Pehh lamanya tak up date diari ni ..apa taknya macam-macam hal berlaku.
Antaranya azri telah check-in kat 'hotel' mahal ...habis kopak duit ayah RM2 ribu lebih...bapak mahal hotel nih!
Ceritanya...hari isnin lepas kan azri demam...petang mama balik kerja ..tengok2 azri macam lelah maka mama bagi neb kat azri pastu mama pun gi sediakan makan malam.
Azri makan sikit je dan nampak azri lelah lagi ...mama kata nak bawa gi klinik .
Lepas makan malam semua keluar bawa azri gi klinik..mula2 gi klinik 1Malaysia..kat sana neb dia bagi pakai oksigen ..lagi cepat lega ..
Sampai je tengok orang ramai dan pintu pun dah kunci..azri nampak dah teruk ....mama kena dokong pasal dah tak larat berjalan ..pastu ayah gi klinik kat restoran Rabena tu ......sampainya alahai...tutup lah pulak!
Terus ayah bawa gi klinik Baiduri ..masa itu azri dah komplen dada sakit ..mama pun dah panik.asyik suruh ayah cepat sikit ..
Sampai je klinik Baiduri , doktor check Azri ..doktor kata nak refer ke hospital pasal dah teruk ...kami pun berdesuppp ke hospital terdekat ..Senawang Specialist Hospital yang tak berapa nak specialist tu...
Sampai-sampai ..doktor check dan beritahu keadaan azri dah agak teruk ..kesian azri....terus kena cucuk masuk drip.mama kata azri hero ..tak nangis langsung kena cucuk...pastu kena neb setiap jam dan tak boleh balik..maknanya malam ni azri kena tido hotel lah ..bilik 1 katil kecik..
Subuh esoknya .....nampak dah lega sikit, semalaman kena neb .
Bila dah lega tu , doktor kurangkan neb ke 4 jam sekali ..mama dan ayah harapkan azri boleh balik hari esok tu tapi bila doktor datang petang tu , doktor kata belum boleh balik ..waaa waaa
Masih neb setiap 4 jam ...relak je azri
Hari Rabu , abang dan im takde kelas petang ...melepaklah kat bilik hotel ni sampai petang.
Memang cadang nak minta discaj dari doktor ..azri dah terlebih sihat. dan dah terlebih boring memerap di bilik hotel sepanjang hari ..
Bukti saya dah sihat ...saya boleh pergi tandas sendiri ...sorong je botol air tu masuk dalam tandas.
Petang hari Rabu tu, doktor datang dan mama minta discaj ....dan doktor tu bagi ...waa merdeka lah azri.
Pukul 6.45 petang kami semua meninggalkan hotel dengan ubat-ubatan seplastik dan bil sejumlah RM2,666.00.. peh bapak mahal hotel ni kan..dah la makan tak sedap!
Sebelum balik rumah, ayah singgah Kipmart kejap..mama beli bahan-bahan untuk dinner..malam tu kami semua dinner dengan pasta cabonara.
Semalam azri masih berehat dirumah ....mama dan ayah nak azri betul-betul sihat.
Semalam jugak kami dapat kazen baru ...anak makjah ..ye.. cucu maktok dan tokbah yang ke 18..
Hari ni azri dah pergi sekolah macam biasa ...azri bagi surat mc kat cikgu dan cikgu telah menghadiahkan azri kerja rumah yang banyak....hihi..nampaknya hujung minggu ni azri kena lah siapkan homework yang banyak tu...
Esok, abang kena pergi kursus kepimpinan di Shah Alam..pergi pagi dan malam nanti baru sampai...kami yang lain mungkin melepak aje di rumah atau mungkin jugak berjalan-jalan ke rumah makjah tengok baby baru..
No comments:
Post a Comment