ambulan, macam nak terbang kereta ayah bawa  nak kejar ambulan tu, laju giler ambulan tu.

Sampai hospital, tengok maklit dah tunggu, tokbah terus masuk dalam bahagian zon merah, zon kritikal..kami risau sangat sebab hari rabu hari tu, tokbah sihat jer cuma komplem penat je.

Kami semua tunggu kat situ sampai pukul 2 pagi, pelik pulak tak mengantuk..lepas tu mama suruh kami dengan ayah balik rumah dulu.

Mama, makjah dan maktom tunggu tokbah, maktok pun disuruh balik rehat.

Pukul 2 lebih, kami semua balik rumah, sampai rumah, rasa lapar la pulak, minum air pastu terus tidur tak sedarkan diri, pukul 3 pagi dah masa tu.

Mama cerita tokbah pindah masukkan dalam wad pukul 3.40 pagi, sepatutnya tokbah masuk ICU tapi katil ICU penuh, terpaksa masukkan dalam wad jer. tokbah dikomakan dan nafas pakai mesin.

Hampir masuk subuh baru mama, makjah dan maktom balik.

Sekarang tokbah masih di CCU hospital Seremban..tolong doakan tokbah kami semoga cepat sembuh.

Kami perlukan tokbah...tokbah selalu beli macam-macam setiap kali kami balik jelebu atau pergi rumah b kelana.

Ya Allah..sembuhkan lah tokbah.

-3 boys -

Monday, 26 May 2014

Cuti panjang dah bermula

Salam Hari Isnin,

Hari ni bermula cuti panjang 3 minggu untuk Im dan Azri.


Abang besar pulak sekolah hari ni..paper terakhir abang adalah Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni.

Sebenarnya semalam ada orang berharap hari ni cuti..cuti sempena kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas.. Malangnya setelah menunggu dan berjaga sehingga pukul 11.30 malam, dengan tak prepare apa pun untuk peksa esok dan dengan tak siapkan beg pun....Malaysia kalah!!!!

Hahaha.....tidur lah abang malam tadi dalam kekecewaan.

Pagi tadi abang sorang aje kena bangun pagi-pagi .mandi dan pergi sekolah.

Periksa tadi pun separuh hati jer...asyik ingat cuti jer. 

Esok , Negeri Sembilan ada cuti umum, Israj dan Mikraj tapi ayah kami kerja..

Maknanye tak leh kemana-mana la....duduk rumah aje la.

Tapi takpe, walaupun nampak gayanya cuti 3 minggu ni kami tak kemana-mana sebab ayah sibuk, ayah dah bawa kami tengok wayang 2 weekend berturut-turut...semua tengok yang 3D punya , best kebaboom.

Last weekend kami tengok Godzilla.


Best, memang best..walaupun ayah kata budak opis dia kata macam cerita ultraman tapi apa kami kisah.

Yang penting memang best ler.

Tapi herannya godzilla kali ni jadi baik la pulak, penyelamat dunia lagi. paling best tu siap bole keluarkan api lagi....sah le memang macam cerita ultraman...hahaha.

Asalkan best sudah...3D dia pun cantik , CGI dia pun ok. puas hati lah.

Sabtu lepas ayah bawa kami tengok X-Men pulak.



Yang ini pun best jugak....3D dia pun mengancam.

Bulan ni kami rasa paling banyak movie yang best-best....sampai la nak bulan puasa nanti.

Ada beberapa juga yang kami tunggu..yang paling tak sabar nak tunggu , pastinya Transformer ..Age of Extinction..tengok trailer dia..buat tak sabar jer.


Ok dah petang pun ni..jap lagi macam biasa mama kami akan buatkan kami Milo ais, kalau nasib baik mama benarkan, kami boleh up grade jadi Milo tabur .hihihi

Malam nanti kami dinner kat rumah maktok kat b.kelana..hari ni mama masak nasi safron, makan dengan ayam masak merah dan kari ayam.

Ok tu aje.
-3 boys -

Friday, 23 May 2014

Long school break is around the corner

Assalamualaikum ,

Happy Friday, it English Speaking Day again.


This year we will having a long mid term break.. normally it school holiday for 2 weeks but this year school holiday will be for 2 1/2 weeks . School holiday will officially started next Wednesday but for us in Negeri Sembilan, holiday will be started on Tuesday as it is public holiday for Israj & Mikraj .

BUT for im and azri. today is last day school!!!!!

This Sunday SK KGV will be having Hari Kantin ..so the school decided to gave all students and teachers one day off on Monday so it means today is our last day school..yea beda bedu.

But for abang zahin, he has to go to school on Monday..so he has to wake up very early on monday ..go to school and sits for his last paper on Monday..ooo so pity..

Currently we don't have any plan for school holiday...every weekend we have to go to kenduri, wedding invitation and what not . Ayah said maybe he will try to squeeze some time and we all will go to makjah hotel in Kuantan....our keropok stock in the house had been running out for so long so we have to buy a lot of keropok during our visit to Kuantan.

For the rest of the break, we will staying at home having good time ....mama is now busy with her "puasa ganti", she have 5 more days to ganti. We hope she can finish all the puasa debts during the break and can start baking something for us.

We miss her choc fudge brownies..since mama works on her own, she so busy until she have no time to bake any cakes or breads for us...so mama please make us some cakes and breads during the holiday will you?

Staying at home will make us hungry all the time and mama have to cook more for us..hahhaha..we love you mama..hihihi.

We know mama will be very busy taking care of three of us and also three cats ...


Josh...our cat of the house..ayah said Josh is mama's blue eyes cat...she love josh more than the two other cats..Min and Citam.


Mama deny , mama told us that she love all the cats equally ...Min is not so friendly, Min will resist every time mama want to cuddle her..just like citam.

But Josh, he love being cuddles and he love to eat to...he ate around the clock..Josh is now bigger than Min. 


Josh..when we first met him.

That all for today.

Bye

-3 boys -

Tuesday, 20 May 2014

Ole Ole dari Jepun

Bulan lepas Makjah pergi Jepun

Ada conference untuk doktor-doktor mata sedunia.

Makjah ke sana masa dunia tengah panas dengan kisah hilangnya MH 370...jadi Makjah kata tak dapat melelapkan mata sepanjang perjalanan ke Jepun, takut punya pasal.

Alhamdulillah Makjah selamat pergi dan selamat kembali.

Kalau jadi apa-apa , makjah kata satu Malaysia dah tak de doktor pakar mata dah..makjah kata satu kapal tu penuh dengan doktor-doktor pakar mata seluruh Malaysia. Alhamdulillah semua selamat.

Nasib Makjah baik, masa conference berlangsung, kebetulan kat Jepun tengah musim cherry blossom, makjah pun hantar berpuluh-puluh gambar cherry blossom, cantik betul!!!





Ni semua gambar google, semua gambar-gambar ada dalam folder wassap mama..macam biasa lah mama tak pandai transfer ke dalam laptop..hihihi.

Gambar-gambar yang Makjah bagi semua macam ni la...cantik-cantik ..sangat kalerfulnya.

Makjah pun ada pergi Gunung Fuji..gambar-gambar lagi cantik giler....siap ada gambar guling-guling dalam salji. pehhhh



Gambar google lagi....gambar yang betul memang ada dalam hp mama, betul!! kami tak tipu..

Makjah pergi Jepun tu dalam 8 hari...makjah kata conference nya pack jugak, hari-hari ada ...tapi ada la 2 hari free kot, tu yang makjah dengan kawan-kawan doktornya dia sempat ke sana-ke mari naik train kat Jepun tu.

Satu lagi gambar yang Makjah banyak share adalah gambar toilet!!

Nampaknya Makjah tersangat kagum dengan toilet orang Jepun, sangat bersih, sangat canggih dan high-tech....dan banyak butang.

Makjah kata siap leka dalam toilet main-main dengan  butang tandas tu...semua arahan adalah dalam bahasa Jepun, tulisan pun tulisan jepun...so bantai aje la tekan mana suka..nasib baik tak rosak jamban orang.

Makjah balik ke Malaysia bawa balik banyak ole-ole dari Jepun.

Ada sapa-sapa pernah rasa Kit Kat rasa cili?

Atau rasa Wasabi? 

Makjah kata tu Kit Kat tu special edition ..hanya ada di Jepun ajer.


KitKat rasa cili yang wrapper kecik kaler merah tu...pedas weiii..



KitKat bunga sakura pun adoo..

Yang paling mama kami suka, yang drip coffee tu..sedap ..macam rasa kopi mahal...yang tu mama kami minum sikit-sikit ..sayang.

Jauh sangat kalau nak beli lagi.

Selain daripada yang ada dalam gambar ni....ada banyak biskut-biskut jepun dan seaweeds..kuih koci jepun pun ada..harap halal la semuanya..kalau baca bahan-bahan dalam tu, tak nampak pulak bahan-bahan yang dikhuatiri halalnya..maka kami yakin selamat dimakan..halal toyibban..

Bila kami dapat ke sana pulak??

Mama kata kat sana amat mahal..nak ke sana kena ada duit banyak ribu.

Mama kami kata kalau nak sangat tengok Jepun, jom melancung dengan uncle Meng aje la..baca lah blog uncle Meng sampai khatam.

Bye..

-3 boys -

Sunday, 18 May 2014

Jalan jalan minum teh

As salam semua,

Sambung cerita jalan-jalan CH...

Kami ke ladang teh Boh yang terkenal tu, yang ada scene cerita Ombak Rindu tu.

Mama memang rancang nak beli teh banyak-banyak jadi pergi ke sana adalah wajib.


Masuk je simpang ke ladang teh tu , kami menempuh jalan yang sangat sempit, muat lalu satu kereta jer...kalau selisih dengan kereta lain, ayah kena stop , reverse sikit dan bagi laluan kereta arah lawan tu .

Yang buat gerun tu jalan tu dah le sempit pastu betul-betul kat lereng curam bukit tinggi...tak dapat bayangkan kalau jatuh dalam tu..huhuhu.




Jauh jugak la nak sampai ke tempat minum yang cantik tu ..dalam 6 km jaraknya.


Tapi tak terasa jauh perjalanan sebab terpesona dengan permandangan yang cantik-cantik. Cuaca pulak sedang elok sangat, tak panas dan tak sejuk sangat ..kira sedap la mata memandang.

Gambar-gambar lagi....



Teringin nak berhenti tepi jalan , ambik gambar celah-celah pokok teh tapi bahu jalan sempit sangat..takut la nanti kereta lain terlanggar kereta kami pulak.

Maaf la kalau kami ni terover pulak excited..maklum lah ni first time baru nak sampai sini....orang lain yang berkurun dah sampai sini..huhu.

Tak lama lepas tu baru la sampai, kat sana baru ternampak satu signboard. signboard tu kata waktu lawatan tamat pukul 4.30 pm...alamak..kami sampai je dah pukul 4 suku masa tu..sempat ke??

Cepat-cepat kami berjalan ke sana... restoren tu kat atas bukit, kita kena jalan ikut track yang disediakan ....curam jugak mendaki bukit..minta nyawa la jugak...


Tu nampak tak tempat yang nak di tuju?, bilik kaca yang tergantung tu..nun jauh ke atas tu.

Tapi seronok ...jalan kat celah-celah pokok teh pastu nampak la pekerja dia tengah petik daun teh, kumpulkan dan masuk dalam karung. 



Pekerja-pekerja tengah petik dauh teh....kebanyakan pekerja adalah dari negeri India.


Ni la rupa parasnya dauh teh tu..macam daun biasa jer...tak sangka boleh jadi minuman yang sedap.

Setelah berpeluh-peluh mendaki, kami pun sampai kat atas..masa tu tak tengok jam pun, rasanya dah lebih 4.30 dah tapi orang masih ramai lagi..maka kami terus aje la lawatan.

Tempat yang dituju ialah kedai jual teh, mama pun macam gila la ambik berbagai teh..nak bagi makcik dan maktok...ingat kan harga teh kat sini murah..hihihi rupanya lebih mahal dari Giant, Family store kat tempat kami sendiri.

Kami beli jugak t shirt boh sorang satu...abang dan mama tak nak t-shirt so beli 3 aje lah...3 helai t-shirt ni pun dah dekat RM80 harganya...mahal le jugak.

Dah siap beli semua, kami ke restoran kaca tergantung tadi, minum teh dan kek butter. walaupun kami order teh tarik aje tapi teh tarik tu rasanya tersangatla umppphh nye..sodappp..

Masa minum kat sini kami nampak ada satu group mat saleh tu minum dengan satu family india..yang perempuan india tu pakai t shirt kecik, pastu bila dia duduk sebahagian p*ngg*ng /b*nt*t  dia nampak dengan jelasnya...Adoii!! mama kata..buat kembang tekak jer.

Yang kelakar nya yang minah saleh lawa-lawa tu tak pulak bagi dedah macam tu, yang hitam macam kuali pulak yang bagi tunjuk..cehhhh..#takdeselera..

Selesai minum kami pun turun semula menyusuri jalan tadi..masa turun baru perasan betapa cerun nya bukit tu...gerun la pulak rasanya.

Sampai tempat parking dah pukul 5 lebih..tak terasa lama juga kami habiskan masa kat atas tu. ambik gambar lagi sikit pastu kami pun gerak balik.

Masa balik lagi mencabar ..dah la jalan sempit, berselisih dengan bas lah, dengan lori la, dengan estima la..nasib baik kami selamat sampai ke jalan besar dengan tanpa calar.

Kami terus balik ke seremban lepas tu,

Singgah R & R sungai buloh, solat dan makan malam, sampai seremban pukul 10 lebih macam tu.

Alhamdulillah selamat sampai.

Pada kami ni trip CH yang sangat simple, takde sebiji strawberry yang dibawa balik, namun menyeronokkan dan kami rasa macam nak pergi lagi.

-3 boys -