Kami tak suka cuti hari Rabu
Terasa minggu ni sangat panjang dan terasa ada dua kali hari Isnin .....tak sukee..
Pagi tadi kami betul-betul rasa macam hari Isnin...susahnye nak bukak mata bila mama kejut..sampai mama kata kalau Lilo ada..nak suruh Lilo jilat je muka suruh bangun.
Bersiap pakai baju pun slow je tadi...nasib baik sarapan roti burger tadi, bersemangat lah sikit.
Mama kata sabtu ni balik Jelebu , mama nak mengundi ..ayah kata rakyat kena mengundi untuk pilih siapa pemimpin negara kita.
Im tak faham...hari tu kawan im tanya " ko sokong Pas ke sokong BN " ntah ..mana le im tahu . im tanya mama dan ayah , ayah kata budak-budak tak payah le tahu ..tu urusan orang dewasa.
Tapi ayah ada cerita lah sikit ...bagi contoh ada undi sapa nak jadi ketua kelas...bakal ketua kelas ni pun kempen lah sapa lebih baik..budak-budak kelas lain sokong lah mana satu yang dia orang nak jadi ketua kelas..dan undi lah dia untuk dia jadi ketua kelas. oooo begitu ke?? faham dah.
Sekolah kami akan jadi pusat mengundi ...maknanya Isnin nanti kami cuti lah...tapi mama kata laptop akan dikunci ..semua kena buat revision untuk peperiksaan setengah tahun hari selasa tu.
Malam tadi im dan azri ada buat revision sikit. Azri dah lancar dah membaca cuma masih tulis huruf "z'" terbalik..
OK tu jer...tak sabar nak cuti panjang ..mama kata sekolah cuma 3 minggu je lagi...pastu cuti ...yahoo!! walaupun sah-sahlah tak gi jalan ke mana-mana , ada orang yang peksa kan..
-3 boys -
No comments:
Post a Comment