Seperti yang dijanjikan mama buat pavlova untuk birthday abang .
Makan ramai-ramai kat kampung ...juga buat untuk kaksya yang dah lama menyebut nak makan pavlova tapi mama kami malas nak buat.
Sabtu lepas, lepas abang pergi kelas dan lepas kami semua sarapan , mama pun singsing lengan dan buat pavlova...
Macam biasa mama berseorangan sahaja di dapur ...azri ada tolong sikit-sikit .
Guna 4 biji putih telur...
Pukul sampai kembang putih ...masuk gula, tepung jagung dan cuka dan pukul lagi sampai kembang..cer terbalik kan mangkuk tu , bila adunan tu tak tumpah ..dah jadi la tu.
Geram je tengok, macam nak ramas-ramas je ..rasa macam buih-buih sabun yang pekat tu .
Mama bakar selama sejam ...pastu biar sejuk dan lepas lunch kami pun balik ke kampung.
Sampai kampung , minum-minum dulu pastu kami gi pekan jasin dulu , nak buat cermin mata baru untuk abang dan im yang dah kerabunan, beli kasut baru abang ..dan beg sekolah baru azri ..baru bulan 5 , beg sekolah dan kasut dah terbarai.
Lepas tu baru mama kami hiaskan pavlova ni ...buat dessert lepas makan malam ..nyummih
Mama kata pavlova kali ni tak jadi sangat, base dia terpenyek jadi pavlova ni jadi nipis ...tapi yang penting sedap...rupa tak kisah..
Bila potong tengah2 dia macam mashmallow dan luar dia garing macam biskut ..sedap tapi bagi yang tak suka manis-manis tu takyah le makan pavlova ni pasal rasa dia manis sesangat. sebab tu la kena letak whip cream dan buah-buah masam tu ..baru rasa seimbang.
Ni pavlova pertama mama kami buat ..tebal sikit.
Geram je tengok yang retak-retak tu ...bila masuk dalam mulut , dia cair ..
Esoknya ayah lang sekeluarga datang, makan ramai-ramai ..meriah.
Kali pertama Min balik kampung , habis segenap pelusuk dapur dijelajahi ..habis habuk-habuk badan Min...ramai kata Min comel , ramai suka dengan belang-belang kat kaki Min...dia orang kata lawa..
Hari ni Azri demam...semalam ligat sangat ..tu le pasal
Tak pergi sekolah dan tak dapat ambik peksa kafa..
Sekian saje cerita birthday abang zahin..
-3 boys -
No comments:
Post a Comment