Friday, 22 August 2014

Malaysia Berkabung@22 Ogos, 2014

Salam Hari Jumaat,



Hari ini telah diisytiharkan hari berkabung seluruh negara bagi menghormati kepulangan 20 jenazah mangsa MH17. 

 

Mama cerita seluruh malaysia bertafakur tepat jam 10.58 pagi bila tertutupnya pintu van jenazah yang terakhir..bendera juga dikibarkan setengah tiang sebagai tanda bersedih.

Mereka yang terkorban ini diberikan penghormatan negara sebagaimana penghormatan kepada kematian wira negara dan pembesar negara...sesungguhnya mereka ini tidak bersalah..menjadi mangsa pertelingkahan 2 negara yang tak ada kena-mengena langsung dengan negara kita.

Mama cakap mangsa yang pertama iaitu yang bernama Mastura Mustafa tu akan dikebumikan di tanah perkuburan Paroi Seremban..masa mama jemput kami balik dari sekolah tadi, mama bawa kami ke kawasan tanah perkuburan tu.

Kami nampak persiapan rapi telah dibuat...banyak khemah-khemah kat situ, jalan pun dah ditutup..polis dan tentera dah mula memenuhi sekitar kawasan tu. 

Tempat tu pun dah mula jem...kalau ikutkan hati nak je kami duduk kat situ je..nak tengok upacara pengkebumian tu tapi mesti tempat tu jadi sangat sesak.....mama pun tak berani ambik risiko lagipun kami semua ni lapar, belum makan lagi, jadi kami balik rumah tengok kat tv jer.

Jenazah semua sampai dalam keranda dan kalau tak silap mama kata keranda tak dibenarkan dibuka..terus disembahyangkan dan dikebumikan.. itu la ..kawan mama kami cerita, kawan mama kami pergi ke masjid, masa keranda sampai, anak arwah pramugari tu minta sangat-sangat nak tengok muka mama dia, nak peluk, nak cium..tapi tak dibenarkan.

Kawan mama kata budak tu dah nak rentap dah bendera yang tutup keranda mama dia... sedih sangat masa itu ..sebak sangat-sangat.

Tapi mama kata jenazah tu dah sebulan ..tak tau macam mana keadaannya ..kalau dibenarkan mungkin akan datangkan kesan buruk pada anak dia..anak dia baru umur 10 tahun..sebaya je dengan im...mesti dia ingat keadaan mak dia sama macam mana keadaan masa mama dia masih hidup.

Kesian dia, masih terlalu muda untuk hadapi dugaan macam ini.

Kami berharap baki lagi 23 mangsa rakyat malaysia semua dapat dibawa pulang...harap yang enam sekeluarga tu dapat disatukan .sedih sungguh mereka pergi sekaligus semua sekali..tapi ini semua kuasa Allah..Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya.

Cerita raya tak yah sambung la...orang lain berduka, kita tak sepatutnya bersuka ria

-3 boys -

Tuesday, 5 August 2014

Cerita Hari Raya 2014 kami

Salam Selasa  , 9 Syawal.

Sudah pun berlalu cuti raya selama seminggu.

Tahun ni giliran kami beraya di kampung ayah kami , ring village ler.


Kami bertolak balik ke kampung chinchin pada hari Ahad tengahari..perjalanan sangat tenang, jalan tak jem sebab ayah ikut jalan biasa , tak ikut highway,.


Ayah kami kalau balik kampung raya memang suka ikut jalan biasa sebab seronok tengok rumah orang-orang kampung yang sesak dengan anak-anak balik beraya..terasa sangat suasana raya.

Kami singgah di Rembau beli lemang...beli 5 batang lemang kat situ pastu kami singgah pulak kat Kendong , beli 2 batang lemang...kos semua RM70-00 , satu batang lemang harga RM10...boleh lah dari kena bakar sendiri kan. 

Sampai je kat rumah makcik, yang ada hanya makcik dan ayah cik jer...ketupat dan sambal kacang dah siap dimasak....Rendang dan sambal daging pulak sedang mendidih atas dapur.

Mama kami pun tak yah tolong apa pun....relak aje mama kami malam raya tu.

Hidangan berbuka terakhir Ramadhan 1435 malam tu adalah lemang, rendang, ketupat dan kuah kacang...azri dan im tak makan yang lain, makan lemang sahaja ..malam tu kami belah 2 batang lemang..Alhamdulillah lemang-lemang yang dibeli semua sedap dan tidak mengecewakan. 

Malam tu lepas Isyak Makngah anak beranak sampai , makngah, kak cik dan suaminya abang nas dan juga kak nana. tidur kat rumah makcik malam tu ..meriah lah ada ramai orang malam tu..kami lepak main pop pop ajer. tak beli mercun lain pun..harommm.

Pagi esoknya kami bangun awal dan mandi sunat hari raya...pakai baju lawa-lawa dan beramai-ramai berjalan kaki ke masjid chinchin untuk sembahyang raya.

Tahun ni jemaah terlalu ramai ..mama kata mama tersepit masa solat sunat raya.tangan tak boleh letak kat sisi badan ..kena kecikkan badan pastu masa duduk antara dua sujud, seksa kaki kena hempap..sabar je la..solat raya 2 kali je setahun.

Bersambung.....




-3 boys -

Monday, 21 July 2014

Entry ke 4 untuk bulan Julai: Tragedi ke 2

Salam Isnin, 23 Ramadhan 1435H

Entry ke 4 untuk bulan ini.

Cukup membuktikan bahawa betapa malasnya kami menulis diari hidup kami ni.


Lagi 7 hari lagi semua umat islam akan menyambut kedatangan bulan syawal..kami yakin semua telahpun membuat persiapan untuk raya.


Baju-baju raya dah ready, kuih-kuih raya sedang sibuk dibakar dan rumah dah stat di kemas.

Bagi kami, baju raya semua dah setel, kain sampin pun dah beli.

Tema kaler baju raya kali ini adalah hijau ..ikut kaler baju raya mama. 

Mama kami pun sekarang ini sedang sibuk bakar kuih raya...setakat ni dah siap biskut legen mama kami iaitu biskut bintik, cornflakes madu dan semalam , siap dah biskut coklat cip.


Biskut coklat cip tu sedap la pulak mama kami buat kali ni, pagi tadi masa sahur kami kerjakan siap makan celup air milo lagi..habis dah setengah balang..mau tak sempat tunggu raya ni.


Tapi dalam pada kita bergembira buat persiapan raya ni, mama kami pesan supaya kami jangan lupa nasib saudara seislam kami yang lain...yang mungkin sedang menanggung kesedihan dan kedukaan yang amat sangat..Ya..pada tarikh 17/7/2014 yang lalu, satu lagi tragedi telah menimpa negara kita...pesawat MH17 milik MAS yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke KL telah ditembak jatuh dan kesemua 290 penumpang dan anak kapal telah terkorban.

Kami amat sedih atas kejadian ini dan mama kami kata kami menyahut seruan PM Malaysia dengan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan yang amat kejam  ini.

gambar google

Gambar terakhir MH17 sebelum berlepas ke KL .


gambar google

Ini yang berlaku 2 jam selepas MH17 berlepas..sungguh kejam kan.


gambar google

Mama kami kata gambar ini sungguh menghiris hati mama ...sungguh terasa macam orang melakukan kekejaman kepada ahli keluarga sendiri..sampainya hati!!!!


Hari ini hari ke 4 tragedi ini berlaku dan dari lapuran berita, mama kami kata pasukan penyelamat dan penyiasat negara kita masih belum dapat masuk ke tempat kejadian....ini kerana tempat ini adalah tempat bergolak, pertelingkahan antara negara Russia dengan Ukraine.

Setakat hari ni, belum ada siapa pun yang mengaku tembak jatuh pesawat milik negara kita ni..mama cerita , Russia tuduh Ukraine, Ukraine pulak tuduh Russia.

Apa-apa pun kami amat berharap dapatla kerajaan kita bawa balik jenazah mangsa-mangsa ke tanah air ..sekurang-kurang ada pengubat rindu dan kenangan untuk ahli keluarga mereka.

Al Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban dan semoga ahli keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Kami sendiri hampir kehilangan Tokbah..kami dapat rasakan kesedihan mereka.

Syukur Allah masih bagi peluang kami untuk kami berbuka puasa hampir setiap hari dengan tokbah dan maktok.

Mama kami juga beritahu bahawa saudara seislam kami di Gaza juga sedang dikejami..di saat seluruh tumpuan dunia diberikan pada MH17, di saat itu juga Gaza dibedil bertalu-talu oleh Israel, mama kata setakat hari ni dah lebih 300 nyawa orang islam Palestin terkorban.

Kami berdoa agar Allah lindungi semua orang-orang islam seluruh dunia dan berharap negara kira dilindungi dari semua kejahatan.

Sungguh... Ramadhan 1435 banyak dugaan bagi umat islam seluruh dunia.

-3 boys -

Wednesday, 9 July 2014

Diari Ramadhan 1435: Hari ke 11

Salam Rabu @ 11 Ramadhan.

Puasa kali ni kami diberi kesempatan oleh Allah untuk berbuka puasa setiap hari dengan maktok dan tokbah.

Cuma tak sempat nak pergi sembahyang terawih ...takpe sembahyang terawih tu sunat.

Waktu petang mama kami akan masak dan bungkus bawa ke rumah maktok ...kami akan tunggu ayah balik kat sana dan berbuka bersama-sama.

Alhamdulillah tokbah dah boleh berjalan sendiri, dah tak perlu pakai tongkat ataupun walking frame...kerusi roda lagi la tokbah taknak guna..terdampar aje la kat tepi dinding.

Pelan asal menu berbuka hari ni adalah chicken cop...lepas balik sekolah tadi, mama bawa kami gi Giant Ampangan, nak beli chicken fillet dan bahan-bahan lain....tengok2 ..yang ada ayam sekor-sekor jer...terus mama tak de mood nak buat chicken cop.

Macam biasa mama terus la mengadu kat ayah ...chicken fillet tak ada...ayah kata ala beli jer nasi beriyani gam...Yahoo..lagi la mama kami suka, tak payah masak hari ni.

Tadi mama dah pergi pasar ramadhan ....pergi sorang-sorang aje sebab kami masih lagi bergolek-golek dan bermalasan..mama beli kuih-kuih dan air kathira favoret im. Cukup lah rezeki kami hari ini. 

Oh ye...awal pagi tadi ,  ayah kami tengok bola....kesiannya Brazil kena belasah dengan Jerman 7-1...ayah kata pasukan brazil hilang semangat sebab takde Neymar jr kot..neymar kan hero Brazil .

 


Hensem kan neymar jr.

Kesian Neymar Jr ...retak tulang belakang..kena la rehat sebulan kot.

Lepas ni tunggu Argentina lawan Holland pulak..kita tengok nanti siapa akan ke final lawan German..pastinya mama dan ayah kami akan berjaga malam tengok final nanti ..sahur bola la kami nampaknya.

-3 boys -

Tuesday, 8 July 2014

Diari Ramadhan 1435: Minggu ke 2- World Cup yang tak macam World Cup

Salam Selasa @ 10 Ramadhan.

Scor kami setakat ini : Abang besar - 8 hari, Im -8 hari, Azri-2 hari .

Puasa tahun ini dimeriahkan lagi dengan World Cup 2014....kami memang minat tengok bola tapi yang tak bestnya...kali ni kami tak dapat pun tengok bola.

Nak tau kenapa?

Mama dan ayah dah tension dengan Astro, asyik repeat cerita jer, lalu tamatkan Astro dan bertukar la kepada Unifi.

Happy sebab internet laju giler.

Tak happy sebab Hypp TV ..chanel dia macam #**%#%!!!

Sangat-sangat membosankan dan kami rindu kepada Astro semula..wawawa.

Dan yang lagi sedih, time musim bola ni ..sepatutnya kita dapat tengok bola live dari TV1 dan TV2 ...patutnya happy la kan..rupanya si TM Unifi beruk ni...dia kata dia tak de right la apa la..gasaknya bila time live lawan bola, dia pergi letak movie melayu bodoh-bodoh kat TV1 dengan TV2 ...what the fish sangat kan.

Mama kata World Cup kali ni cipta sejarah dimana satu biji bola pun mama tak nampak dalam TV...TAPI.......ayah kami pandai..

Ayah dok search sana, search sini...akhirnya dapat juga kami tengok bola live ...secara online .

Tapi banyak la kerjanya ..nak sambung kabel itu, kabel ini dari laptop ke TV ..jadi lah dari takde kan.

Heeee..memang rasa macam nak campak jer Unifi ni...tapi internet laju la pulak.

Sejak ada Unifi ni , baru kami perasan yang kami dah jarang-jarang sangat tengok tv..seriously rancangan tv adalah BOSAN!!!

So kalau ada sapa-sapa nak pasang Unifi tu....tak payah pasang!

Ambik je pakej Streamyx yang laju dan teruskan dengan Astro.

Lepas sahur kami tak de rancangan tv nak tengok pun..jadi lepas makan kami terus tidur ....atau pun kalau abang , main game....kalau dulu ada jugak tengok riwayat Kamil ker kat Astro Ria ..atau pun cerita-cerita P. Ramlee kat Astro Mustika ker....sekarang tiada lagi.

Eh! jangan kata kami promote Astro pulak..no..no..no

Hahaha..

Apa nak berbuka ye hari ni?

Bihun tomyam dah, yong tau foo dah, bakso dah, soto dah, mee goreng dah, mee kari dah, apa lagi yek???

Mama kami pun dah takde idea nak masak apa...

#saynotobazarramadhan??

Oh tidak!! Bazar Ramadhan setahun sekali ajer...mana boleh dilepaskan kemeriahan bazar ramadhan..

Biarla orang lain tak gi bazar ramadhan...tak pe...kami mesti pergi.

Mama kami dah masak lauk utama dan hidangan utama berbuka..kami ke bazar mesti nak cari kuih-kuih dan air-air.

Tak tahan woo tengok air-air berbagai warna dan rasa....kalau beli kat bazar ramadhan stadium Paroi atau kat pasar Ampangan, jangan risau...air-air dan makanan confirm sedap dan berperisa..tak basi, tak berbau.

Mama kami dah 7 tahun duk menabur duit kat bazar ramadan Ampangan..dah ofis dia dekat sana kan...memang sedap dan berbaloi. 

Pada kami tak salah kalau berbelanja kat bazar ramadhan,..asalkan tak membazir.

Alhamdulillah kami masih dapat kawal selera gorilla kami..beli apa yang perlu aje.

Mama...nak buka apa hari ni ma????

-3 boys -