Monday 26 May 2014

Cuti panjang dah bermula

Salam Hari Isnin,

Hari ni bermula cuti panjang 3 minggu untuk Im dan Azri.


Abang besar pulak sekolah hari ni..paper terakhir abang adalah Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni.

Sebenarnya semalam ada orang berharap hari ni cuti..cuti sempena kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas.. Malangnya setelah menunggu dan berjaga sehingga pukul 11.30 malam, dengan tak prepare apa pun untuk peksa esok dan dengan tak siapkan beg pun....Malaysia kalah!!!!

Hahaha.....tidur lah abang malam tadi dalam kekecewaan.

Pagi tadi abang sorang aje kena bangun pagi-pagi .mandi dan pergi sekolah.

Periksa tadi pun separuh hati jer...asyik ingat cuti jer. 

Esok , Negeri Sembilan ada cuti umum, Israj dan Mikraj tapi ayah kami kerja..

Maknanye tak leh kemana-mana la....duduk rumah aje la.

Tapi takpe, walaupun nampak gayanya cuti 3 minggu ni kami tak kemana-mana sebab ayah sibuk, ayah dah bawa kami tengok wayang 2 weekend berturut-turut...semua tengok yang 3D punya , best kebaboom.

Last weekend kami tengok Godzilla.


Best, memang best..walaupun ayah kata budak opis dia kata macam cerita ultraman tapi apa kami kisah.

Yang penting memang best ler.

Tapi herannya godzilla kali ni jadi baik la pulak, penyelamat dunia lagi. paling best tu siap bole keluarkan api lagi....sah le memang macam cerita ultraman...hahaha.

Asalkan best sudah...3D dia pun cantik , CGI dia pun ok. puas hati lah.

Sabtu lepas ayah bawa kami tengok X-Men pulak.



Yang ini pun best jugak....3D dia pun mengancam.

Bulan ni kami rasa paling banyak movie yang best-best....sampai la nak bulan puasa nanti.

Ada beberapa juga yang kami tunggu..yang paling tak sabar nak tunggu , pastinya Transformer ..Age of Extinction..tengok trailer dia..buat tak sabar jer.


Ok dah petang pun ni..jap lagi macam biasa mama kami akan buatkan kami Milo ais, kalau nasib baik mama benarkan, kami boleh up grade jadi Milo tabur .hihihi

Malam nanti kami dinner kat rumah maktok kat b.kelana..hari ni mama masak nasi safron, makan dengan ayam masak merah dan kari ayam.

Ok tu aje.
-3 boys -

No comments: