Hari pertama peperiksaan setengah tahun.....baru masuk 2013 tiba-tiba dah setengah tahun dah ..cepat masa berlalu...makna nye cepatlah kami membesar.
Hari Khamis ni birthday ke 12 abang zahin...dah boleh buat kad pengenalan.
Mama rancang nak buat pavlova dan potong pavlova kat kampung makcik....bestnye , taksabar.
Sabtu lepas kami semua balik Jelebu , mama nak mengundi dan kami dapat kucing baru!!..
Ooppss sori..ni bukan gambar kucing, ni gambar masa mama beratur nak mengundi ...maktok takyah beratur ....5 minit tunggu dan siap mengundi dah .
Ok pasal kucing pulak...
Kucing ni tokbah dapat dari cina kedai sempit ..tokbah kata dah lama cina ni nak bagi kucing tapi tokbah taknak pasal dah ada si Tam kat rumah ...habis tu Lilo pun dah takde ..tokbah ambik je.

Nama pendek Min , nama panjang dia Minnesota..mengada-ngada mama kami bagi nama camtu.
Ada masalah sikit dengan Min nih.... sangat-sangat penakut ...dia akan menyorok bawah meja dan merapatkan badan dia kat dinding ..kalau mama angkat dia , dia akan gulung ekor dia ..gulung betul-betul sampai badan dia macam tenggiling .
Mama kata mungkin masa Min kecik, Min pernah kena pukul atau Min tak pernah jumpa species orang...dia bergaul dengan species kucing je..
Atau Min ni tak faham bahasa melayu...kena cakap cina baru dia mesra alam..
Atau Min ni tak faham bahasa melayu...kena cakap cina baru dia mesra alam..
Min sangat berbeza dengan Lilo...Lilo happy go lucky kucingnye... sentiasa bergurau senda dan suka dipegang dan diangkat....Si Min ni macam ada something sikit ...x nak diangkat atau dibelai-belai mesti gelupur nak lepaskan diri.
Tadi mama mandikan dia..mama kata dia diam tak melawan ..pasrah jer kena siram air dan disabun.. senang la kerja mama.
First time mandi ..muka minta belas kasihan....
Kami agak keciwa la sikit pasal kalau boleh nak le kucing macam Lilo tu tapi mama kata kucing pun ada berbeza karakter.. Si Min ni jenis tak manja dan pendiam ..agak tak syok lah .
Tapi mama kata tujuan utama kami bela kucing adalah untuk halau dan musnahkan cicak ...dapat kucing pemalu dan tak reti bersosial pun jadik la...makna nya takde lah nak harap Min ni sambut mama balik kerja nanti.
Semalam dah belikan Min rantai loceng ...tu bukan untuk nampak comel tapi nak buat macam gps la kekdahnya .. Min ni suka menyelinap ..tau-tau dah hilang dan nyorok bawah sink ..letak gps ni senang sikit nak track dia gi mana ..hi hi hi.
Ni kucing ke tiga kami..harap Min suka duduk kat rumah kami ni dan sihat panjang umur ....lagi 2 kucing tu semua tak sempat dewasa..
Grey baru umur setahun lebih ....hilang dan disyaki ditelan pak awe ..Ehh muka Grey sama macam muka Min la

Dan Lilo ..umur 10-11 bulan camtu..mangsa langgar lari....we miss you Lilo....tu rantai loceng tu, terpaksa ditanam bersama-sama Lilo..mama tak sanggup nak ambik .
Kami doakan agar Min panjang umur dan sihat ..lagi pun ayah kami kata tanah kat belakang dah tak ada kalau-kalau nak tanam kucing ..haa ??!!??
Kami doakan agar Min panjang umur dan sihat ..lagi pun ayah kami kata tanah kat belakang dah tak ada kalau-kalau nak tanam kucing ..haa ??!!??
No comments:
Post a Comment