Alhamdulillah tercapai hasrat tokbah nak tengok salah seorang cucu dia masuk sekolah KGV.. Sekolah KGV ni adalah sekolah tertua di Negeri Sembilan dan tokbah adalah salah seorang murid sekolah tu tahun 1950an...pehh lama sungguh.
Masa tu hanya budak-budak pandai dan kaya-kaya saje yang dapat sekolah kat situ dan tokbah yang merupakan anak Tok Undang Jelebu dapat lah sekolah kat sana. disebabkan tokbah dari jelebu maka tokbah kena lah tinggal di hostel.
Mama cerita , mungkin pengalaman tinggal di hostel KGV adalah pengalaman yang sangat manis untuk tokbah pasal sejak dari kecik, tokbah tak lepas dari cerita camne dia duk kat hostel.
Tokbah cerita pada anak-anak dia pastu bila dah dapat cucu, sibuk cerita kat cucu-cucu la pulak , masa abang dapat result 4A 1B dan abang tak dapat KGV, tokbah frust dan sibuk suruh minta tolong sapa-sapa..pakai kabel la kekdahnya.
Mama pun pergi lah ke Pejabat Pendidikan dan isi borang rayuan.
Lepas isi borang rayuan, mama balik jelebu dan terjumpa pulak dengan wan ibu..wan ibu kata tok jamil boleh tolong ..kelam kabut la siapkan surat rayuan semua dan pergi ke rumah tok jamil. Tok Jamil
suruh mama gi jumpa kawan dia , penolong kanan sekolah KGV tu.
Tok Jamil
dah call dah cikgu tu dan cikgu tu minta mama jumpa dia esoknya pukul 9
pagi..maka hari selasa 31hb tu mama pun rushing la ke sekolah KGV tu, mama bawa
abang sekali dan kebetulan pada hari tu mama kena pergi ke kelas im dan azri
untuk bayar yuran.
Sampai je
kat sana, orang pejabat beritahu cikgu roslin tu ada meeting, tak tau pukul
berapa habis, mama pun hairan, dah tau ada meeting kenapa minta jumpa
pagi...mama pun beritahu kat orang pejabat tu yang mama akan datang semula...
lepas tu mama dan abang pun terus ke sekolah im dan azri bayar segala yuran.
Selesai
semua , mama dan abang pusing balik ke KGV , sampai dalam pukul 10 pagi
camtu..tengok-tengok cikgu roslin tu tak habis meeting lagi...pastu mama kata
mama tunggu la.
Kami
tunggu sampai pukul 11 suku baru lah cikgu tu panggil masuk, mama pun bagi lah
surat rayuan tu dan cikgu tu kata kena tunggu pengambilan ke 2 pasal sekolah tu
dah penuh...ok lah kami pun balik.
Minggu
depannya tok jamil pun call lah cikgu roslin tu tanya camne...nak tau apa
berlaku, cikgu roslin tu kata surat rayuan mama tu dah hilang!! pastu selamba
je dia kata dia tak ada kuasa, kena tulis surat pada pengarah jabatan.
Tok Jamil
pun call mama suruh mama buat surat pada pengarah...mama kami dah rasa tak
best, langsung malas nak layan, tak yah le nak surat kat pengarah bagai...ada
rezeki ada la..
Kuasa
Allah kan, kalau dah rezeki kita memang lah hak kita, petang hari khamis minggu
lepas, mama dapat panggilan dari unit menengah jabatan pendidikan, diberitahu
nama abang tersenarai dan surat akan keluar minggu depan.
Ya Allah,
abang sangat gembira, mama dan ayah pun sangat gembira, ni bermakna rayuan yang
mama buat kat pejabat tu dulu berjaya, tak payah nak pakai-pakai kabel bagai.
Insya
Allah, abang akan mendaftar ke KGV tu nanti tapi rutin harian akan bertambah
sibuk dan kelam kabut .. sekolah KGV ni jauh dari rumah, nun kat tengah-tengah
bandar seremban sanah...maka sama ada mama atau ayah kena hantar abang dan kena
keluar seawal 6.30 pagi!!Tolonggggg!!!!!
Takpe
..demi pelajaran abang dan demi tokbah abang..hihihih
KGV
idaman kalbu.(gambar google)
-3 boys -
No comments:
Post a Comment