Friday, 23 August 2013

Sudah Jumaat dan UPSR - 19 hari lagi...

Salam hari Jumaat.

Ayah kami kata no more special Friday, membazir dan tak elok untuk kanak-kanak ribena seperti kami..sobs sobs 

Dah tak de special friday, mama bawak kami makan kat mamak syed maju dan makan maggi goreng...huh..lagi la tak elok untuk kanak-kanak membesar bagai johan seperti kami.

Tapi tak pe, kami dah tau la perangai mama kami tu...bila mood dia baik dan happy , mesti senyap-senyap mama bawa kami berspecial friday..dah lama tak gi secret recipe nih...

Lagi 19 hari lagi UPSR, dan esok abang akan hadiri bengkel pecutan akhir dari pagi sampai petang kat sekolah SDAR....dan esok juga maklong sefamili akan balik ke rumah bukit kelana...tak dapat la abang bersantai-santai dengan abang afiq dan abg amir ...tapi abang dah minta kebenaran mama  bagi abang afiq dan amir sleep-over bilik abang malam ni.

Esok juga ayah long sekeluarga nak datang, pun abang tak dapat jumpa juga ..pehh ketat betul jadual abang ni dan banyak betul peluang bersuka-ria bersama kazen-kazen terpaksa dikorbankan.

Apa nak buat, berkorban untuk masa depan, kata mama...   


Bukti abang sangat sibuk sekarang ni...dah tak de masa nak bergame-game....tengok lah muka pun dah berjerawat..nak cuci pun tak de masa...dasatt.

Ni cerita pasal kucing kami si Min...alhamdulillah dah takde kejadian berak merata-rata..mungkin Min terlebih mengada-ngada hari tu... 

Mama kami perasan pipi Min bengkak...sah kena bisul lagi tapi masalah nya camne nak bawa gi klinik, klinik haiwan tu dah tak bukak waktu malam, takde pilihan kena lah tunggu sabtu nanti..

Tak sempat sabtu, semalam bisul tu pecah, mama kami bersihkan dengan tisu, banyak betul darah dan nanah keluar..geli lah pulak ....semalam Min kena kurung seharian , takut juga kot-kot darah dan nanah tu kena kat kapet, kerusi ke..

Pagi tadi, bisul tu dah tak bengkak, maknanya semua nanah dah keluar la...cuma tinggal luka berlubang ..


Kesian Min kan...tunggu lah 2-3 hari ni, kalau luka bisul tu kering, tak payah le bawak jumpa doktor vet tu ...jimat belanja.

Ok lah ...nanti bila-bila kami cerita lagi...petang-petang macam ni biasanya kami lepak-lepak je..buat homework sikit pastu main game, malam nanti baru sambung ler.
 
-3 boys -

No comments: