Sudah Jumaat..sudah seminggu cuti sekolah .
Hari ni hari terakhir kelas tambahan abang, minggu depan abang free....yahooo
Hari ni ayah kami kena pergi KL ..ada hal, disebabkan mama tak sempat ambik cuti maka im dan azri terpaksa duduk la kat ofis mama .
Pagi tadi, kami bangun jer tengok-tengok ayah dah gi KL , mama suruh kami mandi, siap-siap dan sarapan ..lepas kami hantar abang ke sekolah , kami terus ke ofis mama tapi macam biasa , singgah pasar dulu beli air kotak dan sedikit jajan.
Aktiviti semasa melepak kat ofis mama macam biasa lah, main game kat hp mama dan melukis ... bos mama cuti hari ni maka kami berani la nak main game kat komputer mama tapi mama tak bagi main lama-lama.
Tak la lama sangat kami pakai komputer ni ..takut jugak pasal mama kata ni komputer ofis , nanti kalau rosak kena ganti , dah tu kami main pulak game kat hp mama sampai kering bateri.
Dah tengahari sikit , kami dah stat boring dah ..azri melukis la pulak
Lukisan atau contengan azri ...
Berhelai-helai jugak kertas yang kami conteng tapi mama bagi kami kertas terpakai la....kena jaga alam sekitar jugak ..
Tak lama lepas tu ayah call beritahu dah sampai Nilai . pukul 12 ayah jemput abang dan ambik kami pastu gi makan ramai-ramai ..best ...tapi paling best sekali ayah kata hari ni ayah sorang je la yang pergi sembahyang pasal ayah sembahyang kat masjid lain ..bukan masjid yang kami biasa pergi tuh.
Dah tu melepaklah kami semua kat ofis mama, habiskan biskut mama dan habiskan kertas dengan lakaran berseni kami ..hihih ..nasib baik bos mama tak de!
Dalam pukul 2 lebih ayah kami call....jemput kami balik ..macam biasa lepas sembahyang jumaat ayah mesti beli ais krim ..kali ni siap dengan rootbeer sekali ...buat float terus..nyummy .
Apa kucing kami buat kat rumah ..heh tido je lah sepanjang hari ..Min sememangnya kucing untuk dilihat sahaja ..pegang jangan.
Sungguhpun begitu mama kata Min dah stat manja ..setiap pagi min akan tunggu depan pintu bilik mama....mama bukak je pintu dia dah ada , pastu turun bawah sama-sama.
Makan pun kena layan dulu kalau tak Min tak makan ..mengada kan ..
Hujung minggu ni kami gi makan lauk orang kawin..abang pulak nak sleep over rumah abang afiq tapi mama belum beritahu maklong lagi ..tengok lah camne nanti...
-3 boys -
No comments:
Post a Comment