Esok abang akan mendaftar ke Sekolah Menengah Kebangsaan King George ke V Seremban..berdebar-debar rasanya.
gambar google
Kali pertama abang menjejakkan kaki di dalam sekolah tu pada Disember lepas, masa mama dan abang jumpa cikgu roslin kekononnya nak minta tolong tu . Tanggapan pertama, pehh!! besarnya sekolah ni, segalanya besar, koridor besar, tangga besar, pintu tingkap semua besar.
Jadi bila dah rasa macam tu, abang rasa macam kecik sangat nak sekolah kat situ, tapi kawan-kawan abang ramai je sekolah kat situ, ok lah tu.
Esok kena keluar awal, kena pergi pejabat JPN ambik surat dulu, pastu baru ke KGV untuk daftar, ini yang buat abang lagi debar-debar sebab tak tau sama ada yang ditawarkan itu aliran biasa atau aliran agama.
Kalau aliran agama, dengar ceritanya semua kena dan wajib tinggal di asrama...haa tu yang abang tak sanggup tu...abang tak tahan rindu!!!
Dan bermula khamis, abang kena keluar rumah seawal jam 6.30 pagi, ayah kata, dua-dua kereta kena keluar dan duit minyak akan naik sekali ganda..takpe ayah, nanti abang belajar rajin-rajin, abang dapat kerja besar nanti abang ganti semua yang mama ayah belanja tu ..insya Allah.
Hari ni juga hari terakhir abang bersekolah di SMK Seri Ampangan....sekolah ni best sebenarnya dan abang suka sekolah ni..segalanya menyeronokkan di sekolah ni..Mama dan ayah pun sebenarnya lebih prefer abang sekolah kat sini..yelah nak ke sekolah semuanya satu jalan aje tapi mungkin ini yang terbaik untuk abang. Allah je yang tahu.
Ok lah nanti abang sambung cerita lagi..malam ni kena tidur awal..tak sabar ni.
-3 boys -
1 comment:
Guna matematik je. Lg pun yg sekolah kat situ & cikgu pun manusia je...🚻 Insya allah
Post a Comment