Semenjak mama kami kerja di rumah, dah tak de special friday.
Hari ni kami lunch kat rumah je, makan nasi ayam masakan rumah..nyumm nyumm.
Hari ni genap 2 minggu kucing Min kami beranak.
Dia dah angkut semua anak dia masuk dalam rumah kami minggu lepas..semua ada 4 ekor!!!..tu la makjah kata kucing kampung ni banyak anak, cuba kucing mahal macam Kiki kucing makjah tu, anak dia 2 jer...macam orang putih , mana ada ramai anak.
Minggu lepas , hari khamis kot, mama ternampak min gonggong sesuatu bawa naik tangga atas...ingatkan tikus ke apa, tengok-tengok anak dia, cepat-cepat mama kami sediakan bakul..taklama lepas tu dia bawak seekor lagi .terus melepak susu kan yang 2 ekor tu..
Ok lah kan..2 anak , lama juga min lepak susukan anak dia..pastu tetiba tengok dah ada 3 ekor ...ting ..tetiba muncul seekor lagi...pehh 4 ekor semuanya.
Mama kami pening dah, apa nak buat dengan kitten banyak-banyak tu..terpaksa lah jaga dulu sampai besar sikit baru lah nak bagi orang..
Mula-mula angkut balik 2 ekor jer..dengan muka tak bersalahnye...elok jer susukan macam tak de apa-apa berlaku.
Setengah jam selepas tu....hah ambik kau!!!
Amboi!!!
Kedekut pulak tu, tak boleh usik langsung anak dia.
Tapi apa mama kami peduli, bila mama kami geram, mama ambik jer walaupun min terlompat-lompat marah...
Tengok la tu, mama kami selamba jer pegang anak min, cuba tengok min tu, marah betul dia..bulat mata dia pandang anak dia, takut kena ramas kot.
Ni gambar terbaru anak-anak Min.
Utih, Mini Min, Omot dan citam..
Setelah 2 minggu..comel kan.
Comel-comel pun, semua ni adalah untuk diberi pada sapa-sapa yang sudi.mama kami tak sanggup nak jaga..mama tunggu kitten ni besar sikit pastu masuk dalam program anak angkat..Min dan josh pulak akan dikasi kan. selamat!!
No comments:
Post a Comment